Monday, 30 June 2014

Bazar Ramadhan ke Bazir Ramadhan?


“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

-Surah Al-Israa : 27-



Pergi bazar Ramadhan dalam keadaan sangat-sangat haus dan lapar, di tengah panahan bahang mentari yang mengeringkan tekak. Tiba-tiba terlihat barisan minuman pelbagai perasa, perisa dan warna yang sejuk, menggoda dan menyelerakan dan cukup untuk membuatkan hati kita luluh. Tubuh kita seakan ditarik magnet hidangan juadah yang cukup menyelerakan yang melambai-lambai pada kita supaya datang untuk mendapatkan dan menikmatinya.


Fuhh... air tebu, air katirah, air kelapa, air jagung, sirap bandung, milo ais, keladi, ice blended, air tembikai, carrot susu, orange juice, dan macam-macam lagi la.

Terasa tak dugaan yang amat hebat ini? Hai tak kan sampai meleleh air liur kot baca entry ni. Lap dulu mulut tu cepat. Haha.

Hakikatnya itulah yang kita hadapi masa kita pergi ke bazar untuk beli juadah berbuka betul tak? Rasa macam nak beli je semua benda yang ada kat bazar tu. Itu belum masuk bab makanan yang mengiurkan macam ayam golek, kambing bakar, murtabak Singapore, roti john,  nasi beriani, nasi kerabu Ketereh, hatta roti canai pun nampak menggoda bila tiba di bazaar Ramadhan. Betul tak? (Sorry la ye, entry kalini memang saja nak bagi korang rasa terliur sikit. Dugaan katanya. Haha.)

Dah tu semua nampak sedap, semua rasa nak beli. Bila balik tak larat pulak nak habiskan semua makanan tu. Sedar-sedar makanan lebih tadi ada dalam tong sampah.

So ini Bazar Ramadhan ke 'Bazir Ramadhan'?


TIPS JIMAT DI BAZAR RAMADHAN

Sebelum ini aku pernah kongsikan kat korang tentang 3 strategi umum untuk elak kebocoran simpanan. Kali ini aku nak kongsi tips untuk elak wang bocor masa korang pergi bazar Ramadhan tu. Tips simple je, bukan untuk korang sahaja, tapi untuk ingatan diri aku juga. Biasalah aku pun kadang-kadang terjerat juga dengan godaan juadah yang mengiurkan kat bazar tu. Hehe.

1 – Senaraikan apa yang nak dibeli


Sebelum keluar rumah, senaraikan dulu minuman dan makanan apa yang nak dibeli. Lepas itu bajetkan berapa agak-agak kos untuk juadah tesebut. Salah satu cara yang bagus adalah dengan memikirkan juadah apa yang boleh mengenyangkan dengan kos yang paling minimum. Aku bahagikan kepada 2 golongan iaitu :-

a) Bujang – Orang-orang bujang yang duduk rumah bujang boleh buat pakatan. Sorang beli air, sorang beli makanan yang lain boleh beli makanan lain atau minuman lain. Sorang satu barang yang berbeza. Lepas itu, boleh makan ramai-ramai. Jimat tu dah pasti, silaturrahim pula lebih kukuh terjalin. Betul tak?

b) Berkeluarga – Senaraikan makanan dan minuman yang anak-anak dan suami/isteri inginkan. Ambil pesanan dari dorang. Waktu pergi bazar, JANGAN bawa diorang, pergi sendiri atau dengan pasangan je. Beli barang ikut senarai yang dah senaraikan tadi sahaja. Sebab kalau bawa ramai-ramai, lagi-lagi kalau bawak anak, macam-macam nak dibelinya. Alih-alih, kita yang asalnya nak berjimat ‘terpaksa’ turutkan kemahuan anak-anak yang macam-macam tu. Sabo jela. Huhu.


2 – Bawa duit cukup-cukup



Selepas kita buat bajet, bawalah duit ke bazar dengan jumlah paling minimum atau cukup-cukup berdasarkan kiraan kos makanan dan minuman yang disenaraikan tadi. So, nanti takdelah kita ‘terbeli’ lebih makanan atau minuman sebab kita bawak duit pun cukup-cukup je. Dapat jimat dan mengurangkan pembaziran dan dapat jimat masa membeli kat bazar yang penuh dugaan dan cobaan itu. Hehe. Hebat bukan?


3 - Cuba minta diskaun


Ini antara tabiat dan habit aku setiap kali nak beli sesuatu tidak kira kat mana aku membeli (hatta kat pasaraya pun aku cuba nasib dengan muka tak malu minta diskaun. Haha) sampai si gadis yang selalu temankan aku shopping pun bosan dengar. Asyik-asyik diskaun. Bukan kedekut atau berkira, tapi ini salah satu tips yang berkesan untuk mengelakkan lebih banyak duit keluar dalam masa yang sama dapat meningkatkan jumlah simpanan dari lebihan urusniaga itu tadi. 

Macam aku memang jenis tak tahu malu minta diskaun dan kebanyakan usaha aku berjaya dapat diskaun. Haha. Betul tau, ini bukan cobaan, ini betul-betul. Jadi, tak salah kalau korang cuba minta diskaun. 

Antara cara-cara yang selalu aku amalkan :

i - Senyum - Datang kat penjual dengan muka yang paling sweet yang korang boleh buat. (ni bonus untuk perempuan sebab biasanya lelaki kalau bab ni payah sikit. Tapi biasa aku buat jadi je setakat ni. Hehe.) Lepas itu, tegur peniaga itu dengan mesra. Kalau peniaga itu baya makcik-makcik korang, jangan segan panggil dorang akak. Bagi dorang kembang sikit rasa muda. Hehe.

ii - Berbual - Cuba berbual macam korang dah lama kenal dengan peniaga tu. Cuba untuk berseloroh dan bergurau dengan peniaga (tapi jangan lebih-lebih pula mesranya, kang tak pasal-pasal dapat 'pelempang bahagia' dari pasangan korang). Sambil borak-borak korang tanyalah secara am harga barang-barang yang peniaga tu jual. Biasanya waktu berbual ni pastikan peniaga dah rasa selesa dengan kita. Ingat, berborak dengan nada yang mesra hingga peniaga tersebut rasa selesa dengan kita.

iii - Pilih barangan - Masa ini korang pilih barang yang korang nak beli tadi. Sambil peniaga tadi nak membungkus korang cuba pancing dengan ayat minta diskaun dengan cara bersahaja, kekalkan nada perbualan mesra korang sedari awal tadi hingga tahap ini.

Kunci utama kejayaan korang untuk mendapat diskaun terletak pada sejauh mana kemampuan korang berbual hingga peniaga itu rasa selesa dengan kita dan kalau tak berjaya, usah putus asa, cuba datang untuk kali kedua dan ketiga dan cuba tiga cara di atas berulang kali, insyaAllah korang dapat tangkap apa maksud aku. :)

4 - Survey harga pasaran



Ini pun satu tabiat aku kalau pergi shopping tidak kira ke bazar Ramadhan atau pun pasar malam. Aku akan round semua kedai dan gerai yang ada kat bazar tu dulu untuk survey jenis barang yang aku nak, dan sebanyak mana kuantiti yang aku boleh dapat dengan harga yang paling minimum dan paling berbaloi. Dengan ambil kira tiga benda ini (jenis/kualiti, kuantiti dan harga) aku boleh dapatkan maklumat barang mana yang aku boleh dapatkan dengan harga paling minimum dalam masa yang sama dengan kuantiti yang paling optimum yang aku boleh dapatkan denga kualiti jenis barang yang aku inginkan. 

Nampak macam complicated ke? Senang je kan? :)

Teknik ini juga sesuai untuk korang aplikasikan kalau korang nak shopping baju raya atau shopping apa jenis barang sekalipun di shopping mall (kecuali tips minta diskaun tu. Korang memang tak akan berjaya kalau guna untuk shopping di shopping mall. Hehe).

Semoga bermanfaat untuk korang ye. Selamat mencuba!

Wallahua'lam.

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
3 RAMADHAN 1435H
01.07.2014



Kredit foto : http://www.shahabudeenjalil.com/wp-content/uploads/2013/07/20130710-182743.jpg
                      http://anythingstyle.blogspot.com/2010/05/mahu-kahwin-duit-tak-cukup.html

5 comments:

  1. Info yang berguna... Thanks..

    ReplyDelete
  2. Caesars Entertainment agrees $3.3 billion buyout of Caesars
    including Caesars Entertainment, Caesars Entertainment, 태백 출장안마 Caesars the company has agreed to 여주 출장안마 buy 문경 출장마사지 back the shares 양주 출장마사지 of the 광주광역 출장샵

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...