Monday 10 June 2013

Lapangan audit yang mengejutkan!

Bertugas di tengah kota raya pastinya menjanjikan sesuatu yang boleh di katakan sebagai pengalaman yang amat-amat mencabar. Kalini aku di tugaskan selama empat hari untuk menjalankan lapangan audit di sebuah institusi koperat yang terletak di dalam Menara Manulife di tengah ibu kota berdekatan dengan Jalan Duta, bersebelahan Lebuhraya Sprint.
Aku rasa ini pertama kali rasa macam ayam masuk bandar atau dengan bahasa 'omputih' nya "culture shock" dengan budaya mereka di sini. Bukan kerana baru pertama kali aku menjejakkan kaki ke K. Lumpur, kota raya yang terkenal dengan kesibukan ini, tetapi dek kerana terkejut melihat suasana pejabat yang bertingkat-tingkat.


Bukan satu tetapi lebih daripada sepuluh bangunan (malas nak kira berapa banyak, karang pengsan pulak aku kat sini) menara yang menempatkan pejabat-pejabat ahli koperat di sini. Sampaikan tika aku ingin mendongak ke setiap menara aku terasa bagai nak tumbang ke belakang sahaja dek tinggi dan banyaknya menara di situ. Bukan itu sahaja, keadaan yang serba mewah dan besar di sulami pemandangan kereta-kereta besar dan berjenama seperti Mercedes (betul ke aku eja ni?) Porche Canyen, BMW pelbagai Series, Audi dua pintu, Chevrolet, Peugeot dan paling murah pun kereta Honda, Honda CR-Z,menjadi pemandangan biasa di sini, siap ada yang terletak elok di tempat parking "reserve" yang ditanda dengan nombor plate kereta tersebut. Dahsyat betul mereka-mereka ini. Lalu aku memandang motor Honda ku sambil menggelengkan kepala dan tersenyum. Hehe.
Aku rasa amat-amat kerdil di sini kerana di kelilingi orang bertahap CEO-CEO, Pengarah Urusan, Dato'-Dato', Tan Sri dan seangkatan dengannya. Itu baru tengok di luar sahaja, belum pun sampai di pejabat klien yang aku ingin tuju. Masuk lif pertama menuju ke Ground Floor Level (lif pertama sampai tingkat GL sahaja, jadi aku harus mendapatkan lif kedua di tingkat GL untuk ke tingkat atas). Benda pertama yang aku terkejut sebaik sahaja pintu lif terbuka adalah, Pusat Fitness Concept bersebelahan dengan kedai makan Hi-tea. Pelik sungguh orang kaya di sini. Dekat bangunan office pun ada gym. Atau aku je yang batak sangat. Maklumlah orang kampung. Selepas menggagumi kewujudan gym tersebut, aku kemudian menjenguk kedai makan Hi-tea. Serta-merta ianya menyebabkan aku terkejut buat kali kedua. Kenapalah harini aku di sajikan dengan permandangan yang mengejutkan? Terdapat tanda harga bagi makanan yang dijual di situ yang membuatkan aku terkejut! Sandwich (yang aku kira aku mampu buat sendiri) berharga RM9! Aku terkedu lantas terus berlari-lari anak menuju ke lif sambil menangis keesakan (macam melampau pulak menangis kat situ kan) Aku terus naik ke office klien yang ditempatkan di tingkat lima belas (kalau naik tangga kompem kurus. Cubalah!) lalu mendapatkan PIC (person in charge) untuk sesi audit lapanganku sepanjang empat hari ini. Selepas beberapa ketika, aku di tempatkan di sebuah bilik yang agak selesa dan sejuk (dah macam peti ais tahap kesejukannya). Pada hari itu, bermulalah kerja aku seperti kerja lapangan di tempat-tempat lain. Sama sahaja. Yang beza hanya suasana serta orang di sekitarku. :)






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...