Sunday 26 May 2013

Kerja lapangan audit yang amat menyeronokkan!

       Menelusuri celahan warisan tapak bersejarah yang diiktiraf badan antarabangsa UNESCO, Melaka. Aku berdiri menikmati segala yang ada di sini bukan sebagai pelancong, bukan sebagai pengunjung tetapi sebagai seorang auditor. Baru aku rasa betapa untung memegang gelaran sebagai seorang auditor. Pelik kan? Orang lain selalu beranggapan kerjaya sebagai auditor ni sangat presure, selalu balik lambat. Yes it is. Tp bila dapat buat audit luar tempat klien, semestinya menjanjikan keseronokan yang mengujakan. Kebetulan aku ditugaskan untuk menjalankan audit di Perbadanan Muzium Melaka. So semestinya aku dimestikan melawat muzium-muzium yang dikendalikan oleh perbadanan tersebut. So pendek kata sambil aku berkerja aku menikmatilah pengalaman masuk ke muzium-muzium tersebut. Sambil menyelam minum air. Dua hari masa di ambil utk selesaikan misi 'menyelam sambil minum air' ini.

       Hari pertama aku membuat tinjauan bermula dari muzium demokrasi, yg menyingkap sejarah demokrasi negara, disusuli dengan muzium TLDM, Galeri Golf serta Balai Seni Lukis Melaka. Yang menarik di Galeri Golf, yang terletak di Bandar Kaba, petugas di sana memberi aku peluang untuk 'bermain golf secara maya' menggunakan PS3. Jujurnya aku agak kekok sebab aku ni bukannya gamer pun. Saat bola yang aku pukul melantun dan tersangkut atas pokok, petugas tersebut beserta pegawai akaun yang turut mengiringi aku di situ galak menghamburkan katawa. Aku tersipu malu. Di Balai Seni Lukis Melaka pula aku disajikan dengan lukisan-lukisan yang bernilai ribuan ringgit. Ada satu lukisan yang bagi pendapatku hanya contengan budak tadika sahaja tapi harga tulisan tersebut, MasyaAllah, puluhan ribu! Wow! Ini kalau aku bawa balik dan jual confirm tak perlu nak susah payah kerja. Haha. Mungkin ianya sebuah hasil seni yang amat tinggi sampai aku sendiri tidak mampu menilai nilainya. Perjalanan untuk hari ini berakhir di Muzium Sejarah di mana aku dikehendaki memeriksa artifak sejarah yang juga amat bernilai harganya. Dengan langkah keselamatan yang amat ketat lalu aku akhirnya selesai menjalankan pemerhatian aku di Muzium Sejarah.
     
        Pada hari kedua, tugasan aku membawa aku ke muzium yang agak terpencil iaitu Muzium Pengangkutan, terletak di AutoCity berhampiran dengan MITC serta bersebelahan dengan pusat pameran kereta Proton. Di sana aku dibawa melawat melihat koleksi kenderaan seperti basikal pos zaman Jepun, kereta antik, motor antik, bahkan kereta lembu turut tidak ketinggalan dipamerkan di sini. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan urusanku di muzium tersebut lalu rombongan kami bergerak ke muzium seterusnya iaitu muzium yang paling jauh dari kompleks muzium yang aku lawati semalam. Muzium Penghulu Demang Ghani yang terletak di Merlimau, ibarat mengimbau kembali kehidupan seorang pemimpin yang disegani oleh penduduk tempatan pada ketika itu. Dengan reka bentuk rumah asalnya yang menggambarkan kekayaan penghulu tersebut, lambang kemakmuran rakyat tempatan ketika itu membuatkan kekaguman aku pada cara beliau menjadi pemimpin rakyat di situ. Setelah selesai membuat tinjauan di sana kami beredar menuju destinasi seterusnya, Muzium Kapal Selam yang merupakan satu-satunya di Malaysia. Sebelum sampai di muzium tersebut, aku telah dibawa melawat oleh pemandu rombongan kami yang sungguh peramah dan kelakar, Abg Rosli, ke tempat-tempat menarik (memandangkan sepanjang perjalanan ke muzium tersebut terdapat tempat yang menarik untuk dilawati) seperti Medan Ikan Bakar di Crystal Bay (menurut Abg Rosli, dia mencadangkan untuk mencuba ikan bakar di gerai no. 2 di situ kerana menjanjikan sajian yang cukup menyelerakan berbanding gerai lain), Medan Ikan Bakar di Muara Sungai Duyung, Gerai Coconut Shake di Padang Temu (kami sempat singgah menghilangkan dahaga kami dengan mencuba kelainan serta keenakam Coconut Shake di situ), pantai yang membolehkan kami menyaksikan Padang Besar, serta Masjid Tenggara yang didakwa antara masjid paling lama telah di bina di Malaysia iaitu lebih dari 100 tahun lamanya. Puas juga melawat semua tempat tu sampai aku hampir terlupa yang aku sedang dlm tugasan. Hehe.

       Sebaik tiba di Muzium Kapal Selam tersebut (jalan ke muzium tersebut ketika itu agak kurang selesa disebabkan penambahbaikan sedang berlaku di sekitar kawasan tersebut. Menurut org di situ, mereka berhasrat membangunkan satu lagi pusat tarikan pelancong di situ-Jurassic Park-tp aku tidak pasti kesahihannya) kami disambut dengan mesra oleh petugas muzium serta terus membawa aku dan rombongan ke tempat yang aku ingin jalankan penerhatian audit. Sesampai sahaja di dalam kapal selam tersebut kami diberi peluang untuk merasai sendiri suasana sebenar masuk ke kapal selam tersebut. Laluan dalamnya agak sempit. Cukup untuk seorang dewasa yang sedang-sedang badan untuk lalu. Oleh kerana ini ianya hanya laluan 'one-way'. Yang menariknya di dalam kapal selam tersebut terdapat lebih empat puluh tempat tidur berupa katil, tilam dan bantal serta dilengkapi dapur, tandas, bilik mesyuarat dan lain-lain lagi untuk kegunaan anak kapal. Aku juga diberitahu oleh petugas di situ bahawa jika ada mana-mana kumpulan samada dari universiti, persatuan atau siapa sahaja boleh bermalam di situ dgn syarat memaklumkan tujuan tersebut kepada petugan muzium kapal selam. Tentunya pengalaman tidur di kapal selam menjanjikan satu pengalaman yang amat menyeronokkan bahkan lain dari yang lain. Best wooo.
Akhirnya selesai tugasan audit lapangan aku di muzium-muzium yang telah aku pilih. Lalu kami singgah di medan selera yang berdekatan dengan Muzium Kapal Selam untuk menghilangkan lapar, dahaga dan lelah kami setelah seharian berjalan. Seusai makan, kami bertolak balik ke pejabat muzium di Banda Hilir semula. Dalam perjalanan pulang, sempat pula Abg Rosli menunjukkan gerai Coconut Shake yang popular di Klebang yang letaknya bersebelahan/berdekatan dengan stesyen minyak Caltex (kalau tak silap la).

       Itulah pengalaman yang amat amat menyeronokkan sepanjang kerja lapangan audit ku di Melaka. Alhamdulillah selesai urusan di Melaka. Harapa tahun depan ada la rezeki aku untuk berurusan lagi dengan mereka yang amat peramah dan friendly.

Malam itu aku pun balik ke rumah dengan kuntuman senyuman kepuasan. :)

Balai Seni Lukis Melaka

Muzium Pengangkutan Melaka

Galeri Demang Abdul Ghani (Penghulu Md Natar)

Muzium Kapal Selam

Bilik Mesyuarat - Muzium Kapal Selam

Aku merasai sendiri suasana berada di dalam kapal selam-Muzium Kapal Selam

Bilik tidur-Kapal Selam

Klebang Original Coconut Shake-Pantai Klebang

Sunday 12 May 2013

Selamat hari ibu

Assalamualaikum...
Minggu lepas aku dapat pesanan ringkas dari angah, "along, ahad depan hari momok (pggilan manja kitorg kt mak ktorg), jom kita buat kejutan". Aku baru teringat yang sekarang ni dh masuk bulan Mei and setiap tahun, Ahad minggu kedua pada bulan Mei seluruh dunia akan meraikan hari ibu. Lalu aku membalas "kita nak buat kejutan apa kat mak?"
"ala...nanti aku belikan kek untuk mak ko kena lah balik" katanya lagi.
So, aku pun setuju. Then pada hari ini selepas solat asar seperti yang aku dan angah plan, aku balik rumah. Sesampai aku di rumah angah dah sampai dulu. Then aku tengok kek belum dikeluarkan. (aku pikir masa tu mesti dia belum keluarkan kek tu. Mak mesti belum tau tentang kejutan tu). Then aku terus dapatkan mak. Tetiba masa tu angah keluar rumah dengan muka selambanya. (Aku buat-buat tak tau je masa tu hak3.)
Tgk mak nampak mcm penat. Bila tanya dia kata terasa mcm nak demam. (dlm hati aku kate mesti berjangkit dgn aku sbb minggu lepas aku bru lepas demam teruk hehe.sory mak). Dengan tidak semena2 angah masuk ke rumah dengan membawa bungkusan kotak (juga dengan muka selamba) yg dipercayai kek yg dibelinya ptg tadi. Mak terkejut, terus aku dan angan menyanyi selamat hari ibu utk mak lalu diikuti oleh alang dan adin (dorg masa ni tak tau pun tentang surprise ni so dorg pun ter'surprise' sekali) melihat muka mak masa tu terus berseri-seri tersenyum lalu bersama-sama bernyanyi dgn kitorg sambil menepuk tangan (haha comel aku tgk mak aku masa tu hehe) tgk dia terharu je. Katanya tak sangka kitorang akn buat kejutan kt dia. Alhamdulillah...
Mak bukak kotak kek tu lalu terserlah indah kek yang diselaputi krim putih bersulamkan perisa blueberry kegemaran angah (dah dia yang beli, mesti dia beli favourite dia je.) siap ada buah ceri di atas nya. Lalu kitorg pn menikmati saat indah itu bersama satu family.

Selamat hari ibu dari anak mu yang hensem ini,
I love you for ever... ;)

Tuesday 7 May 2013

Tempat baru, semangat baru

Assalamualaikum...

Sedang org dok hangat lagi memperkatakan ttg PRU 13, aku ni sempat la ingin menge'share' story aku yg mana aku sudah pn berpindah ke TEMPAT KERJA BARU!
YUUUHHUUU!!!!
Seronok nye...
Ala bukan bermakna tempat kje lama aku boring atau xbagus. Tp aku mahukan perubahan utk menjadi lebih DINAMIK lebih baik dr segi taraf idup serta kewangan (not means that I am materialistic, but SHE is...hahahaha...kidding) yela nk kawin anak dara org kena la kumpul duit dr awalkn... Tambahan pulak nk tolong family tercinta ~amboi~
That is not the main point yg aku nk share. Aku cuma rse di tempat baru ni lah mgkin ak boleh jadi lebih baik dr dulu dr segi performance and knowledge about accounting and audit plus TAXATION... Fuuyyyooh!
(tak payah nk fuyooh sgt la)
Aku masih lg kerja di bidang yg serupa dgn tmpt kerja lama aku...
"AUDIT FIRM"
Yang mana org kata kje audit firm ni tension, kje byk, balik lambat.

~betul ke org kata mcm tu abg shuk?~

adoi ko ni asyik muncul je bile aku tgh post blog. Xleh tgk aku sng lgsg.

Sory... ~,~'

Ye mmg btl. Npe? Ade ke kje yg xtension skang ni? Jadi bos? Lagi tension. Jadi cleaner? Ooo tension tu asyik mengeliner je kje, org by kotorkan kite kne bersihkn. Jadi perompak? Hey, perompak lg la tension. Penat2 plan baik punya pastu time rompak alih2 polis dh melambai menjemput ke 'rumah' siap bg gelang lg.

So bg aku wt mase ni elok aku cabar kemampuan diri aku utk pergi lebih jauh dgn Shell. (xmemasal je Shell ~,~'). Bile kite sntiasa cabar diri kite utk membuat sesuatu yg mencabar,pastinya kita xkan rase tercabar bila berhadapan dengan cabaran pada waktu mendatang. ~chewah~
(adoi dia dtg lagi..)
Aku rsa tmpat baru aku ni ok. Yela semua yg baru mst la ok kn. Dpt kete baru mst ckp ok. Dpt bini baru mst ckp ok gk kn. Hp baru? Hah siap tunjuk lagi dpn member smpai dorg berebut dgn member sebelah sbb nk tgk hp baru kite...
Dia ada pesan kat aku masa aku nk start kje baru aku ni.
'mulakanlah kje baru dgn semangat serta pikiran yg lebih positif, supaya resultnya nnt juga positif, ngerti ngak?'
(err buat makluman di bukan org indon ok).
Budak2 opis serta manager baru aku pn ok2 belaka serta sporting and kepala ting-tong jgk mcm aku. Kiranya sekepala la dgn den ni. Bru je masuk arini dorg dh layan mcm dh lama kenal... Ak mula kenal rapat dgn sorg budak praktikel ni yg diberi nama Ikhsan. Byk dia tolong aku td even dia tgh byk kje. Bila borak2 rupanya dia junior aku mase kt kampus dlu...ptt la. Ade sorg lg praktikel bhgian audit jgk nama dia ape ntah. Lupa pulak sbb ramai na nama td diperkenalkn lgsg lupa (alasab je tu haha) dia pn byk tlg aku td. Memandangkan staff audit ramai g audit luar so dorg la yg tlg aku byk td.
First day ni aku belek2 kerja dorg nk tgk framework kje dorg mcm mne. Than after few hours membelek aku dpt keje dr manager aku suruh audit company ni. So dgn rse teruja dan teruna nya aku memulakn kerja baru aku dgn jayanya...
Tula hari pertama di tempat kje yg baru. Harapnya xda masalah utk aku perform di tempat baru aku ni. U all semua tlg la doakan yg terbaik jgk utk aku ye. Aku doakan semoga yg doakan aku dia diberkati la seluruh kehidupan dunia akhirat ye...amin...:)

Chow dlu... Nk solat...jom solat sama2....

Sunday 5 May 2013

Keputusan

Assalamualaikum...
Akhirnye seperti yg dh kita sedia maklum, tentang keputusan PRU 13. Kejayaan masih KEKAL di tangan BN. So nk tanye korg, adakah keputusan ini sepertimana yg korg harapkn? Or seperti mana yg korg jangka kn???
Aku salah sorg dari mereka yg dh daftar mengundi. Pengundi sah tau.(apa ingat muka aku ada mcm muka mat bangla ke?)
Tempat mengundi di kampung aku-lebih tepat lagi kawasan kubu kuat Khairy Jamaluddin. Tp bukan psl dia yg aku nk cerita dgn u all kt cni, dan bukan pasal bangla yg dapat IC serta menjadi 'pengundi yg SAH' di Malaysia ni, bukan juga ttg kejadian BLACKOUT semasa PR sedang leading mase kiraan undi di jalankan tp alih2 selepas teraba2 mengira jumlah undi dlm kegelapan akibat BLACKOUT, BN blh mng,dan bukan juga pasal penggunaan dakwat KEKAL yg ternyata mmg 'KEKAL' xsampai sejam, bukan ttg itu yg ku aku ingin coret kn di sini.
Abih tu ttg ape?
Apa yg bakal menunggu kite lpas abis PRU 13 ni?
Ade sesuatu yg BESAR bakal berlaku selepas PRU ni...tp itu org kate bkn aku yg kate...
Ape yg dorg kate tu?
Kate dorg (aku pn xtau berita ni btl ke x. Hanya penyampaian dr mulut ke mulut)
Lpas ni byk benda akan naik harga, smpaikan harga pemadam dan pensil pn naik sebab bakal dikenakan cukai. Ha? Pemadam dan pensil pn kene cukai? Are u serius? Abis nk tulis pakai ape pasni klu pensil pn kne byr cukai?pemadam pn cukai? (Emo plak tetiba, mcm la xblh tulis gne pen.haha...)
~,~ Sengal ~,~

Itu khabar je tp xtau la betui ka idak ye. Yg paling penting sekali la ceq nk habaq kat hangpa suma...yg dh lepas kite dh xboleh nk ubah ape dh. Nk undur ke masa lalu? Blh? (klu boleh tlg singgh kt zaman kesultanan melayu melaka, kim salam aku kt hang tuah ye)
Ape yg kite boleh buat skang adalah:-

"Try think positive and act positively ok?"

Ckup la dgn lontaran fitnah yg x habis2 tu... Ckup la. Mcm mne nk hidup aman klu jiwa kita x aman? Bak kata Si Dia, selalu2 lah audit diri kita, muhasabah. Kita ni dh akhir zaman. Masa kita mgkin dh xlama. Mungkin kita dh dianiaya tp biarlah Tuhan Maha Kuasa yg balas.
Usah pandang belakang lagi. Ayuh terus melangkah maju pandang ke hadapan.
Teruskanlah perjuangan memperjuangkan dan mempertahankan serta menegakkan Islam.

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). [3:200]

P/s- dont give an inch, before the last buzzer sound. Jgn cepat putus asa. Teruslah berusaha yg terbaik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...