Tuesday 20 May 2014

GODZILLA jadi penyelamat bumi?

Apa dah jadi? Godzilla jadi penyelamat bumi? Betul ke ni?


Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas aku dan dia tak tau nak buat apa untuk mengisi masa lapang yang tak berapa panjang sangat. (Sebab aku sibuk ya amat). Puas fikir punya fikir kitorang pun decide pergi ke The Mines untuk mengupdatekan diri kitorg dengan movie yang terbaru. Actually aku sebenarnya pun bukannya tau sangat cerita apa yang tengah hot sekarang. Main redah je pergi. Haha. 

Anyway, kitorang sampai je kat tempat beratur nak beli tiket, didapati ada TIGA cerita je yang available at that time. Since aku kena balik before malam sebab ada training kat studio, so aku decide nak tengok  Godzilla dengan harapan dapat memberi suatu kepuasan yang tidak terhingga selepas menontonnya. (power tak ayat aku? haha.)

Bermula dari permulaan penceritaan yang perlahan, cerita asal usul character antagonis yang baru, MOTU, yang mempunyai kisah kehidupan yang unik dan agak mengujakan (bagi aku la). MOTU, si raksaksa pemakan bahan radioaktif! Agak rare kan?

Bermula kisahnya dari kecil yang berjaya menyelamatkan diri dari manusia hingga kisahnya yang membesar yang akhirnya terperangkap dalam loji bahan radioaktif yang dibina semula selepas kejadian runtuhan loji itu pada 15 tahun sebelum itu. MOTU di'bela' oleh sekumpulan penyelidik bagi membantu mereka untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang haiwan rare tersebut.

Di pendekkan cerita akhirnya MOTU ni terlepas dan mengganas di serata dunia demi mendapatkan bekalan makanannya yang kian pupus - bahan radioaktif. Dalam masa yang sama muncul seekor lagi MOTU (part ni aku suka) yang mana amat mengejutkan para penyelidik. Lagi mengejutkan MOTU itu adalah seekor MOTU betina, yang sedang menunggu MOTU pertama tadi untuk 'bercengkerama' (faham-faham jela). Lepas 'berjaya' maka MOTU betina tu akhirnya bertelur dan memerlukan bahan nuklear untuk dijadikan bahan makanan untuk anak-anak MOTU yang bakal menetas itu nanti.

So, mana  Godzilla ? Apa kena dia mengena dengan MOTU? Sahabat baik ke? Ke jiran tetangga?

Rupa-rupanya dorang ni musuh. Adat alam la. Mangsa dengan pemangsa. Korangkan ada belajar tentang rantai makanan masa darjah enam dulu kan? Padi dimakan oleh tikus, tikus dimakan oleh helang. Ingat tak?

Terjadilah pergaduhan dan pertempuran sengit antara tiga ekor raksaksa tersebut. Tapi bila aku tengok cerita tu dah macam cerita Ultraman la plak. Aku mengharapkan juga Ultraman muncul, tapi tetap tak kunjung tiba jua (lagi sekali bajet ayat power). Mungkin Ultraman merajuk sebab diharamkan kemunculannya?  (Ok tak lawak).

Di pendekkan lagi cerita yang dah pendek ni, akhirnya  Godzilla menang dalam pertarungan yang penuh mendebarkan itu. Then tamatlah ceritanya. 

Bagi aku cerita ini boleh tahan la. Tak bosan la. Bagi korang yang dah komen tu, apa pendapat korang tentang cerita ni? Meh komen kat bawah bagi pendapat. Korang yang belum tengok tu bila nak tengok? Haha...

Ni preview cerita Godzilla 


Mungkinkah Godzilla lepas ini akan popular menggantikan Ultraman?
Atau mungkin juga akan menerima nasib yang sama seperti Ultraman?









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...