Monday 16 June 2014

POKAI DI TENGAH BULAN?

“Kesengsaraan yang paling sengsara adalah miskin di dunia dan diseksa di akhirat.” (HR. Ath-Thabarani dan Ash-Shihab)."

Rasa terhimpit, hilang semangat, tak bermaya, dan selalu melepaskan keluhan yang pajang. Inilah situasi normal yang biasa kita tengok (atau kita sendiri alami) bila tiba ditengah bulan.

P.O.K.A.I

Betul x?


Setiap kali dapat gaji, berderet-deret senarai bil, hutang, tunggakan atau pun senarai belanja datang beratur 'baik punya' untuk dilangsaikan dan diuruskan.

Ansuran kereta, sewa rumah, bil kad kredit, bil api, bil air, bil astro, bil internet, bil telefon, bil pembentungan, bayaran PTPTN / pinjaman pendidikan, ansuran set sofa, ansuran set meja makan, ansuran tv LED, ansuran pinjaman peribadi, ansuran motor, barang dapur, barang toiletries, ansuran loan ASB, hutang kawan, beli handphone / tablet baru, beli pakaian yang mengikut fasyen terkini, jam berjenama, baju dan kain berjenama, makan di restoran mewah, beli gajet / set permainan terbaru dan bermacam-macam lagi lah jenis belanja yang sedang menunggu untuk di jelaskan dan dilangsaikan (ini pun dah tujuh baris panjangnya). Itu belum masuk bab nafkah isteri, nafkah untuk ibu bapa di kampung, pampers anak, dan belanja kecemasan / belanja luar jangkaan. Fuh... banyakkan?

Kita seringkali sedar tentang hakikat sebenar hal tersebut. Jadi mari kita renungkan bersama, tang mana silapnya? Mesti pernah terlintas di kepala ayat seperti "pelik la, baru semalam gaji aku masuk harini dah tinggal suku?" ataupun "aduh banyak nya belanja aku, puas dah aku jimat" atau pun yang paling sadis "siapa yang curi duit aku nih?"

Ada seorang sahabat baik aku yang datang mengadu, "Shuk, aku pelik lah, aku dapat bonus tak sampai SEBULAN dah lesap. Aku pun tak tau mana perginya duit aku". 
Aku pun jawab "mana aku tau duit kau" hahaha... (ok itu aku tambah)

Di sini aku nak senaraikan PUNCA-PUNCA kenapa kita selalu hadapi situasi di atas:-

1 - BAYAR HUTANG

Memanglah hutang perlu dibayar. Tapi terlalu banyak HUTANG JAHAT yang menjadikan kita terjerat dengan menjadikan kita terpaksa menanggungnya setiap bulan. 

Apa itu hutang jahat? Boleh rujuk artikel yang aku dah tulis tentang HUTANG BAIK VS HUTANG JAHAT.

Daripada senarai contoh belanja yang aku senaraikan kat atas mari kita senaraikan belanja hutang mana yang antaranya fall under this type of 'BAD DEBT' (cakap omputis sikit ye) :-

-Ansuran kereta
-kad kredit
-bil astro
-bil internet
-ansuran set sofa 
-ansuran set meja makan
-ansuran tv LED
-ansuran pinjaman peribadi
-ansuran motor

HUTANG JAHAT ini adalah antara punca utama kenapa kita sering kekurangan duit / kepokaian di waktu tengah bulan. HUTANG JAHAT ini juga menjadikan kita lambat kaya!

Robert T.Kiyosaki (siapa pulak mamat ni?) seorang billionaire, usahawan, pelabur yang amat berjaya dan merupakan sahabat Donald Trump (ha yang ni mesti kenal), pernah pesan dalm buku best sellernya 'Rich Dad Poor Dad' :


"Orang kaya selalu jadi kaya dan terus kaya sebab mereka membeli aset. Orang miskin dan pertengahan selalu belanjakan duit untuk beli liabiliti." 

Jadi sekarang nampak tak apa perlu kita buat sekarang? Kenal pasti HUTANG JAHAT korang dan cuba untuk mengurangkan hutang tersebut ke tahap yang seminima mungkin! Bagaimana caranya? Nanti insyaAllah ada kesempatan aku akan cuba ulas panjang tentang hal ini. Tapi boleh baca artikel yang ditulis oleh encik zulkifli (yang saya anggap sebagai mentor saya) tentang "strategi saya bebas dari hutang" .

2 - IKUT TREND SEMASA

Orang ada handphone baru kita nak beli handphone baru, orang beli gajet baru, kita pun nak beli juga, jiran beli sofa baru, kita pun nak sofa baru, jiran depan rumah pulak beli TV LCD, kita nak beli TV LED, budak office beli kereta baru, kita pun beli kereta baru, tukar sport rim baru, pasang spoiler, buat skirting, tempel pelekat kereta, taruk LED, pasang turbo semua kita nak ikut. Kawan sekolah post kat facebook pergi bercuti kat Paris kita pun terhegeh-hegeh dok fikir bila la aku dapat bercuti kat Paris jugak. Konon tak nak kalah. Betul? Ha, tak betul? (Sekarang ni musim / trend orang dok nak ber'selfie'. So ramai yang dok cari ape benda menatang kayu untuk ambik gambar tu? Monopod? Ha... mesti korang pun ada beli gak kn? hehehe...)

Azizi Ali, seorang hartawan, jutawan extream, Malaysian Financial Coach, ade bagi pesan dalam buku dia 'Jutawan Dari Planet Jupiter' :


"Dapatkan keseronokan yang sehabis-habisnya daripada segala yang kita miliki (sekarang ini)"

Tak perlu kita terlalu sangat taksub untuk kononnya mengikut perkembangan semasa kerana ianya tidak sekali-kali akan 'mengembangkan'poket anda pun!


3 - BELANJA LEBIH DARI MAMPU

Kebanyakan jutawan - jutawan, hartawan, billionaire di luar sana mempunyai perangai yang hampir sama, mereka selalu belanja di bawah kemampuan kewangan mereka.

Jika gaji kita RM2,000, berbelanjalah seperti orang bergaji RM1,500. Tapi kebiasaanya kita dapat lihat ramai dalam kalangan kita andai gaji RM2,000 tapi belanjanya macam orang gaji RM3,000. Pelik bukan?

Macam mana caranya? Nampak macam susah je? 

Ye, memang susah kalau nak jadi senang, tapi memang senang nak jadi susah. Betul tak?

-Kenal pasti belanja tersebut sama ada keperluan atau kehendak. Bunyi agak klise tapi RAMAI yang buat tak endah dengan nasihat yang baik ini. Minum kopi di Starbucks, satu kehendak (desire), tapi secara lumrahnya minum tu satu keperluan (need). Tak salah kalau minum kopi juga tapi buat sendiri di rumah. It still remain as a coffee am I right? Kita perlukan telefon untuk berhubung (need) tapi teringin sangat nak pakai iPhone 5S yang mana kita tak guna sngat pun semua function dan kelebihan serta kehebatan telefon tersebut (desire). Cukup beli Nokia 3310 je kalau setakat nak call dan mesej.

-Bayar untuk diri kita dulu! Bukan bermaksud kita kena belanja untuk diri kita dulu tapi buat simpanan bagi diri kita dulu sebelum kita keluarkan duit untuk bayar apa-apa jenis belanja. Kalau boleh kita buat potongan gaji siap-siap untuk pastikan duit potongan tersebut tersimpan rapi di dalam akaun bank. Kalau boleh akaun bank simpanan tersebut susah untuk dikeluarkan duitnya. Biar tersimpan dan kita tak perlu ingat-ingat lagi dah duit tu. (Buang je kad bank tu dalam sungai. Ok tak lawak). Jadi kita hanya perlu belanja baki dari duit tersebut.

-Elak ikut trend semasa dan pengaruh rakan 'sebuaya' yang seringkali 'buas' apabila berbelanja. Cari kawan yang tiada tabiat mengikut trend tersebut dan belajar dari mereka. Setakat ini saya tak pernah dengar lagi orang mati kerana ketinggalan zaman dalam berfesyen atau pun kerana tidak memiliki iPhone 5S, apatah lagi mati kerana tidak memiliki monopod!

-Kurangkan tabiat WINDOW SHOPPING kerana ia merupakan perbuatan yang amat berisiko untuk duit kita bocor. Sekiranya ada sebab yang kuat untuk anda ke shopping complex, pergilah dengan perut yang kenyang sebab bila lapar kita pastinya akan mencari kedai makan yang sememangnya menjadi penyebab yang tak semena-mena duit kita keluar.

Cukuplah kot dengan tiga punca ini dulu. Kalau ada tambahan idea, cadangan dan saranan mahupun bantahan, bolehlah komen di bawah ye.

P/s - Keperluan adalah sesuatu yang kita perlu ada untuk terus hidup manakala keinginan adalah sesuatu yang tak menyebabkan kematian kita jika tidak memilikinya.


SHUKRI SAHARI
Bandar Baru Nilai
16.06.2014

4 comments:

  1. Wah nampak artikel memang di tulis dengan teliti.
    Cik akak suka.
    Singgah membaca entri.
    Hidup tanpa hutang adalah kebahagiaan...
    Hutang dunia memang membebankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih cik akak. semoga bermanfaat. :)

      Delete
    2. Blog yg anda tulis buat saya kagum dan bukan senang untuk melaksana bab simpan menyimpan in kerana dugaan dari sudut bertalu-talu melemparkan tamparannya.kerana kadangkala saya sendiri melebihkan keinginan dari keperluan.ayat yg last saya amat kagumi kerana utk meyakinkan diri antara keperluan dan keinginan amat payah.salute kerana menulis blog cukup bernas.

      Delete
    3. Alhamdulillah. Semoga ianya bermanfaat. :)

      Betul bukan mudah untk menyimpan tapi kita memang kena berusaha untuk disiplin. Kalau kita tiada keupayaan untuk menyimpan, bagi la banyak mana pun duit kat kita walau berjuta sekalipun, duit akan tetap juga habis. :)

      Saya doakan kita semua termasuk pembaca blog ini mampu memulakan langkah kekayaan dengan menyimpan insyaallah amin. :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...