Bertugas di tengah kota raya pastinya menjanjikan sesuatu yang boleh di katakan sebagai pengalaman yang amat-amat mencabar. Kalini aku di tugaskan selama empat hari untuk menjalankan lapangan audit di sebuah institusi koperat yang terletak di dalam Menara Manulife di tengah ibu kota berdekatan dengan Jalan Duta, bersebelahan Lebuhraya Sprint.
Aku rasa ini pertama kali rasa macam ayam masuk bandar atau dengan bahasa 'omputih' nya "culture shock" dengan budaya mereka di sini. Bukan kerana baru pertama kali aku menjejakkan kaki ke K. Lumpur, kota raya yang terkenal dengan kesibukan ini, tetapi dek kerana terkejut melihat suasana pejabat yang bertingkat-tingkat.