Sunday 21 September 2014

Rahsia Jutawan Dibongkarkan

Seminar Millionaire Marketing Mastery 2014

Posting yang sebelum ini aku ada kongsikan pengalaman bersama dengan Dr. Azizan Osman di seminar Keusahawanan - Mudahnya Berniaga 2014 yang mana seminar itu free sajo. 

Kali ini meh aku kongsikan pengalaman yang sangat luar biasa bila aku join seminar berbayar pulak - Millionaire Marketing Mastery 2014. Seminar kali ini memang osem dan dahsyat. Lebih 2000 orang yang datang.

Peserta beratur di depan pintu masuk

Walaupun seminar tersebut bermula pada pukul 8.30, aku terpaksa datang seawal 6.30 pagi semata-mata untuk berebut dengan peserta lain untuk dapatkan seat paling depan untuk pakej VIP (sebab aku ambil pakej VIP). 

Ramai usahawan yang datang. So aku pun ambil kesempatan untuk berkenalan dengan usahawan yang join seminar itu. Nak bernetworking la katakan.

IMPIAN HIDUP SEBENAR
Hari pertama seminar menyentuh pada pengenalan dan asas penting dalam marketing. Dr Azizan Osman banyak membetulkan mindset tentang marketing dan perniagaan. Antaranya tentang sikap sebagai seorang usahawan. Dia juga mengajak semua yang datang untuk merenung apa sebenarnya impian kita dalam hidup. 

Cuba kita sama-sama renung sekejap...

Apa IMPIAN hidup korang yang sebenar?

Nak hidup bebas hutang?
Nak hidup dalam rumah besar?
Nak dapat kereta mewah?
Nak melancong tempat-tempat best seluruh dunia?

Dr. Azizan pesan, kita harus ada impian yang JELAS dan hubungkan impian dengan insan yang kita SAYANG. 

Contoh:-

Kita nak hidup bebas hutang supaya isteri dan anak-anak kita bebas dari gangguan along atau dapat surat amaran / surat mahkamah yang selalu membelenggu dan merantai diri sepanjang hidup kita berhutang?

Atau kita nak merubah hidup keluarga kita supaya orang tua kita dah tak perlu bersusah payah lagi hidup bekerja?

Korang tak nak buat hidup orang yang korang sayang bahagia?

300 STRATEGI MARKETING
Hari kedua lebih kepada tip-tip dan saranan serta strategi macam mana nak jadi seorang yang amat pakar dalam marketing

Antara yang mengujakan aku, Dr. Azizan Osman mendedahkan sebanyak 300 marketing  strategies yang mana ada di antara strategi tersebut digunakan pakar-pakar marketing seluruh dunia. Bahkan ada yang pernah cuba guna hanya 3 atau 4 daripada 300 strategi ini mampu capai jualan sehingga RM30,000 sebulan! (Aku tak boleh dedahkan sekarang. Panjang lebar entry aku ni kang. Haha). 

PESANAN DARI 14 ORANG JUTAWAN
Malam pula, kami didatangkan khas oleh penganjur, 14 orang jutawan yang masing-masing sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Mereka juga alumni pelajar Dr. Azizan Osman.

Bukan setakat usahawan biasa, ustaz dan ustazah yang dah capai title jutawan dengan bisnes masing-masing pun turut datang berkongsi pengalaman dan pesanan. 

Yang paling menarik, seorang ustazah yang dulunya hanya bertitle ustazah KAFA turut datang berkongsi tentang pahit manis pengalaman hidup dia sebelum berjaya sampai hingga tahap ini. 

Ustazah KAFA beb. Pun boleh berjaya. Cuba tanya diri kita, 'Kau ada?'

Rata-rata berkongsi pesanan dan resepi rahsia yang hampir sama untuk kaya dan berjaya seperti diorang. 

Antara pesanan mereka :

1 - Banyakkan bersedekah
- Mereka percaya dan sudah buktikan, 'The more you give, the more you get'

2 - Banyakkan berselawat
- Even Dr. Azizan Osman pun pesan benda ini banyak kali.

3 - Amalkan solat dhuha
- Biasanya kalau buat 2 rakaat kan? Mereka pesan nak lagi bagus buat 4 / 6 rakaat. 

4 - Jangan lokek / berkira untuk berbelanja mencari ilmu
- Kebanyakan dari kita ada dua sebab utama tak nak keluar duit untuk meuntut ilmu / belajar. 

Pertama sebab EGO. Dah rasa diri sendiri cukup bagus tak perlu orang lain untuk ajar. Kedua sebab takut membazir keluar duit. 

Wahai adik, abang, akak, pakcik, makcik, percayalah, duit yang kita labur untuk belajar tidak akan merugikan kita langsung bahkan buatkan kita lebih kaya lagi. Kalau tak percaya cuba buat dulu. (Jutawan yang aku sebut kat atas sudah buktikan)

RAHSIA DIBONGKARKAN
Workbook dan tag nama aku 

Hari ketiga pula peserta 'disajikan' dengan 'makanan' yang lebih berat. Kami diajar rahsia, 7 cara menjadi jutawan, konsep marketing P.O.W.E.R (setiap huruf di explain secara sangat detail beb), step-step menjadi industri leader dalam sesuatu produk, serta cara 'halus' untuk buat pelanggan 'melekat' dan terus melekat dengan kita. (bukan guna bomoh tau)

Dr. Azizan turut membongkarkan rahsia menulis ayat 'penarik' yang amat menarik sehingga pelanggan kita tertarik dengan kita walaupun hanya dengan menjual pisang goreng panas di tepi jalan! 

Banyak lagi lah tip dan rahsia yang dia dedahkan. Pendek kata memang 'tak berbaloi' dengan harga yang aku bayar untuk belajar semua itu. Sangat-sangat berharga dan memang tak akan dapat kat tempat lain.

Feedback yang aku tinggalkan di feedback board

Penat tu tak payah cakaplah, memang penat tapi sangat-sangat berbaloi beb. Sebelum aku balik aku sempat tinggalkan feedback di ruangan feedback board yang penganjur sediakan. (Tengok la kat gambar tu. Huhu.)

Bergambar sebelum balik

Sebenarnya banyak lagi rahsia, tips dan strategi yang aku tak tertulis dalam entry kali ini, kalau tulis panjang berjela. Korang juga yang bosan nak baca (ntah-ntah tak baca langsung. Haha)

p/s - Salah satu topik yang aku belajar dalam seminar ini adalah tentang 10 kesalahan yang 'membunuh' perniagaan. Ada antaranya menjadi penyebab kenapa sesuatu perniagaan tak pernah berjaya walaupun dah berniaga 10 tahun.

InsyaAllah ada masa lagi aku akan kongsikan. Stay tune. :)

Wallahua'lam

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
26 ZULKAEDAH 1435H
21.09.2014


Artikel yang berkaitan
Bersama Dr. Azizan Osman
Korang Kompem Gagal!
3 Strategi Elak Simpanan Bocor
Pokai Di Tengah Bulan?
Hutang Baik vs Hutang Jahat

Foto credit to:
http://facebook.com/azizanosmanofficialpage/
http://azizanosman.com.my/blog/ 

Thursday 18 September 2014

Bersama Dr. Azizan Osman


Dr. Azizan Osman -  Pakar Pemasaran No.1 Asia

Dah lama sebenarnya aku berhasrat nak jumpa dengan Pakar Pemasaran no.1 Asia yang sangat popular, Dr. Azizan Osman. Akhirnya pada 7 September lepas hasrat dan impian aku tercapai.

Tapi sebelum itu, banyak yang menghalang aku daripada jumpa mamat yang hebat ni.

Begitu banyak ‘biawak – biawak hidup’ yang selalu ‘nasihat’ aku mengatakan ‘Buat apa jumpa mamat tu? Buang masa je’ atau ‘Membazir je ko bayar duit nak pergi seminar mamat tu. Buat dia jadi lagi kaya adalah’ tak pun ‘Mamat ni penipu la. Tak payah kau pegi la’ dan paling teruk ‘Hati-hati shuk, mamat ni guna ilmu hitam’

Pulok dah?

Tiap kali aku balik kampung Rembau, tiap kali tu juga aku nampak muka dia kat billboard. Tiap kali aku selak surat khabar Metro, mesti aku nampak muka dia lagi. Bahkan tiap pagi aku buka TV9 tengok Nasi Lemak Kopi O pun ada muka mamat ni.

SIAPA DIA NI?

Who actually this guy? He must be somebody. Terdetik hati aku nak jumpa dia. Then kebetulan aku buka web azizanosman.com ada satu seminar percuma yang dia adakan di Wisma MCA, Kuala Lumpur 7 September lepas dan aku pun daftar.


Klinik usahawan Mudahnya berniaga 2014

So tiba hari seminar tu aku pun datang and you know what? Crowd yang datang ke seminar tu melimpah ruah sampai ke luar dewan! That was amazing!


Suasana dalam dewan ketika seminar berlangsung

Dalam hati aku, macam mana boleh ramai gila yang sanggup datang ke sini semata-mata nak dengar seminar? Bukan ke orang tak suka datang seminar ke? Dulu masa di universiti kuliah pun aku selalu ponteng. Kalau datang pon tido. Hahaha.

SEMINAR BERMULA

Banyak sungguh tips, strategi dan rahsia-rahsia yang berkaitan dengan usahawan mamat ni bagi. Memang banyak. Paling utama dia tekankan salah satu ciri-ciri kejayaan seseorang tu terletak pada SIKAP

Sikap suka menyalahkan orang lain, suka bertangguh, dan suka menghiraukan kutukan negatif orang terhadap kita. Tiga perkara ini antara penyebab seseorang tu susah nak mendaki tangga kejayaan. Itu antara yang dikongsikan dalam seminar itu. 

PESANAN DR AZIZAN OSMAN

Aku senaraikan beberapa pesanan dan butiran mutiara kata yang di ambil dari Dr Azizan semasa seminar itu :-

1- Ramai orang gagal dan tak berjaya disebabkan selalu meletakkan apa jua kesalahan pada orang lain. Life is so easy to put blame on others.

2-  Perbezaan antara orang yang berjaya dan gagal terletak pada ciri-ciri berikut: 
      i) Orang berjaya mampu membuat KEPUTUSAN 
      ii) Mereka selalu SERIUS dengan keputusan yang mereka buat
    iii) Orang berjaya selalunya akan memberikan 100% KOMITMEN dalam tindakan yang dilakukan berdasarkan keputusan yang telah dibuat.
     iv) Orang berjaya akan memulakan sesuatu dan akan SELESAIKAN apa yang dah dimulakan sehingga habis.

3- Jika nak hidup kita berubah, jika mahu perniagaan kita berubah, kita sendiri kena berubah dulu. 

4- BERANI buat sesuatu yang belum pernah kita buat, baru akan mendatangkan hasil yang belum pernah kita dapat.

5- How you do anything is how you do everything. Buatlah sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sambil lewa sebab ia menggambarkan kesungguhan kita dalam mengejar kejayaan yang sebenar dalam hidup.

Banyak sebenarnya yang dia kongsikan dalam seminar tapi antara banyak-banyak lima perkara itu yang bagi aku amat penting. (Kalau bagi banyak-banyak pun tak diamalkan serupa je tak bagi. Haha)

AKU BUAT KEPUTUSAN

Sebaik habis je seminar percuma itu Dr Azizan ada promote satu seminar Millionaire Marketing Mastery 2014 (MMM 2014) yang mana dalam seminar itu  dia akan mengajar dan membongkar segala rahsia serta tip-tip tentang pemasaran termasuk Intergrated Marketing dan 300 medium marketing yang mana beliau akan 'brainwash' semua peserta yang join seminar itu hingga menjadi seorang yang pakar dalam pemasaran. 

Fuh, aku dah lama tunggu seminar pemasaran macam ni. So aku terus meluru kaunter pendaftaran untuk daftar.

Nanti insyaAllah aku akan ceritakan macam mana aku dan peserta lain 'dikerjakan' dalam seminar tu. Fuh serius aku cakap. Memang dahsyat betul seminar kali ni. Sampaikan lepas aku keluar dari seminar tu otak aku tepu dan ligat berfikir sampai satu tahap makcik jual burger tepi jalan pun aku boleh nampak strategi untuk dia dapatkan income sehari at least RM 2,000 satu hari! Haha.

Yang itu nantilah aku cerita ye.

Wallahua'lam

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
23 ZULKAEDAH 1435H
18.09.2014

Artikel yang berkaitan
Korang Kompem Gagal!
3 Strategi Elak Simpanan Bocor
Pokai Di Tengah Bulan?
Hutang Baik vs Hutang Jahat

Foto credit to:
http://facebook.com/azizanosmanofficialpage/
http://rahmanbasri.com/
http://syaisya.com/
http://azizanosman.com.my/blog/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...