Thursday 10 July 2014

Feedback dari pengguna ALTEL


Sejak aku buat review tentang simkad ALTEL, macam-macam feedback yang aku terima. Lagi-lagi dari kenalan Facebook.


Ada yang berminat nak dapatkan simkad Altel, ada yang dah guna tapi bagi komen katanya kelajuan internet Altel ni sama seperti kelajuan sim lama yang digunakan sebelum ini (sebab mereka sedia maklum yang Altel sepatutnya mampu menampung capaian internet 4G LTE tapi tak terjadi pada diorang). Jadi aku dengan panjang lebarnya telah meng'explain' pada diorang faktor-faktor yang boleh jadi seperti hal tersebut.

Ada DUA perkara penting yang berkaitan dengan kelajuan internet 4G LTE ini.

1- JENIS TELEFON / GAJET / PERANTI

Untuk pengetahuan korang, apa jenis simkad yang digunakan sekalipun, performance internet bergantung pada jenis telefon yang digunakan. Ada telefon yang boleh menampung capaian kelajuan internet 4G LTE, ada yang boleh support hanya takat 3G sahaja. 

Di sini aku senaraikan LIMA telefon terbaik yang boleh menampung kelajuan 4G LTE termasuklah:-

i - Iphone 5S
ii - Iphone 5C
iii -Samsung Galaxy Note 3
iv - Samsung Galaxy S4 LTE
v - Sony Xperia Z1.

Tapi tak bermakna ALTEL ni tak boleh guna untuk telefon yang berkapasiti 3G sahaja. Ia tetap boleh digunakan dan coverage nya juga cukup meluas hatta kawan kepada kawan saya yang duduk ceruk kampung guna Altel pun masih dapat menikmati internet dengan jayanya. (kalau masih tak percaya cuba try test uji :) ). Jadi tak da masalah untuk telefon 3G untuk guna internet menggunakan ALTEL disebabkan coverage nya yang sangat meluas. Jangan risau ok. Harga pun murah.


2 - KAWASAN LIPUTAN 4G LTE



Di Malaysia, tidak semua kawasan ada liputan 4G LTE. Tapi, berita baiknya, semua kawasan liputan 4G LTE yang boleh dicapai oleh Celcom, dapat juga dicapai oleh ALTEL (sebab Altel membuat kerja sama dengan Celcom melalui Mobile Virtual Network Operator (MVNO)). Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang kawasan yang mempunyai capaian 4G LTE ni boleh rujuk pada laman SINI.

Harap dapat membantu korang untu memahami sedikit sebanyak tentang 4G LTE ini. Jika ada pape pertanyaan atau perkongsian, sudi-sudikanlah 'mengomen' di bawah ni ye. :)


p/s - Nak jadi agen Altel? Hubungi saya di sms / whatsapp di nombor 0196107105. InsyaAllah saya akan cuba bantu sebaik mungkin. :)


Wallahua'lam

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
13 RAMADHAN 1435H
11.07.2014

NOTA

Altel dilihat mempunyai 3 kelebihan utama berbanding syarikat iaitu : 

1) Celcom adalah syarikat telekomunikasi yang paling banyak liputan (2G dan 3G) di Malaysia. Secara tak langsung line Altel juga mempunyai paling banyak liputan di Malaysia (kerana menggunakan prasarana Celcom bagi menawarkan perkhidmatan 2G atau 3G). 

Untuk line 4G pula, Altel telah memperkenalkannya pada Jun 2014 yang lalu manakala separuh lagi blok 4G mereka akan dibangunkan sendiri.

2) Hasil dari pembacaan, Altel mempunyai lesen broadcasting dan fibre optic yang boleh menjadi persaingan hebat kepada MAXIS. 

3) Altel ada satu lagi kelebihan besar berbanding syarikat telekomunikasi lain iaitu Altel mempunyai lesen 4G dan mempunyai blok yang paling banyak kerana menerima slot sebanyak 40 MHz, berbanding yang lain hanya menerima 20 MHz.

*Pada penghujung 2012, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menganugerahkan lapan syarikat lesen mengakses spektrum 2.6GHz, yang membolehkan kesemuanya menawarkan perkhidmatan jalur lebar 4G iaitu pada kelajuan 100 megabit sesaat. Lapan syarikat tersebut ialah Celcom, DiGi, Maxis, Packet One Networks (P1), REDtone, U Mobile, YTL dan Puncak Semangat (Altel). 

Puncak Semangat dilaporkan menerima slot sebanyak 40 MHz, manakala yang lain menerima 20 MHz. Bagi membolehkan perkhidmatan yang diberikan pada kadar optimum iaitu 2x20 MHz, SKMM menggalakkan setiap pemain berkongsi blok dan prasarana. 

*Sumber rujukan : Utusan Malaysia 24/9/2013

Dengan tiga kelebihan ini aku dapat simpulkan ALTEL sememangnya mampu memberi cabaran kepada syarikat telekomunikasi besar yang lain di Malaysia.



Artkel lain tentang ALTEL:
ALTEL - Simkad Yang Hebat

20 comments:

  1. Salam En Shukri

    Macam mana pula dengan kawasan yang liputan Celcomnya slow. Maknanya kalau tukar kpd Altel pun slow jugak la eh sebab ia bergantung kpd line celcom kawasan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu. Tapi harus ingat, Altel ada 3 kelebihan utama iaitu : 1) Celcom adalah syarikat telekomunikasi yang paling banyak liputan di Malaysia. Secara tak langsung line Altel juga mempunyai paling banyak liputan di Malaysia. 2) hasil dari research saya, Altel mempunyai lesen broadcasting dan fibre optic yang boleh menjadi persaingan hebat kepada MAXIS. 3) Tambahan pula, Altel ada satu lagi kelebihan besar berbanding syarikat telekomunikasi lain iaitu Altel mempunyai lesen 4G dan mempunyai blok yang paling banyak kerana menerima slot sebanyak 40 MHz, berbanding yang lain hanya menerima 20 MHz.Dengan tiga kelebihan besar ini saya dapat simpulkan ALTEL sememangnya mampu bagi cabaran kepada syarikat telekomunikasi Malaysia yang lain. Harap saya telah dapat memberi penjelasan kepada Puan. :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saya dah langgan altel mobile internet tp rasa puas hati sbb tak dapat liputan 4G walaupun telefon saya ada 4G/LTE..kawasan kuala lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. DLekuk, klu boleh sy taun duduk katmane ye? sebab biasanya kalau KL mmg dapat 4G. boleh cek kawasan coverage 4G di web site ni. (https://www.celcom.com.my/personal/plans/data/celcom-4g-lte/coverage?lav=1363349286390&cop=1360826467695). Walaupun xdpt 4G internet still laju x? Sebab fon sy even bukan 4G but still lagu layan youtube tanpa buffering bilaguna Altel. Dan bukan saya sorang bahkan kawan-kawan saya juga beritahu perkara yang sama kepada saya dan uniknya saya dan mereka bukan duduk di KL. Wallahua'lam :)

      Delete
    2. blh cuba baca kt web altel ni
      kat faqs altel ada sebut dan sy pun tak puas hati sbb tak dapat 4g lte

      Where can customers experience 4G LTE?
      Altel 4G LTE is now available at all major areas across the country. For further details please check at Altel's website.
      How do I subscribe to 4G LTE and what will I need to take advantage of it?
      You will need a 4G LTE-enabled device and a 64K USIM.
      What is USIM? A USIM (Universal Subscriber Identity Module) card is a SIM card for 3G and 4G services. USIM provides enhanced features when compared to SIM, for example enhanced security, memory, etc.
      Currently I am using a 32K SIM card. Can I still enjoy Altel’s 4G LTE?
      You will need to replace your 32K SIM with a 64K USIM. SIM replacement is free.
      How do I know when I am connected to Altel’s 4G LTE?
      When you are connected to 4G LTE, the 4G or LTE icon will be displayed on your device screen.
      Why can’t I connect to Altel’s 4G LTE / Why don’t I have 4G signal?
      There are a few possibilities. Make sure you check the followings:
      You are within Altel's 4G LTE coverage area,
      You are using a registered Altel 64K USIM
      You are subscribed to Altel's Mobile Broadband package
      Your phone/device is LTE compliant
      What happens if I move into an area which has no 4G LTE coverage?
      In areas where Altel’s 4G LTE has not been deployed, you will be switched to 3G connectivity.

      Delete
  4. Saya pengguna xperia Z1 memang ada 4G LTE tapi saya tak tahu function dia apa..hehe.. skrg saya guna mobile data maxis 1GB rm30 sebulan tapi tu pun dah keluar simbol " 4G/LTE " dekat line phone . Saya nak cuba la altel nie mana tahu lagi best ke sebab altel nie murah sikit dari maxis .. tapi boleh ke kalau guna nombor lama tukar ke altel ? Dan saya tak tahu mana nak dapat simkad altel nie .. mana ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy mmg dealer sah ALTEL. Kalau nak buat tempahan dari saya pun boleh xde masalah.:) sekeping RM7 je. Kat luar biasa org jual RM10. Kalau ada sesiapa minat boleh whatsapp sy di 019-6107105 atau email : mshukrisahari@gmail.com. :)

      Delete
  5. Saya pengguna Altel. Berpuuas hati dengan rangkaian 4G LTE dia. Di Nilai, BBBangi, Putrajaya.boleh dapat LTE disetengah@ tempat. Berbanding sebulan yang lepas dari tarikh harini, saya adalah pengguna celcom. Belum pernah dapat rangkaian 4G LTE di tempat2 tersebut. Kalau nak rasa 4G punya speed, tukarla kpd altel yang liputan 4Gnya lebih luas dari celcom.

    ReplyDelete
  6. Kali pertma pakai altel sangat laju...laju daripada celcom..topi kali kedua...kelajuan lebih teruk daripada celcom internet saya yang dah habis data.....
    sangat slow..saya di seberang jaya.

    ReplyDelete
  7. Dekat uitm tapah ad line x ??

    ReplyDelete
  8. Dekat uitm tapah ad line x ??

    ReplyDelete
  9. Dekat uitm tapah ad line x ??

    ReplyDelete
  10. saya penguna altel dan saya menguna iphone 5sgold tapi menghampekan sayang , kawan saya pakai altel jugak tapi line dye kuat berbanding saye yang kadang kala nk check balance pon x boleh , first saya pakai mmg berpuashati tapi bila kelamaan bnyk menghampa kan , area johor baharu kota tinggi

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Saya izzatie, pelajar tahun satu Univeristi Islam Antarabangsa. Kumpulan kami sedang membuat projek tentang syarikat telekomunikasi dan kami telah memilih syarikat Altel untuk dianalsis.Boleh saya dapatkan maklumat tentang syarikat Altel dari pihak tuan?

    ReplyDelete
  12. Macamana nk bercakap dgn pegawai perunding altel..yg saya tahu, chat shj yg boleh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...