Monday 29 December 2014

TEKNIK PEMASARAN - SHOTGUN VS RIFLE

Ramai tidak kenal nama copywriter ini - Gary Bechivenga.
Tetapi beliau adalah copywriter belakang tabir disebalik sales jutaan ringgit.

Jay Abraham, David Ogilvy, Brian Kurtz dan Perry Marshall juga menganggap beliau adalah copywriter yang bijak menulis surat jualan.

Pengalaman Gary Bechivenga dalam dunia copywriting dan penulisan iklan... Sangat luas.



Dua jenis pendekatan menulis ayat iklan berpengaruh.

"Sell the way your prospects buy." - Gary Bechivenga.

Ini satu daripada tip yang dikongsikan beliau menerusi laman webnya Marketing Bullets.

Ada dua pendekatan ayat jualan yang dapat meningkatkan conversion sehingga 15x ganda.

1) Pendekatan shotgun.

2) Pendekatan rifle.


PENDEKATAN SHOTGUN

Pendekatan shotgun bermaksud kita menulis ayat yang terlalu umum.

Sebagai contoh: Aksesori kereta.

Ini yang menyebabkan kempen iklan kita gagal menarik perhatian pelanggan.


PENDEKATAN RIFLE

Pendekatan kedua pula adalah pendekatan rifle.

Gunakan ayat yang lebih khusus dan spesifik.

Pelanggan yang mahu aksesori kereta masih belum buat keputusan untuk beli produk apa.

Mereka sekadar "survey."

Tetapi pelanggan yang mencari "cover stereng kulit warna hitam" sudah mempunyai emosi untuk membeli.


p/s - Nak tahu rahsia meningkatkan follower di Intagram?
Jom tengok di SINI




SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
8 RABIULAWAL 1436H
30.12.2014


Artikel yang berkaitan

Tip Mahal Dari Seorang Jutawan

 

Monday 15 December 2014

3 Sebab Orang Terus Miskin


"Wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan wang"

Sila hayati video ini dengan penuh penghayatan:



Mari kita renungi FAKTA di bawah:-

74%  pendapatan isi rumah orang MELAYU adalah dibawah RM2000.
22%  sahaja milikan saham milik 
MELAYU .
43% pelajar mendapat kerja minimum 3 bulan lepas grad.
57%  bumiputera mula gaji dengan RM1500. Paling menyedihkan, masih ramai graduan MELAYU kita bergaji bawah RM1000 walaupun memegang segulung ijazah!



Kenapa? 

Masa saya sedang tulis entri ni, mood saya dalam keadaan bercampur baur. Sedih, geram, marah dan pilu sambil layan lagu Hafiz, Bahagiamu Deritaku. 



3 SEBAB KENAPA ORANG TERUS MISKIN

#1 - Salah konsep syukur

Kita diajar sedari kecil untuk bersyukur. Memang satu pelajaran yang bagus. (Bahkan nama saya sendiri pun Shukri. Huhu) Tapi, kita sering salah sangka dengan menggunakan alasan "bersyukur" untuk tidak terus berusaha ke arah lebih baik lagi. Ini namanya penyakit. Penyakit kornik yang bernama MALAS.



Berbekalkan alasan "syukur", kita selalu menidakkan tindakan kita untuk bergerak untuk terus maju - keluar dari zon selesa. 


#2 - Takut pada cabaran



"Ish jangan la kau berniaga, ramai orang yang aku kenal berniaga lepas tu lingkup"

"Ko tak akan berjayalah bro, baru budak hingusan, ilmu tahap buku lali lagi ada hati nak jadi kaya konon"

Saya biasa dengar ayat ini. Anda pun mesti biasa dengar jugakkan ayat-ayat yang macam ini?

Orang pengecut sahaja yang akan cakap macam itu. Tapi mereka sedar tak yang bercakap macam tu tahap hidup mereka macam mana? Berjaya sangat ke?

Sila hindari musuh motivasi sebegini - pemikiran negetif.


"Salah satu tips berkesan untuk menjadi seorang yang berjaya adalah TUKAR KAWAN"
- Dr. Azizan Osman


Sematkan dalam minda, selagi kita tak cabar diri untuk lakukan sesuatu, kita sendiri tak akan tahu kita mampu buat atau tidak. Dan, setiap kegagalan orang lain, jadikan ia sebagai 'batu loncatan' untuk kita lebih berjaya. 

Belajar dari orang yang gagal, belajar kegagalan mereka. Elakkan melakukan kesilapan yang mereka dah lakukan. Belajar dari orang yang berjaya, ikut sahaja langkah kejayaan mereka dan rapatilah orang-orang yang berjaya ini dan jadikan mentor anda supaya kejayaan kita lebih terarah.


#3 - Tiada ilmu

Ilmu ini ibarat cahaya.
Penyuluh jalan kegelapan.

Biasa dengarkan?

Tanpa ilmu, ramai manusia teraba-raba mencari jalan menuju destinasi impian masing-masing.

Dah berapa ramai dalam kalangan kita yang pernah terhantuk dinding, tersepak batu, terjelopok ke dalam lubang akibat berjalan menuju destinasi impian dalam keadaan GELAP tanpa diterangi cahaya ilmu?

Disebabkan kurang ilmulah, manusia selalu menanggung rugi. Disebabkan tiada ilmu jugalah manusia mudah sangat menjadi mangsa penipuan.

Tapi disebabkan egolah meng'hijab'kan keinginan diri untuk menuntut ilmu. Rasa ilmu dah cukup di dada, padahal dalam hati menanggung derita hiba akibat kesusahan dan kebuntuan.

Macam mana nak jumpa jalan keluar dari kebuntuan kalau ego nak menyalakan lampu disepanjang perjalanan dengan cahaya ilmu?

Banyakkan membaca, hadiri seminar dan mula berguru dengan pakar cara-cara membina kekayaan. Itulah antara langkah berkesan dalam mencari penyuluh jalan menuju destinasi anda sendiri.


Wallahu'alam



p/s - Nak belajar berniaga? 
      Belajar dengan pakar niaga di sini ---> DI SINI 

p/ss - Untuk lebih banyak tips perniagaan dan kewangan, 



Ikhlas dari saya,

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
22 SAFAR 1436H
15.12.2014


Artikel yang berkaitan

Tip Mahal Dari Seorang Jutawan


Kredit foto : azamrussiakita.blogspot.com

Tuesday 2 December 2014

Tips 'Mahal' Dari Seorang Jutawan

Dua hari lepas saya berpeluang mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis program yang dijalankan oleh salah seorang daripada mentor perniagaan saya Faisal Abdullah bertempat di Shah Alam.
Bersama tuan Faisal Abdullah

Antara perkara penting yang sempat dikongsikan semalam adalah berkaitan dengan matlamat. 

Matlamat yang jelas akan men'celik'kan mata kita terhadap apa yang sepatutnya kita buat utk capai matlamat tersebut. Antara pesanan yang amat penting dari beliau:-

- Jangan takut
- Jangan distracted
- Senaraikan matlamat yang jelas
- Matlamat yang mempunyai sebab yang beremosi
- Tuliskan kos bulanan yang perlu ditanggung untuk mencapai matlamat tersebut
- Gunakan mekanisme / strategi yang selari dengan apa matlamat yang kita nak capai
- Jika rasa lemah, rujuk balik matlamat yang kita senaraikan tadi supaya dapat semula kekuatan untuk teruskan perjuangan  

Contoh:- 

#1 - Matlamat yang beremosi
Matlamat kita nak sebuah rumah berharga 1.2 Juta.

#2 - Senaraikan matlamat yang jelas
Supaya dapat hidup dengan lebih selesa dan rasa tenang. Rumah besar dan luas boleh anak-anak bermain dalam rumah tanpa perlu risau dan susah hati. 

#3 - Kos yang diperlukan
Kira berapa kos bulanan yang perlu ditanggung. Kita ambil anggaran kos sebulan RM6,000. Di bahagikan dengan 30 hari akan dapat RM200 setiap hari. Jadi kita perlukan RM200 setiap hari tanpa miss untuk kita capai matlamat memiliki sebuah rumah berharga RM1.2 tadi. 

#4 - Makenisme / strategi yang diperlukan
Jadi, kita kena kenal pasti dan susun mekanisme / strategi yang kita perlukan untuk dapatkan RM200 secara konsistan setiap hari. Salah satu cara dengan berniaga. Bagai mana kita boleh dapatkan income  RM200 setiap hari?

Sama ada:

- Jual 1 produk yang untungnya RM200 setiap hari atau
- Jual 10 produk yang untungnya RM20 setiap hari atau
- Jual 100 produk yang untungnya RM2 setiap hari atau
- Jual 1000 produk yang untungnya RM0.20 setiap hari 

Bila kita dah kenal pasti dengan jelas strategi dan makenisma apa yang kita nak gunakan barulah kita akan lebih fokus dengan apa yang kita nak apai dan apa yang kita perlukan untuk mencapai matlamat kita tersebut. 


Itulah sedikit sebanyak tips yang saya dapat kongsikan dari perjumpaann saya dengan sifu saya tempoh hari. Saya harap sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencapai matlamat anda masing-masing Insyaallah.

Semoga bermanfaat. 
 
"Ramai yang susah nak berjaya sebab tiada matlamat hidup yang jelas sebab tak pernah berani untuk tulis apa yang mereka nak / apa matlamat mereka dalam hidup." 
- Dr Azizan Osman

Untuk lebih banyak tips perniagaan dan kewangan, 
like - https://www.facebook.com/blogshukrisahari

Ikhlas dari saya,


SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
10 SAFAR 1436H
03.12.2014


Artikel yang berkaitan

Siapa Nak RM2000?
Korang Kompem Gagal!
3 Strategi Elak Simpanan Bocor
Pokai Di Tengah Bulan?
Hutang Baik vs Hutang Jahat

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...