Thursday, 7 August 2014

Soal Jawab tentang ALTEL


Latest update: 12/06/2015


Sepanjang aku menjadi dealer Altel ini, aku tengok rupa-rupanya sangat ramai yang ingin mendapatkan simkad Altel yang hebat ini. Tahniah aku ucapkan kerana menyokong Altel. Tapi tak kurang juga daripada mereka yang melontarkan pelbagai jenis soalan tentang Altel ini. Ada soalan yang aku dapat dari yang Whatsapp, email, bahkan dari komen dalam blog ini.

Entry kali ini aku nak share antara soalan-soalan yang selalu aku terima dan aku sertakan jawapan. Semoga korang semua dapat lebih lagi pencerahan tentang potensi dan kehebatan sebenar simkad Altel keluaran bumiputra ini. Lepas tu boleh la share la kat kengkawan yang lain pulak ye. :)

SOALAN TENTANG ALTEL

Soalan 1 - Dekat mana boleh beli topup Altel, macam mana nak cek baki dan nak topupkan Altel ini?

Jawapan - Kini, korang sekarang boleh dapatkan topup Altel di 7 Eleven, Mydin, Stesen minyak, E-pay, RHB now, CIMB Click dan banyak lagi. 

Nak cek baki taip *124# dan tekan send

Nak topup pulak taip *122*Nombor topup# dan tekan send.



Soalan 2 - Macam mana nak subscribe internet? Apa plan internet yang Altel tawarkan setakat ini? Laju ke internet Altel ini? Kalau abis kouta macam mana?

Jawapan - Ada tiga pakej internet yang boleh di subcribe. Cara pertama, korang boleh dail *102# dan pilih menu 'Broadband' dan boleh pilih pelan data internet yang disenaraikan. atau pun cara kedua dengan sms: 
i - RM 15 / sebulan / 500MB (taip MB 500MB dan hantar ke 25835)
ii - RM 28 / tiga bulan / 1GB (taip MB 1GB dan hantar ke 25835)
iii - RM 48 / tiga bulan / 2GB  (taip MB 2GB dan hantar ke 25835)
iv - Untuk cek baki kouta internet  (taip MB BAL dan hantar ke 25835) 
v - Untuk henti langganan internet  (taip MB STOP dan hantar ke 25835)  
Internet Altel memang diakui laju di hampir seluruh negara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Altel juga mampu mencapai kelajuan 4G LTE yang mana merupakan pemegang kouta 4G terbesar Malaysia iaitu 40MHz.

Meh kita tengok sikit testimoni pengguna Altel :

Kawasan kampung pun dapat internet laju

Testimoni pengguna dari Sabah
Kalau internet kouta yang korang langgan tu dah habis, internet tetap masih boleh digunakan selagi ada line dengan caj hanya 5sen per megabait.

Soalan 3 - Boleh ke dari Celcom / Maxis / Digi / UMobile / TuneTalk / dll tukar ke Altel tapi kekalkan nombor lama? Macam mana cara dan berapa lama proses?

Jawapan - Boleh tapi bersyarat. Syaratnya mudah :-
i - Langsaikan SEMUA jenis bayaran/khidmat yang anda telah langgan sampai ke hari yang anda hendak tukar telco baru (Altel).
Contohnya : 

Bil pada 1/8/2014 korang RM150.00 dan korang dah bayar bil sehingga 1/8/2014 SAHAJA. Pada 5/8/2014, korang rasa nak tukar dari telco asal (contoh Maxis) ke ALTEL. Maka korang kena settel dulu bayaran bil dari 1/8/2014-5/8/2014. Ini amat penting kalau korang yang guna bil nak tukar dari satu telco (contoh Maxis) ke telco yang lain (Altel) dengan mengekalkan nombor yang sama. Kalau tidak, korang mungkin gagal menukar telco.
ii -  Pastikan maklumat yang korang daftar untuk telco lama WAJIB SAMA dengan maklumat yang korang daftar untuk  mohon Altel. Kalau tak, sistem tak boleh detect maklumat tersebut dan permohonan untuk tukar ke Altel akan tidak berjaya.
iii - Simkad yang korang pakai itu WAJIB bawah nama korang dan bukan bawah nama mak / ayah / pakcik / orang lain. Contoh kalau simkad telco yang asal (contoh Maxis) tu bawah nama mak / ayah / pakcik / orang lain pastu korang isikan borang penukaran telco (kepada Altel) untuk kekalkan nombor yang sama tapi guna nama korang, automatik pemohonan korang akan TERBATAL sebab nama tidak boleh di trace oleh telco asal (contoh Maxis) sebab nombor yang sama tapi nama yang nak didaftarkan itu berlainan. Maka secara automatiknya permohonan korang akan terbatal. 
Masa yang diambil untuk proses tersebut antara 3 hari - 1 bulan bergantung kepada keadaan. Buat masa sekarang terlalu ramai yang daftar untuk tukar ke Altel dengan mengekalkan nombor lama, so prosesnya agak makan masa.

Soalan 4 - Altel ada internet untuk harian tak?

Jawapan - Ada. Hanya RM4 sahaja untuk 2 hari, akan dapat 200 mb. Ia sesuai untuk yang gemar ber Whatsapp dan gemar update Facebook. Sangat sesuai bagi yang hanya guna internet sekejap-sekejap bahkan lebih jimat. :)

Cara untuk langgan taip MB 200MB dan hantar ke 25835.

p/s - Nak jadi agen Altel? Hubungi saya di sms / whatsapp di nombor 0196107105. InsyaAllah saya akan cuba bantu sebaik mungkin. :)


Artkel lain tentang ALTEL:
Feedback pengguna ALTEL
Menjejak Simkad Altel
Simkad Altel sold out!

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
12 SYAWAL 1435H
08.08.2014

80 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. iklan tak dibenarkan di sini. Mohon hormati. Terima Kasih

      Delete
    2. Ni mmg mmbantu tq ehhh...πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

      Delete
  2. sy dah beli no altel hmpir 2mgu..msa tu sy kat jb...smpai skrang no tu xbleh nk buat pngilan..ada cra lain x nk rgster no tu..sbb msa sy col centre dia ckp no blm dftr..skrg sy kat klntn...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam..

    ada 1 pertanyaan..
    sy pernah subscribe (contoh : MB 1GB) utk kali pertama, tp bila cuba subs nilai yg sama kali kedua, selepas send request, cuma dpt msg "you've already subscribe" to bila check internet balance x masuk & credit x berubah seolah2 mcm x bt apa2...

    apa yg saya perlu buat?
    terima kasih.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, yang tu masalh teknikal yang memerlukan rujuk pada careline. boleh call care line +603-2613 3888. Harap ia membantu

      Delete
  5. Saya nak bertanya, Kalau kuota internet altel kita ini dah habis, kita kena buat pelan internet lain ke atau kita kena tambah kuota macam Pelan celcom ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia terpulang pada miss sama ada nak subscribe plan baru atau pun terus guna internet dengan tolak credit. sebaiknya saya cadangkan subscribe baru. sekarang ada pakej baru 3GB-RM58 dan 5GB-RM80. Semoga bermanfaat

      Delete
    2. Kenapa mahal sgt.. umobile 5GB RM68 je sebulan

      Delete
    3. Ia mahal jika dibanding dgn umobile, tapi jika dibanding dengan telco lain, ia antara yg murah tuan. Tambahan pula dengan coverage yang lebih baik ia berbaloi dibayar dengan harga tesebut. Kampung saya di Rembau pun coverage masih laju (kampung saya dlm hutan). Kalau umobile, maxis, digi memang susah dapat line di area tersebut :)

      Delete
    4. Saya telah menjadi mangsa Altel sim kad saya hilang..pihak pengurusan memberi semua alamat pengurusan di Sabah pejabat ysng kosong.

      Delete
  6. assalamualaikum, saya buka cimbclick, tp x jumpa nak guna reload yang mn

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang perkhidmatan reload untuk cimb clicks klu tak silap saya dh di 'tiada'kan saya tak pasti kenapa sebabnya. boleh rujuk pada care line untuk cara alternatif untuk reload. +603-2613 3888

      Delete
    2. Salam tuan..sbntar td sy telah reload Altel 10 mlalui cimb click..after succsesful smpai msg di hp ad 3 no pin 16 dgit yg blainan..sy try n eror utk ksemua no 16 dgit tu mlalui *122* 16 dgit # dukacitanye smua no tu eror code..dh la urgent nk pkai credit..harap sgt tuan dpt mmbntu..tq

      Delete
    3. salam tuan izzy raizzy, adakah tuan telah berjaya mendapatkan topup tersebut? jika tidak berjaya, jika tuan masih simpan bukti pembelian di cimbclicks itu, tuan boleh claim semula.saya pernah claim semula dari online banking bagi pembelian topup yang tidak berjaya lama dulu. cuma ia ambil masa dan mereka akan buat semakan.mohon dapat membantu tuan.terima kasih.

      Delete
  7. wajib saya bookmark blog tuan ni untuk rujukan. kejap lagi nak turun bawah beli simkad altel. selamat maju jaya!

    ReplyDelete
  8. Terdapat masalah bila buat Port-In (MNP) ke Altel... tidak boleh hantar mesej ke 25835, utk register/cek quota internet, register FNF.. dah hampir sebulan tapi ALTEL tak buat apa-apa... report dah berkali kali... dah 5 customer service jawab... Kadang tu menyesal tukaq ke ALTEL tapi nak tolong kaum sendiri teruskan juga... En NIzzam : ALTEL telah mengeluarkan CIMB Click dari senarai agent TopUP sementara waktu.. tidak tak apa alasan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MNP untuk altel kadang2 masalah bukan disebabkan altel tuan. tuan boleh rujuk artikel yang saya pernah kongsikan berkenaan dengan MNP di sini - http://shukrisahari.blogspot.com/2014/08/cara-tukar-ke-altel-dengan-nombor-yang.html
      semoga ia membantu tuan. :)

      Delete
    2. Masalah ini berlaku sejak saya Port-In ke ALTEL dari provider TuneTalk pada 2 Nov 2014. Port-In saya berjaya tapi masalahnya setiap kali saya hantar SMS ke 25835 (utk check/beli quota, check/register FNF), mesej "SMSThickMVNOBlock" akan dibalas. SMS ke no lain tidak ada masalah, topup ALTEL juga tidak ada masalah. Kalau bukan masalah di ALTEL, masalanya di mana????? sampai sekarang pihak ALTEL tidak mampu menjelaskannya.......

      Delete
    3. Maaf tuan. Itu di luar kuasa bidang saya. Saya cuma seorang bloger yang menyampaikan makulumat dengan sehabis baik. Tuan boleh cuba layari web ini dan tinggalkan segala details dan masalah yang tuan hadapi
      ---> http://www.altel.my/en/contact
      Atau tuan juga boleh tanya careline macam mana nak hubungi HQ untuk maklumat lanjut jika careline tidak mampu menyelesaikan masalah tuan. Boleh adukan terus masalah ke HQ terus agar mereka segera buat tindakan. Saya hanya dapat bantu setakat ini sahaja. Harap ia membantu tuan. :)

      p/s - saya memang tiada apa-apa kepentingan berkaitan Altel. Hanya niat membantu semampu yang mungkin. Harap maklum.

      Delete
    4. Sy rasa msalah mcm ni bkn hnya jd pd altel. Sy pngguna celcom. Sy akan ada masalah bila nk check baki,nk tambah data intnet dll perkara yg berkaitan.Dan semua mesj yg nk hntar ke mana2 5 no ke celcom prob. Dah dekat sthn mcm ni. Bila call celcom2 just amek report tp xok2 pun. Jd bila nk check bil dan tambah data ssgt2 prob. Slalu kne call operator.klau nk guna sistem sms mmg xblh. Jd sy rs bkn hnya altel je yg prob. Mgk kita nmpak kelemahan sb altel baru. Tp bg sy tdk sb celcom yg dah lama tu pun ada prob jgk. Kdg servis msh ada klemahan.jd skrg sy pun tg servey2 nk tukar ke perkhdmtan lain..

      Delete
  9. penyedia perkhidmatan lain hanya memperlahankan kelajuan setelah kehabisan kouta jika tempoh sah masih ada SEBALIKNYA altel mengambil kesempatan mengenakan bayaran tambahan kepada pengguna per/mb setelah kehabisan kuota walaupun tempoh sah internet masih aktif. INI KE YG DIPANGGIL "KEHEBATAN SEBENAR SIMKAD ALTEL"?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen tersebut. Untuk pengetahuan tuan, Altel bukan mengambil kesempatan mengenakan bayaran tambahan kepada pengguna. Ianya hanya cas internet yang biasa jika tidak subscribe untuk pengguna yang dh habis kouta subscribe. Ini satu KELEBIHAN sebenarnya kerana ianya membantu pengguna menggunakan internet pada kelajuan yang sama instead of memperlahankan kelajuan internet kepada internet yang hampir 'tidak boleh digunakan'. Tempoh sah internet itu adalah jika sehingga tempoh tersebut kouta masih lagi belum habis digunakan, internet yang disubscribe masih blh digunakan. Setiap kali kouta hampir habis, Altel akan bg reminder menyatakan kouta hampir tamat. Jika pengguna tidak mahu kredit ditolak menggunakan cas internet per/mb pengguna mempunyai pilihan sama ada mahu subscribe internet yang baru atau pun mahu menggunakan cas internet yang di tolak kredit dengan kelajuan internet yang tidak dikurangkan walau pun sedikit. Ianya AMAT BERGUNA jika pengguna ada kecemasan memerlukan internet untuk penggunaan yang sedikit. Bayangkan jika kouta habis dan kelajuan internet diperlahankan. Bagaimana pengguna yang ada kecemasan ingin mendapatkan internet dengan kelajuan yang bagus. Jadi saya harap tuan jelas dengan penjelasan saya dan tidak membuat sebarang sangkaan buruk terhadap sesuatu. Saya teringat guru saya berpesan, jika kita bersangka buruk terhadap sesuatu, ia menggambarkan keadaan hati kita yang sebenar. Jadi hati-hati dengan sebarang sangkaan dan tuduhan. Terima Kasih. :) (Saya terangkan bagi pihak Altel untuk menerangkan sesuatu kebenaran, bukan sebab saya penjual simkad Altel sebab saya dh lama tak jual simkad ALTEL. Harap maklum)

      Delete
  10. Maaf tumpang tanya.sekarang nak port out dari digi ke altel memany bermasalah ke? Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Assalam..nak bertanya..bagaimana hendak melanggan blackberry internet servis(BIS)..

    ReplyDelete
  12. Assalam.. bagaimana nak share credit dari satu no altel ke satu no altel yg lain? Terima kasih....

    ReplyDelete
  13. Assalam bruhh , nak tanya ni , aku kan dh buat internet 1gb kan , dh sebulan dh guna n dh habis , so aku beli topup nak buat internet 1gb tu lg , dia kata kena pilih langganan yg lain (gb) . asal ha ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam tuan Fareez Hakim, sefaham saya, andaikata tuan dah langgan untuk sebulan misal kata 1hbJanuari -30januari, dan penggunaan tuan habis kuota sebelum capai had masa sebulan, maka dicadangkan tuan STOP kan langganan sedia ada yang telah kehabisan kuota itu , dan tuan beli topup, masukkan topup baru dan langgan pelan yang baru. begitu lebih jimat.

      saya sering perhatikan, jika saya kehabisan kuota yg sedia ada (altel akan beri reminder sms) , kemudian segera STOP kan langganan sedia ada, kemudian topup dan langgan baru, itu lebih jimat.terima kasih.

      Delete
  14. Altel tak boleh buat call divert. ... sakit hati lah

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Saya sblm ni pernah pergi ke pjbt altel utk port dr umobile ke altel.tp org kaunter tu cakap xboleh sbb no umobile sy ni bkn postpaid.mcm mana sy nk port to altel tp maintain no lama saya?

    ReplyDelete
  18. Jika sy convert dr maxis ke altel.. bleh lagi tak sy extend dia punya tarikh tamat tempoh? TQ

    ReplyDelete
  19. As salam,
    Ada cara tak utk kita jadikan talian kita aktif sepanjang hayat? Saya selalu terlupa utk reload sblm tamat tempoh. Satu nombor dah expired. Skg saya dh convert 2 line postpaid Celcom kepada Altel Prepaid sebab give-up dengan Celcom walaupun saya dan suami dah melanggan talian tu semenjak tahun 1995 kalau tak silap. Saya tambah lagi satu line prepaid utk anak saya. Memandangkan anak saya tu masih bersekolah, saya selalu topup "ala kadar" je..hehe.. tu yg selalu dpt warning line nk tamat tempoh..saya takut saya terlupa..nanti nombor dah tak valid.. timbul dalam hati nk tanya kalau2 ada cara nak panjangkan jangka hayat.. rimas pulak nk memikirkan masalah reload ni..setakat ni saya puas hati dengan speed internet dan saya x subscribe mana2 pakej..topup terus on data plan..sbb masa awal2 pakai dulu punya la susah nk subscribe pakej internet..ade je masalah teknikal...malas nk fikir, saya pakai credit cam biasa je..rasanya ok je stakat guna wasap ngan pesbuk.. pakai kat ofis je..kat rumah pakai wifi.
    kerisauannya skg bila encik husband kata nk tukar ke talian lain gara2 expiry date tu...
    Mintak tolong sangat2 kot2 ade cara memanjangkan jangka hayat yg saya tak tau..
    TQ

    ReplyDelete
  20. saya dah pakai altel hampir setahun lebih. Alhamdulillah puas hati. kadang2 bila kawan takde internet atau takde line, saya selalu offer wifi hotspot. saya langgan internet 1GB je. setakat whatsapp, wechat, facebook, twitter dengan instagram memang susah nak habis kuota. lagipun altel selalu bagi reminder kalau kuota dah melebihi had 80% atau 100%. bila kawan2 tengok saya pakai internet laju je, mereka pun tukar ke pelan altel. kalau masa raya dekat kampung, sedara mara semua mengeluh tak dapat nak hantar ucapan raya, tak dapat nak post gambar raya dekat insta atau facebook, tapi saya boleh senyum2 je sebab line laju. dalam banyak2 telco saya cube, altel paling superb πŸ‘

    ReplyDelete
  21. Aduh mana pegi line aktel ni...dri kul 2 lbih ptg td..smpi skrg ni dh kul 9 mlm...masih xde...ada masalah ke altel ni

    ReplyDelete
  22. Sy nk tnya simkad sy deactive sbb xtopup lama then cmna nk aktifkan balik????

    ReplyDelete
  23. ALTEL xda wireless broadband ke??? hehehee...

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...nak tanye altel ade k offer simkad utk broadband?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,

    Altel ada ka buat paket internet untuk roaming?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  26. Nak tanya, saya tak hafal nombor altel saya sbb altel pakai utk kegunaan data Internet shj. Cam mana nak tau number telefon sendiri?

    ReplyDelete
  27. Salam, bagaimana nak tau owner nombor altel? Saya xpasti nama saya atau adik.. mohon bantu

    ReplyDelete
  28. Salam, bagaimana nak tau owner nombor altel? Saya xpasti nama saya atau adik.. mohon bantu

    ReplyDelete
  29. apa no message center altel ye?

    ReplyDelete
  30. kenapa saya tak boleh check baki internet pd hal saya dah dail *102#

    ReplyDelete
  31. Replies
    1. Boleh refer bawah nie..

      Kami adalah altel dealer yang sah. Marilah bertukar telco anda kepada Altel. Support product Muslim

      Channel telegram : t.me/altelcentral

      Delete
  32. Replies
    1. Postpaid Altel akan datang akan ada..sekrang tgh buat line testing..

      Kami adalah altel dealer yang sah. Marilah bertukar telco anda kepada Altel. Support product Muslim

      Channel telegram : t.me/altelcentral

      Delete
  33. Maaf ye nak tanya . Says tersala masuk kan topup . Saya nk isi prepaid celcom tapi saya terplih altel prepaid . Mcmne ye sye tak faham

    ReplyDelete
  34. bila nk upgrade plan supaya bole lawan ngn umobile gx50? nk support tp coz pelan xle lawan u mobile xle la.. heavy user tenet n call..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dulu pengguna umobile bukan prepaid..postpaid pon dh try..

      Mula2 mmg laju..lps tuh slow yg amat..skrang gune celcom, xox dan altel..kini dah jd dealer utk altel

      ================================
      Kami adalah altel dealer yang sah. Marilah bertukar telco anda kepada Altel. Support product Muslim

      Channel telegram : t.me/altelcentral

      Delete
    2. Aku dh pernah pakai dulu.. tp tenet dia mahal.. pastu kat umah aku xde len, slow mampus.. so no tu pon mati dh agknye.. dh 2 taun tak bukak.. tggu postpaid kluar n bole ade quota unlimited bru aku port in.. coz aku pakai tenet dekat 30gb sebulan, umobile bru 50 je.. slow2 pun aku tak rse slow pon.. kekadang je tu pon dlm brp minit saat je.. so hopefully postpaid akan kluar la plan unlimited call unlimited quota la ye..

      Delete
  35. Assalamualaikum ,ada plan internet dan call tak? Sya tgok ada plan internet shja .

    ReplyDelete
  36. CALL PLAN

    RM30.00 on unlimited On-Net call

    *Applicable to On-Net : Altel – Altel, Tune Talk, Smart Pinoy, Merchantrade, Celcom, Red One, One XOX, Yoodo

    ReplyDelete
  37. Kami adalah altel dealer yang sah. Marilah bertukar telco anda kepada Altel. Support product Muslim

    Channel telegram : t.me/altelcentral

    ReplyDelete
  38. saya sangat puas hati sepanjang guna altel dari mula2 viral pasal altel dulu. tapi dah lama sangat tunggu plan postpaid altel tak jugak keluar. sekarang tukar ke plan unifi unlimited rm59 sebulan. harap altel cepat buat postpaid plan. bertahun dah tunggu.

    ReplyDelete
  39. Saya kuat menonton filem YouTube
    Masalahnya cukupkah kouta 1gb untuk sebulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak.. 1G tahan 2 hari jika kuat youtube

      Delete
  40. Adakah cukup kouta 1gb sebulan untuk menonton filem dan youYouT

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum,,diana saya boleh dapatkan simcard altel

    ReplyDelete
    Replies
    1. cek di website altel dan cari dealer berdekatan!

      Delete
  42. Saya baru subscribe kepada combo plan. Tapi combo plan to apa ?

    ReplyDelete
  43. sya ada buat transisi pembelian topup melalaui irakyat acc..saya tersalah pilih altel..sedangkan sya nak topup ke pengguna Celcom..Yang saya keliru,no tel pengguna tu dah betol..tapi dia pakai Celcom...so duit topup saya rm30 masuk ke no siapa?

    ReplyDelete
  44. no kawan saya yg pakai celcom tu xmasuk
    ..dlm transasi bank..transaksi berjaya..
    tak kan ada no yg sama antara celcom dan altel..

    ReplyDelete
  45. Masuk masuk masuk jan tembirang beiiπŸ˜‚

    ReplyDelete
  46. Mcm mana nk refill altel ni.. Tempoh Aktif saya dh tamat

    ReplyDelete
  47. sapa boleh bantu mana nak dptkan sim kad altel ni area KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la.. susah sangat nk dpt dealer Altel skg

      Delete
    2. Sama la.. susah sangat nk dpt dealer Altel skg

      Delete
  48. Assalamualaikum nak tanya.Kami masukkan pin untuk topup tapi dia kata "bye,bye thank you for using the service" dan topup tu tak masuk pun,kenapa?

    ReplyDelete
  49. Berapa Lamakah kad sim Altel apabila tidak topap

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...