Friday, 11 July 2014

Menjejak simkad ALTEL


Sejak aku berkenal-kenalan dengan Altel, aku jadi tertarik untuk memiliki simkad yang tengah ramai dok cari ni. Lalu aku pun mulakan misi pencarian Altel. Seperti yang disangka, simkad ini amat susah untuk dicari di kedai-kedai biasa.




Peristiwa di Tesco Nilai

Pada suatu malam yang hening, aku decide nak jalan-jalan di sekitar Tesco Nilai untuk beli barang dapur dan tiba-tiba langkah kuterhenti (macam lirik lagu la pulak kan) sebaik sahaja aku nampak satu bunting yang promote tentang Altel tergantung di salah sebuah kedai di kawasan jualan baju di luar Tesco kawasan tempat parking kereta. 

Kebetulan memang aku nak cari sim Altel, so aku pun terus meluru ke arah kedai tu. Kedai tu ada jual kain dan kuih raya. Seorang akak menyambut ketibaan aku.

"Akak ada jual sim Altel tak?" tanya aku.

"Ada, sekeping RM10" jawab akak tu.

"Aik, bukan ke sekeping RM7 je ke?" hati aku berbisik.

Selepas tu macam-macam aku tanya akak tu pasal Altel tapi tak banyak yang dia tahu tentang Altel. Rupanya dia hanya tolong jualkan untuk kawan dia. Patut la jual mark-up harga sampai RM10. 

Tak lama lepas tu, ada sepasang suami isteri bersama anak datang bertanya tentang sim Altel kat akak tu. Menurut dorang, dah dua minggu diorang cari simkad Altel kat Nilai tapi kedai yang jual simkad dan prepaid yang diorang pergi kata simkad tu habis dijual. So, end up dorang pun beli la sekeping simkad dari akak yang jual tu. 

Bertukar kepada Altel

Lepas tu aku pun beli la jugak sim Altel tu walaupun harga dia RM10. (sebab nak merasai sendiri pengalaman meggunakan sim Altel ni)

Sim yang aku berjaya beli

First impression, nampak cam best. Bila aku buka je pek sim ni aku agak terkejut dan sedikit takjub. (sikit je.haha) Sim ni didatangkan dengan 2 in 1. Apa tu?

Sim ni rupanya boleh diubah suai sama ada dalam bentuk macro sim dan micro sim.

micro sim
macro sim

Bagi aku ia satu kelebihan bagi Altel kerana menyediakan sim sebegini sebab ianya boleh digunakan pada pelbagai jenis telefon termasuklah iPhone (sebab iPhone guna micro sim) dan telefon biasa (sebab biasanya menggunakan macro sim). So, tak perlu lah nak potong lagi macro sim yang dibeli tu. 

Itulah sedikit sebanyak pengalaman yang aku boleh kongsikan waktu pertama kali menjejak simkad Altel ni. Nantikan review yang lebih menarik tentang Altel pada post yang akan datang. InsyaAllah. :)

p/s - Nak jadi agen Altel? Hubungi saya di sms / whatsapp di nombor 0196107105. InsyaAllah saya akan cuba bantu sebaik mungkin. :)

Wallahu'alam.

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
14 RAMADHAN 1435H
12.07.2014


15 comments:

  1. tragisnya cerita awak..kahkahkah..tp mmg so far laju dia blh tahan la.bukan siput. puas hati!

    ReplyDelete
  2. tapi iphone 5 ke atas tak boleh pakai la eh, sbb simkad saiz nano T_T

    in sha Allah nak mulakan pencarian, nak test dgn hp lg 1 :)

    ReplyDelete
  3. Tengah mencarik jugak simcard ini.. Rm10 ekk.. harap dapat ketemu dengan segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan RM10 Mummy-Ann, RM 7 je kalau ikut harga pasaran. Disebabkan saya sangat berpuas hati dengan Kelajuan dan servis altel, saya terus daftar jadi dealer dan saya juga sekarang jual kad Altel dengan harga RM7 sekeping. Mummy-Ann boleh rujuk dekat sini ye. :) http://shukrisahari.blogspot.com/p/produk.html

      Delete
    2. hahaha encik shukri..encik shukri dah daftar direct dengan altel ya? boleh dreg sendiri sekarang ? saya yang tolong2 orang pun tengah mencari2 ni, sebab kawan yang saya tolong taknak buat dah..dia pening tengok number. kebersalahan saya sebab jual RM7 sebab tolong orang masih menebal. kalau boleh nak jual RM7 juga ni.

      sekian
      akak ALTEL TESCO NILAI :)

      Delete
    3. hehe tak sangka akak baca entry saya. kantoi. hehe... buat semua pembaca blog ni,siapa nak dapatkan kad sim altel boleh dapatkan di depan tesco nilai berjumpa dengan akak oya ini ye. dia lah orangnye yang saya maksudkan dlm entry ini. hihi. klu nak order dari saya pon boleh. saya pos terus ke rumah anda walau di mana korang berada di seluruh Malaysia.

      Delete
  4. Assalam. .ada tak menyediakan perkhidmatan pos laju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, pesanan akan dihantar menggunakan pos laju. :)

      Delete
  5. Tuan, saya nak confirm kan size sim kad ni, size nano ada ke sebab iPhone 5s guna saize nano

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simkad Altel didatangkan dalam bentuk Macro dan Micro sim sahaja. Kalau iphone 5 ke atas mmg kena potong sim tu. :)

      Delete
  6. Intenet dia unlimit ke ?

    ReplyDelete
  7. Assalam...akak nak tanya betul ka internet dia laju xmcm kura2?..boleh kekalkan no lama x?kalau blh mcmna nak buat ya?akak dkt salak tggi ja ..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.....En sebelum ini saya telah membeli sim card altel.tetapi dah expired.bagaimana saya boleh mendapatkan no yg sama?

    ReplyDelete
  9. Hello...saya dan suami pengguna no altel
    Tapi no altes suami telah expired..nak tahu
    Boleh ka no altel tu didapatkan kembali dengan nombor yang sama..tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...