Monday 7 September 2015

KISAH BENAR - USAHANITA TERSELAMAT DARI BELANJA IKLAN YANG BESAR


Jika anda baca perbualan ini sampai habis, anda boleh:

- Jimat ratusan, malah ribuan ringgit dalam perbelanjaan pemasaran yang tak sepatutnya dibuat
- Kenalpasti 1 cara jualan berkesan, kemudian kembangkan sebesar-besarnya
- Kepentingan mengenalpasti "KETULAN EMAS KECIL" untuk kejayaan bisnes di masa depan
- Akibat jika selalu TAK FOKUS dan melakukan sesuatu yang tak sepatutnya





Ini adalah perbualan PM di Facebook, antara guru saya Tuan Faisal Abdullah, dan Puan XXX, Alumni pelajar MB2000:

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pn XXX:
Slm tuan faisal.. saya XXXX dr terengganu.. sblm ni byk kali try biz tp x jd.. sampai la saya beli on9 mb2000.. alhamdulillah, teknik validate byk membantu saya generate income.. ok la drpd asyik rugi sblm2 ni

Sekarang, saya terjumpa satu produk, yg dari segi pasaran saya rasa boleh pergi jauh

Iaitu serum anti kuning.. khas untuk bayi demam kuning

Masalah sekarang ialah cara pemasaran..

Salah satu yg saya gune adalah fb ads.. ade mak sdare saya yg g satu bengkel fb ads tuan, dia gtau 1st time fb ads kene letak rm300 selama 3 hari.. sebagai pembuka kata ngan fb supaya ads kita lebih dilihat.. n ade la mak sdare ajar jgk cara cari avatar customer thru google ads

Soalan ke2 saya, says ingin memohon sedikit nasihat dari tuan, bagaimana saya nk go big with this product.. harap pandangan otai seperti tuan dapat membantu saya yg zero basic bab2 bisnes ni

Terima kasih kerana sudi membaca, n terima kasih in advanced sekiranya tuan sudi membalas

Ops.. soalan pertama saya x jelas.. soalan 1- adakah betul kite kene letak rm300 selama 3 hari kalo nk buat fb ads kali pertama?


Tuan Faisal:
tak juga

dlm setiap bisnes baru, langkah pertama kita adalah jual 1 produk, kepada 1 pelanggan

perlu ke keluar RM300 utk jual pd 1 pelanggan?


Pn XXX:
Saya da jual almost 12 botol tuan.. pd org setempat

Jd fb ads tu nilainye x kisah brape, asalkan avatar customer nye betul?

Cmtu ye tuan?


Tuan Faisal:
12 botol tu jual macamamana?


Pn XXX:
Saya jual thru fb grup.. n face to face deliveey
Delivery


Tuan Faisal: 
Kalau ulangi proses yang sama boleh ke?

Maksudnya post pada grup tu berulang kali?

Atau post benda yang sama pada grup lain?


Pn XXX:
Dah cube jugak tuan.. tp agk slow..

Saya join grup ibu hamil berpantang, grup bayi dll..

Adakah bermakna produk x bgs?


Tuan Faisal:
tak tau.

mungkin produk tak bagus.
Mungkin ada pesaing.
Mungkin u gagal tarik perhatian orang masa u post


Pn XXX:
Maaf ye tuan.. soalan biasa2 dr org biasa2


Tuan Faisal:
Saya tak pernah cakap sy bukan orang biasa. Tak perlu minta maaf


Pn XXX:  
InsyaAllah saya cube tgk balik video mb2000.. kene kaji betul2 smule


Tuan Faisal:
Macam ni


Pn XXX:
Hehe.. segan.. tanye soalan yg x pro.. ;p


Tuan Faisal:
Kalau u gagal tarik perhatian org dalam grup..

Apa yang membuatkan u boleh tarikh perhatian org melalui FB ads?


Pn XXX:
Maybe the right customer avatar?


Tuan Faisal:
Relek..tak perlu pikir2 teknikal lagi pasal customer avatar dn sebagainya

Sekarang cuba fikir balik, macamama 12 botol hari tu terjual?

pakai ayat apa?

orang yang beli tu orang macamana?


Pn XXX:
Org yg terdesak baby dia kuning tuan

Actually semlm saje 4 botol saya deliver ke hospital daerah saya..


Tuan Faisal:
Ok..


Pn XXX:
Mula2 sorg beli.. then org len tgk, yg tu plak order


Tuan Faisal:
Ok bagus..

So maksudnya, kat hospital wad bersaling yg ramai customer beli ?


Pn XXX:
Ye tuan

Adakah saya ptt fokus kpd customer di hospital?


Tuan Faisal:  
So memandangkan setakat ni sales lebih mudah dibuat kat wad hospital, bukankah lebih baik kita fikir sekejap, macamana cara kita nak kembangkan sales kat wad hospital?


Pn XXX:
Hehehe..

Betul jgk..

Tp edar flyers di kawasan hospital adalah salah kan tuan..


Tuan Faisal:  
Berapa kos yang dikeluarkan utk jual pada org lain yg beli jugak tu?


Pn XXX:
Kos minyak shj tuan..


Tuan Faisal:  
Ok..bagus. so kos tak banyak lah

Sy tak minta u edar flyers. Memang salah

Tapi ada jalannya yang lain, yg kita kena fikir

Tapi rasanya kat hospital boleh buka booth. Kat luar hopsital boleh gantung banner/bunting

Kat hospital tu ada nurse2 yg boleh jadi agen kita

macam2 cara boleh pikir

1 hari ada berapa orang bersalin di hospital?



Pn XXX:
Maaf ye tuan.. nk tanye lg, kalo ade org offer buat booklet 10k siap edar, ngan saiz a5 rm500, pun bukan cara yg bgs ke tuan?

Ramai..


Tuan Faisal:  
awak ni

Pn XXX:  
Hihihi

Tuan Faisal:  
apa hal pulak tiba2 cerita booklet?


Pn XXX:
Jgn mrh tuan..


Tuan Faisal:
dah kalau tak minat nak dengar, kita tak perlu berbicara


Pn XXX:
X tuan..

Maaf2

Saya salah

Saya sedang mendengar


Tuan Faisal:
Cuba dengar diri awak sendiri

Dah jumpa lubuk kat hospital..dah terbukti.. tapi nak buat FB Ads belanja RM300 atas benda yang belum terbukti

Dah mula nampak jalan di hospital, tapi sibuk nak buat booklet



Pn XXX:
;p my bad.. x fokus.. maaf tuan


Tuan Faisal:  
Its OK

saya tak marah. Saja je buat u sentap sikit

Ok... fikir potensi


Pn XXX:
Mcm desperate nk buat sale.. tp x tahu mcmn


Tuan Faisal:
1 hari ada berapa org beranak kat hospital

katalah 10 orang


Pn XXX:
Ok..


Tuan Faisal:
dari 10 orang tu, berapa ramai yang anaknya sakit kuning?


Pn XXX:  
Ikut statistik, 50-70% bayi baru lahir akan kene kuning


Tuan Faisal:
ok ambil 50%

5 baby sehari sakit kuning. Sebulan ada 150 prospek pelanggan

itu 1 hospital. di kawasan rumah u ada berapa hosptial, berapa klinik bersalin?


Pn XXX:  
Wah.. saya x penah nmpk kira2 cmni dlm kepala saya..

Ikutkan yg berdekatan ade 2 hospital.. klinik kesihatan byk..


Tuan Faisal:
Ok.. ni cadangan saya

memandangkan u dah berjaya buat jualan di hospital, kembangkan saja apa yang u dah terror buat

Pastikan u dapatkan 150 pelanggan sebulan dari 1 hospital

dan pastikan u dah dapat pelanggan tambahan di hospital dan klinik lain

bila u dah biasa buat, dapatkan pembantu yang tlg buatkan delivery utk u

pada waktu ni..

cash u pun dah banyak

masa u pun dah terluang, sebab ada pembantu

masa tu baru lah study FB Ads dan laburkan duit utk fb ads


Pn XXX:  
Tq tuan..


Tuan Faisal: 
sama2.. good luck


Pn XXX:
Tepat saya bertanya.. sbb saya x sure sbnrnye nk buat fb ads.. tu yg saya tanye kt tuan

Terima kasih byk2

Sgt2 terharu tuan sudi menjawab soalan cmni

Heheh

Mekasehhhh sgt2

Mekasehhhh sgt2

An eye opening for some1 like me

Smoge Allah murahkan rezki tuan


Tuan Faisal:
Sama. Ameen. t kasih doakan saya

sy doakan u lebih dimurahknan rezeki

Chat Conversation End


Seen 11:56am
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahu Ikut Jejak Langkah Beliau?


KUPON DISKAUN RM20 OFF Seminar MB2000 adalah:-
KERETA

Atas penghargaan membaca ebook ringkas ini, saya hadiahkan kupon diskaun RM20 OFF untuk hadir seminar.

Cara tuntut:

1.     Sila klik DI SINI ----->> DISKAUN RM20

Baca info, pastikan ia sesuai dengan anda. Klik butang DAFTAR

2.     Isi borang pendaftaran, dan letak kod kupon KERETA


P/ s - Saya memang galakkan dan cadangkan anda pergi jika seminar ini jika anda serius nak keluarkan bisnes anda dari terus ‘stuck’ dan dari terus buang masa, tenaga dan kos lebih banyak.

Wednesday 8 July 2015

CARA MUDAH TARIK PELANGGAN DI FACEBOOK


Beberapa hari lepas rakan saya ada rekod satu video khas tentang teknik bagaimana nak buat jualan di Facebook.
Saya dah tonton videonya.
Tekniknya simple.
Tak perlu guna copywriting yang power-power pun boleh buat 1,000+ unit produk terjual (dengan izin Allah).
Video hanya 15minit +
Ia based on pengalaman peribadi, penelitian, rujukan, perkongsian rakan usahawan, feedback klien beliau.
Siap dengan contoh skrip iklan. Anda hanya perlu adjust sedikit untuk sesuaikan dengan produk anda.
Jika berminat nak dapatkan video ini secara percuma, downlaod DI SINI


Shukri Sahari
Mantin, Negeri Sembilan
8 Julai 2015
22 Ramadhan 1435

Monday 29 December 2014

TEKNIK PEMASARAN - SHOTGUN VS RIFLE

Ramai tidak kenal nama copywriter ini - Gary Bechivenga.
Tetapi beliau adalah copywriter belakang tabir disebalik sales jutaan ringgit.

Jay Abraham, David Ogilvy, Brian Kurtz dan Perry Marshall juga menganggap beliau adalah copywriter yang bijak menulis surat jualan.

Pengalaman Gary Bechivenga dalam dunia copywriting dan penulisan iklan... Sangat luas.



Dua jenis pendekatan menulis ayat iklan berpengaruh.

"Sell the way your prospects buy." - Gary Bechivenga.

Ini satu daripada tip yang dikongsikan beliau menerusi laman webnya Marketing Bullets.

Ada dua pendekatan ayat jualan yang dapat meningkatkan conversion sehingga 15x ganda.

1) Pendekatan shotgun.

2) Pendekatan rifle.


PENDEKATAN SHOTGUN

Pendekatan shotgun bermaksud kita menulis ayat yang terlalu umum.

Sebagai contoh: Aksesori kereta.

Ini yang menyebabkan kempen iklan kita gagal menarik perhatian pelanggan.


PENDEKATAN RIFLE

Pendekatan kedua pula adalah pendekatan rifle.

Gunakan ayat yang lebih khusus dan spesifik.

Pelanggan yang mahu aksesori kereta masih belum buat keputusan untuk beli produk apa.

Mereka sekadar "survey."

Tetapi pelanggan yang mencari "cover stereng kulit warna hitam" sudah mempunyai emosi untuk membeli.


p/s - Nak tahu rahsia meningkatkan follower di Intagram?
Jom tengok di SINI




SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
8 RABIULAWAL 1436H
30.12.2014


Artikel yang berkaitan

Tip Mahal Dari Seorang Jutawan

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...