Wednesday, 18 June 2014

Sempoi Khamis



Kreatif itu penting :)

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
19.06.2014

Tuesday, 17 June 2014

HUTANG BAIK VS HUTANG JAHAT



 "Bang promosi hari ini je bang, kereta keluaran terbaru, RM199 je sebulan!"  

Antara ayat 'penggoda iman' yang selalu menggugah pendirian kita dalam mengatur kewangan hidup kita. Kadang-kadang otak kanan dan otak kiri kita selalu bertelagah dan bercanggah pendapat bila sampai situasi untuk membuat keputusan ketika menghadapi situasi di atas.

Otak kiri         : Murah tu RM199 sebulan, dapat kereta sebijik boleh eksen satu kampung
Otak kanan   : Eh tak boleh, duit gaji aku sebulan tolak rumah, bil api, air, barang dapur semua belanja tinggal RM250 je. Itu pun nak buat simpanan
Otak kiri      : Ala kan ada baki lagi RM51. Boleh simpan lagi apa. Baru bergaya ada kereta baru beb. Baru awek pun pandang.
Otak kanan    : Macam best je ada kereta...

Tewas sudah...

Dah tak pasal-pasal kena tanggung belanja tambahan RM199 sebulan, Daripada boleh buat simpanan RM250 sebulan dah kurang jadi RM51 sebulan. Tu belum masuk cerita bab maintenance lagi. Minyak, tol, road tax, insuran, servis minyak hitam, oil filter, tayar bla bla bla....... Banyakkan? Abis la duit RM51 yang pada asalnya di"niat"kan untuk disimpan tadi.

HUTANG JAHAT



Nampak tak betapa banyaknya wang kita yang bakal kita belanjakan semata-mata terpedaya dek tawaran yang kita jangka seperti berbaloi itu. Bukan duit makin bertambah tapi makin banyak yang keluar. Bak kata Azizi Ali, poket hanya jadi tempat persinggahan sementara duit sahaja. Ini antara sebab kenapa kebanyakan dari kita sering kehabisan duit sebelum sempat tiba tengah bulan. Hutang yang menjadi tanggungan kita ini di namakan HUTANG JAHAT.  

Apa maksud HUTANG JAHAT?
"HUTANG JAHAT - tanggungan hutang yang perlu kita bayar demi sesuatu barang atau benda yang tidak mempunyai nilai pulangan, mempunyai susut nilai"
Hutang sebegini akan terjadi apabila kita membeli liabiliti.


HUTANG BAIK 

Abis tu tak boleh hutang langsung ke? Boleh. Kenal pasti HUTANG BAIK. Apa maksud HUTANG BAIK ni?
"HUTANG BAIK- tanggungan hutang yang memberikan kita pulangan / duit masuk dan meningkatkan aliran tunai masuk"
Hutang sebegini terjadi hanya apabila kita membeli aset

Contoh kita beli sebuah rumah (aset) hari ini RM100,000. Jadi deposit RM10,000 dan kita buat hutang RM90,000 dengan bayaran bulanan RM700. Lalu kita sewakan rumah tersebut kat orang lain dengan harga RM1,000. Jadi kita akan dapat lebihan sebanyak RM300. Jadi bertambahlah aliran tunai masuk kita pada bulan itu sebanyak RM300. Mungkin lepas 5 tahun lepas beli rumah tu kita nak jual. Masa tu nilai rumah naik RM250,000 katakan. Secara kasar kita untung RM 150,000 + 18,000 (lebihan RM300 setiap bulan tadi) = RM 168,000. Untung 168%! - Ini namanya kita berhutang dengan HUTANG BAIK.

So, sekarang ingat, HUTANG BAIK adalah bila kita membeli aset bukannya liabiliti. InsyaAllah aku akan go futher on aset and liabiliti dalam post akan datang.

Wallahua'lam

Semoga bermanfaat

P/S - Orang kaya jadi semakin kaya sebab mereka membeli aset, orang miskin dan pertengahan makin miskin sebab mereka membeli liabiliti.


SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
18.06.2014

Monday, 16 June 2014

POKAI DI TENGAH BULAN?

“Kesengsaraan yang paling sengsara adalah miskin di dunia dan diseksa di akhirat.” (HR. Ath-Thabarani dan Ash-Shihab)."

Rasa terhimpit, hilang semangat, tak bermaya, dan selalu melepaskan keluhan yang pajang. Inilah situasi normal yang biasa kita tengok (atau kita sendiri alami) bila tiba ditengah bulan.

P.O.K.A.I

Betul x?


Setiap kali dapat gaji, berderet-deret senarai bil, hutang, tunggakan atau pun senarai belanja datang beratur 'baik punya' untuk dilangsaikan dan diuruskan.

Ansuran kereta, sewa rumah, bil kad kredit, bil api, bil air, bil astro, bil internet, bil telefon, bil pembentungan, bayaran PTPTN / pinjaman pendidikan, ansuran set sofa, ansuran set meja makan, ansuran tv LED, ansuran pinjaman peribadi, ansuran motor, barang dapur, barang toiletries, ansuran loan ASB, hutang kawan, beli handphone / tablet baru, beli pakaian yang mengikut fasyen terkini, jam berjenama, baju dan kain berjenama, makan di restoran mewah, beli gajet / set permainan terbaru dan bermacam-macam lagi lah jenis belanja yang sedang menunggu untuk di jelaskan dan dilangsaikan (ini pun dah tujuh baris panjangnya). Itu belum masuk bab nafkah isteri, nafkah untuk ibu bapa di kampung, pampers anak, dan belanja kecemasan / belanja luar jangkaan. Fuh... banyakkan?

Kita seringkali sedar tentang hakikat sebenar hal tersebut. Jadi mari kita renungkan bersama, tang mana silapnya? Mesti pernah terlintas di kepala ayat seperti "pelik la, baru semalam gaji aku masuk harini dah tinggal suku?" ataupun "aduh banyak nya belanja aku, puas dah aku jimat" atau pun yang paling sadis "siapa yang curi duit aku nih?"

Ada seorang sahabat baik aku yang datang mengadu, "Shuk, aku pelik lah, aku dapat bonus tak sampai SEBULAN dah lesap. Aku pun tak tau mana perginya duit aku". 
Aku pun jawab "mana aku tau duit kau" hahaha... (ok itu aku tambah)

Di sini aku nak senaraikan PUNCA-PUNCA kenapa kita selalu hadapi situasi di atas:-

1 - BAYAR HUTANG

Memanglah hutang perlu dibayar. Tapi terlalu banyak HUTANG JAHAT yang menjadikan kita terjerat dengan menjadikan kita terpaksa menanggungnya setiap bulan. 

Apa itu hutang jahat? Boleh rujuk artikel yang aku dah tulis tentang HUTANG BAIK VS HUTANG JAHAT.

Daripada senarai contoh belanja yang aku senaraikan kat atas mari kita senaraikan belanja hutang mana yang antaranya fall under this type of 'BAD DEBT' (cakap omputis sikit ye) :-

-Ansuran kereta
-kad kredit
-bil astro
-bil internet
-ansuran set sofa 
-ansuran set meja makan
-ansuran tv LED
-ansuran pinjaman peribadi
-ansuran motor

HUTANG JAHAT ini adalah antara punca utama kenapa kita sering kekurangan duit / kepokaian di waktu tengah bulan. HUTANG JAHAT ini juga menjadikan kita lambat kaya!

Robert T.Kiyosaki (siapa pulak mamat ni?) seorang billionaire, usahawan, pelabur yang amat berjaya dan merupakan sahabat Donald Trump (ha yang ni mesti kenal), pernah pesan dalm buku best sellernya 'Rich Dad Poor Dad' :


"Orang kaya selalu jadi kaya dan terus kaya sebab mereka membeli aset. Orang miskin dan pertengahan selalu belanjakan duit untuk beli liabiliti." 

Jadi sekarang nampak tak apa perlu kita buat sekarang? Kenal pasti HUTANG JAHAT korang dan cuba untuk mengurangkan hutang tersebut ke tahap yang seminima mungkin! Bagaimana caranya? Nanti insyaAllah ada kesempatan aku akan cuba ulas panjang tentang hal ini. Tapi boleh baca artikel yang ditulis oleh encik zulkifli (yang saya anggap sebagai mentor saya) tentang "strategi saya bebas dari hutang" .

2 - IKUT TREND SEMASA

Orang ada handphone baru kita nak beli handphone baru, orang beli gajet baru, kita pun nak beli juga, jiran beli sofa baru, kita pun nak sofa baru, jiran depan rumah pulak beli TV LCD, kita nak beli TV LED, budak office beli kereta baru, kita pun beli kereta baru, tukar sport rim baru, pasang spoiler, buat skirting, tempel pelekat kereta, taruk LED, pasang turbo semua kita nak ikut. Kawan sekolah post kat facebook pergi bercuti kat Paris kita pun terhegeh-hegeh dok fikir bila la aku dapat bercuti kat Paris jugak. Konon tak nak kalah. Betul? Ha, tak betul? (Sekarang ni musim / trend orang dok nak ber'selfie'. So ramai yang dok cari ape benda menatang kayu untuk ambik gambar tu? Monopod? Ha... mesti korang pun ada beli gak kn? hehehe...)

Azizi Ali, seorang hartawan, jutawan extream, Malaysian Financial Coach, ade bagi pesan dalam buku dia 'Jutawan Dari Planet Jupiter' :


"Dapatkan keseronokan yang sehabis-habisnya daripada segala yang kita miliki (sekarang ini)"

Tak perlu kita terlalu sangat taksub untuk kononnya mengikut perkembangan semasa kerana ianya tidak sekali-kali akan 'mengembangkan'poket anda pun!


3 - BELANJA LEBIH DARI MAMPU

Kebanyakan jutawan - jutawan, hartawan, billionaire di luar sana mempunyai perangai yang hampir sama, mereka selalu belanja di bawah kemampuan kewangan mereka.

Jika gaji kita RM2,000, berbelanjalah seperti orang bergaji RM1,500. Tapi kebiasaanya kita dapat lihat ramai dalam kalangan kita andai gaji RM2,000 tapi belanjanya macam orang gaji RM3,000. Pelik bukan?

Macam mana caranya? Nampak macam susah je? 

Ye, memang susah kalau nak jadi senang, tapi memang senang nak jadi susah. Betul tak?

-Kenal pasti belanja tersebut sama ada keperluan atau kehendak. Bunyi agak klise tapi RAMAI yang buat tak endah dengan nasihat yang baik ini. Minum kopi di Starbucks, satu kehendak (desire), tapi secara lumrahnya minum tu satu keperluan (need). Tak salah kalau minum kopi juga tapi buat sendiri di rumah. It still remain as a coffee am I right? Kita perlukan telefon untuk berhubung (need) tapi teringin sangat nak pakai iPhone 5S yang mana kita tak guna sngat pun semua function dan kelebihan serta kehebatan telefon tersebut (desire). Cukup beli Nokia 3310 je kalau setakat nak call dan mesej.

-Bayar untuk diri kita dulu! Bukan bermaksud kita kena belanja untuk diri kita dulu tapi buat simpanan bagi diri kita dulu sebelum kita keluarkan duit untuk bayar apa-apa jenis belanja. Kalau boleh kita buat potongan gaji siap-siap untuk pastikan duit potongan tersebut tersimpan rapi di dalam akaun bank. Kalau boleh akaun bank simpanan tersebut susah untuk dikeluarkan duitnya. Biar tersimpan dan kita tak perlu ingat-ingat lagi dah duit tu. (Buang je kad bank tu dalam sungai. Ok tak lawak). Jadi kita hanya perlu belanja baki dari duit tersebut.

-Elak ikut trend semasa dan pengaruh rakan 'sebuaya' yang seringkali 'buas' apabila berbelanja. Cari kawan yang tiada tabiat mengikut trend tersebut dan belajar dari mereka. Setakat ini saya tak pernah dengar lagi orang mati kerana ketinggalan zaman dalam berfesyen atau pun kerana tidak memiliki iPhone 5S, apatah lagi mati kerana tidak memiliki monopod!

-Kurangkan tabiat WINDOW SHOPPING kerana ia merupakan perbuatan yang amat berisiko untuk duit kita bocor. Sekiranya ada sebab yang kuat untuk anda ke shopping complex, pergilah dengan perut yang kenyang sebab bila lapar kita pastinya akan mencari kedai makan yang sememangnya menjadi penyebab yang tak semena-mena duit kita keluar.

Cukuplah kot dengan tiga punca ini dulu. Kalau ada tambahan idea, cadangan dan saranan mahupun bantahan, bolehlah komen di bawah ye.

P/s - Keperluan adalah sesuatu yang kita perlu ada untuk terus hidup manakala keinginan adalah sesuatu yang tak menyebabkan kematian kita jika tidak memilikinya.


SHUKRI SAHARI
Bandar Baru Nilai
16.06.2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...