Showing posts with label ALTEL. Show all posts
Showing posts with label ALTEL. Show all posts

Thursday, 7 August 2014

Soal Jawab tentang ALTEL


Latest update: 12/06/2015


Sepanjang aku menjadi dealer Altel ini, aku tengok rupa-rupanya sangat ramai yang ingin mendapatkan simkad Altel yang hebat ini. Tahniah aku ucapkan kerana menyokong Altel. Tapi tak kurang juga daripada mereka yang melontarkan pelbagai jenis soalan tentang Altel ini. Ada soalan yang aku dapat dari yang Whatsapp, email, bahkan dari komen dalam blog ini.

Entry kali ini aku nak share antara soalan-soalan yang selalu aku terima dan aku sertakan jawapan. Semoga korang semua dapat lebih lagi pencerahan tentang potensi dan kehebatan sebenar simkad Altel keluaran bumiputra ini. Lepas tu boleh la share la kat kengkawan yang lain pulak ye. :)

SOALAN TENTANG ALTEL

Soalan 1 - Dekat mana boleh beli topup Altel, macam mana nak cek baki dan nak topupkan Altel ini?

Jawapan - Kini, korang sekarang boleh dapatkan topup Altel di 7 Eleven, Mydin, Stesen minyak, E-pay, RHB now, CIMB Click dan banyak lagi. 

Nak cek baki taip *124# dan tekan send

Nak topup pulak taip *122*Nombor topup# dan tekan send.



Soalan 2 - Macam mana nak subscribe internet? Apa plan internet yang Altel tawarkan setakat ini? Laju ke internet Altel ini? Kalau abis kouta macam mana?

Jawapan - Ada tiga pakej internet yang boleh di subcribe. Cara pertama, korang boleh dail *102# dan pilih menu 'Broadband' dan boleh pilih pelan data internet yang disenaraikan. atau pun cara kedua dengan sms: 
i - RM 15 / sebulan / 500MB (taip MB 500MB dan hantar ke 25835)
ii - RM 28 / tiga bulan / 1GB (taip MB 1GB dan hantar ke 25835)
iii - RM 48 / tiga bulan / 2GB  (taip MB 2GB dan hantar ke 25835)
iv - Untuk cek baki kouta internet  (taip MB BAL dan hantar ke 25835) 
v - Untuk henti langganan internet  (taip MB STOP dan hantar ke 25835)  
Internet Altel memang diakui laju di hampir seluruh negara Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Altel juga mampu mencapai kelajuan 4G LTE yang mana merupakan pemegang kouta 4G terbesar Malaysia iaitu 40MHz.

Meh kita tengok sikit testimoni pengguna Altel :

Kawasan kampung pun dapat internet laju

Testimoni pengguna dari Sabah
Kalau internet kouta yang korang langgan tu dah habis, internet tetap masih boleh digunakan selagi ada line dengan caj hanya 5sen per megabait.

Soalan 3 - Boleh ke dari Celcom / Maxis / Digi / UMobile / TuneTalk / dll tukar ke Altel tapi kekalkan nombor lama? Macam mana cara dan berapa lama proses?

Jawapan - Boleh tapi bersyarat. Syaratnya mudah :-
i - Langsaikan SEMUA jenis bayaran/khidmat yang anda telah langgan sampai ke hari yang anda hendak tukar telco baru (Altel).
Contohnya : 

Bil pada 1/8/2014 korang RM150.00 dan korang dah bayar bil sehingga 1/8/2014 SAHAJA. Pada 5/8/2014, korang rasa nak tukar dari telco asal (contoh Maxis) ke ALTEL. Maka korang kena settel dulu bayaran bil dari 1/8/2014-5/8/2014. Ini amat penting kalau korang yang guna bil nak tukar dari satu telco (contoh Maxis) ke telco yang lain (Altel) dengan mengekalkan nombor yang sama. Kalau tidak, korang mungkin gagal menukar telco.
ii -  Pastikan maklumat yang korang daftar untuk telco lama WAJIB SAMA dengan maklumat yang korang daftar untuk  mohon Altel. Kalau tak, sistem tak boleh detect maklumat tersebut dan permohonan untuk tukar ke Altel akan tidak berjaya.
iii - Simkad yang korang pakai itu WAJIB bawah nama korang dan bukan bawah nama mak / ayah / pakcik / orang lain. Contoh kalau simkad telco yang asal (contoh Maxis) tu bawah nama mak / ayah / pakcik / orang lain pastu korang isikan borang penukaran telco (kepada Altel) untuk kekalkan nombor yang sama tapi guna nama korang, automatik pemohonan korang akan TERBATAL sebab nama tidak boleh di trace oleh telco asal (contoh Maxis) sebab nombor yang sama tapi nama yang nak didaftarkan itu berlainan. Maka secara automatiknya permohonan korang akan terbatal. 
Masa yang diambil untuk proses tersebut antara 3 hari - 1 bulan bergantung kepada keadaan. Buat masa sekarang terlalu ramai yang daftar untuk tukar ke Altel dengan mengekalkan nombor lama, so prosesnya agak makan masa.

Soalan 4 - Altel ada internet untuk harian tak?

Jawapan - Ada. Hanya RM4 sahaja untuk 2 hari, akan dapat 200 mb. Ia sesuai untuk yang gemar ber Whatsapp dan gemar update Facebook. Sangat sesuai bagi yang hanya guna internet sekejap-sekejap bahkan lebih jimat. :)

Cara untuk langgan taip MB 200MB dan hantar ke 25835.

p/s - Nak jadi agen Altel? Hubungi saya di sms / whatsapp di nombor 0196107105. InsyaAllah saya akan cuba bantu sebaik mungkin. :)


Artkel lain tentang ALTEL:
Feedback pengguna ALTEL
Menjejak Simkad Altel
Simkad Altel sold out!

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
12 SYAWAL 1435H
08.08.2014

Friday, 1 August 2014

SIMKAD ALTEL SOLD OUT!

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin. Lama aku tak update blog ni disebabkan nak prepare untuk raya dan balik kampung. Lagi pulak bila beraya kat kampung aku ni, trend konvoi beraya masih lagi bergiat aktif dalam kalangan saudara-mara. So agak tak sempat nak sentuh komputer kesayangan ini untuk update blog. :)


Cakap pasal raya memang tak dinafikan memang meriah. Memang seronok. Siapa kata raya tak seronok must be something wrong dengan korang. Cuma raya kali ini aku dan family raya tak semeriah dulu atas pemergian Atok kesayangan beberapa hari sebelum Ramadhan lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya. Al-fatihah.

"Lets bygone be bygone. Life have to move on"

(Entah betul entah tidak aku tulis ni)

Apa kena mengena raya aku kalini dengan simkad Altel untuk entry aku kali ini? Tengok tajuk entry macam gempak je.

Aku secara rasmi mendaftar dan menjadi dealer rasmi Altel pada 14 Julai 2014 yang lepas. Tak disangka-sangka sambutan terhadap simkad Altel ini tersangat-sangat menggalakkan sehinggakan aku diserbu oleh orang-orang yang hendak mendapatkan simkad ini bagai semut menghurung gula. (maniskan Altel ini!?)

Pada 30 Julai 2014, bersamaan 3 Syawal yang lepas sebanyak lebih dari 60 keping simkad aku habis dijual begitu sahaja. Tidak sampai sebulan stok simkad Altel habis! 

Sebenarnya bukan aku seorang yang kehabisan stok. Kebanyakan sahabat se-Altel aku dari seluruh Malaysia yang menjadi dealer Altel turut kehabisan stok bahkan sejak sebelum raya lagi.

Dahsyat betul penangan Altel.

Promo terbaru dari Altel


So, pada sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan simkad ALTEL dari aku, boleh berbuat demikian selepas hari raya ini. InsyaAllah stok akan tiba semula selepas hari raya ini. Harap dapat bersabar di bulan yang mulia ini ye. :)
Wallahu'alam

Semoga sahabat-sahabat semua dimurahkan rezeki. :)

Artkel lain tentang ALTEL:
Feedback pengguna ALTEL
Menjejak Simkad Altel
Soal jawab tentang Altel
SHUKRI SAHARI
PULAU MAMPAT, CHENGKAU
6 SYAWAL 1435H
02.08.2014

Friday, 11 July 2014

Menjejak simkad ALTEL


Sejak aku berkenal-kenalan dengan Altel, aku jadi tertarik untuk memiliki simkad yang tengah ramai dok cari ni. Lalu aku pun mulakan misi pencarian Altel. Seperti yang disangka, simkad ini amat susah untuk dicari di kedai-kedai biasa.




Peristiwa di Tesco Nilai

Pada suatu malam yang hening, aku decide nak jalan-jalan di sekitar Tesco Nilai untuk beli barang dapur dan tiba-tiba langkah kuterhenti (macam lirik lagu la pulak kan) sebaik sahaja aku nampak satu bunting yang promote tentang Altel tergantung di salah sebuah kedai di kawasan jualan baju di luar Tesco kawasan tempat parking kereta. 

Kebetulan memang aku nak cari sim Altel, so aku pun terus meluru ke arah kedai tu. Kedai tu ada jual kain dan kuih raya. Seorang akak menyambut ketibaan aku.

"Akak ada jual sim Altel tak?" tanya aku.

"Ada, sekeping RM10" jawab akak tu.

"Aik, bukan ke sekeping RM7 je ke?" hati aku berbisik.

Selepas tu macam-macam aku tanya akak tu pasal Altel tapi tak banyak yang dia tahu tentang Altel. Rupanya dia hanya tolong jualkan untuk kawan dia. Patut la jual mark-up harga sampai RM10. 

Tak lama lepas tu, ada sepasang suami isteri bersama anak datang bertanya tentang sim Altel kat akak tu. Menurut dorang, dah dua minggu diorang cari simkad Altel kat Nilai tapi kedai yang jual simkad dan prepaid yang diorang pergi kata simkad tu habis dijual. So, end up dorang pun beli la sekeping simkad dari akak yang jual tu. 

Bertukar kepada Altel

Lepas tu aku pun beli la jugak sim Altel tu walaupun harga dia RM10. (sebab nak merasai sendiri pengalaman meggunakan sim Altel ni)

Sim yang aku berjaya beli

First impression, nampak cam best. Bila aku buka je pek sim ni aku agak terkejut dan sedikit takjub. (sikit je.haha) Sim ni didatangkan dengan 2 in 1. Apa tu?

Sim ni rupanya boleh diubah suai sama ada dalam bentuk macro sim dan micro sim.

micro sim
macro sim

Bagi aku ia satu kelebihan bagi Altel kerana menyediakan sim sebegini sebab ianya boleh digunakan pada pelbagai jenis telefon termasuklah iPhone (sebab iPhone guna micro sim) dan telefon biasa (sebab biasanya menggunakan macro sim). So, tak perlu lah nak potong lagi macro sim yang dibeli tu. 

Itulah sedikit sebanyak pengalaman yang aku boleh kongsikan waktu pertama kali menjejak simkad Altel ni. Nantikan review yang lebih menarik tentang Altel pada post yang akan datang. InsyaAllah. :)

p/s - Nak jadi agen Altel? Hubungi saya di sms / whatsapp di nombor 0196107105. InsyaAllah saya akan cuba bantu sebaik mungkin. :)

Wallahu'alam.

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
14 RAMADHAN 1435H
12.07.2014


Thursday, 10 July 2014

Feedback dari pengguna ALTEL


Sejak aku buat review tentang simkad ALTEL, macam-macam feedback yang aku terima. Lagi-lagi dari kenalan Facebook.


Ada yang berminat nak dapatkan simkad Altel, ada yang dah guna tapi bagi komen katanya kelajuan internet Altel ni sama seperti kelajuan sim lama yang digunakan sebelum ini (sebab mereka sedia maklum yang Altel sepatutnya mampu menampung capaian internet 4G LTE tapi tak terjadi pada diorang). Jadi aku dengan panjang lebarnya telah meng'explain' pada diorang faktor-faktor yang boleh jadi seperti hal tersebut.

Ada DUA perkara penting yang berkaitan dengan kelajuan internet 4G LTE ini.

1- JENIS TELEFON / GAJET / PERANTI

Untuk pengetahuan korang, apa jenis simkad yang digunakan sekalipun, performance internet bergantung pada jenis telefon yang digunakan. Ada telefon yang boleh menampung capaian kelajuan internet 4G LTE, ada yang boleh support hanya takat 3G sahaja. 

Di sini aku senaraikan LIMA telefon terbaik yang boleh menampung kelajuan 4G LTE termasuklah:-

i - Iphone 5S
ii - Iphone 5C
iii -Samsung Galaxy Note 3
iv - Samsung Galaxy S4 LTE
v - Sony Xperia Z1.

Tapi tak bermakna ALTEL ni tak boleh guna untuk telefon yang berkapasiti 3G sahaja. Ia tetap boleh digunakan dan coverage nya juga cukup meluas hatta kawan kepada kawan saya yang duduk ceruk kampung guna Altel pun masih dapat menikmati internet dengan jayanya. (kalau masih tak percaya cuba try test uji :) ). Jadi tak da masalah untuk telefon 3G untuk guna internet menggunakan ALTEL disebabkan coverage nya yang sangat meluas. Jangan risau ok. Harga pun murah.


2 - KAWASAN LIPUTAN 4G LTE



Di Malaysia, tidak semua kawasan ada liputan 4G LTE. Tapi, berita baiknya, semua kawasan liputan 4G LTE yang boleh dicapai oleh Celcom, dapat juga dicapai oleh ALTEL (sebab Altel membuat kerja sama dengan Celcom melalui Mobile Virtual Network Operator (MVNO)). Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang kawasan yang mempunyai capaian 4G LTE ni boleh rujuk pada laman SINI.

Harap dapat membantu korang untu memahami sedikit sebanyak tentang 4G LTE ini. Jika ada pape pertanyaan atau perkongsian, sudi-sudikanlah 'mengomen' di bawah ni ye. :)


p/s - Nak jadi agen Altel? Hubungi saya di sms / whatsapp di nombor 0196107105. InsyaAllah saya akan cuba bantu sebaik mungkin. :)


Wallahua'lam

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
13 RAMADHAN 1435H
11.07.2014

NOTA

Altel dilihat mempunyai 3 kelebihan utama berbanding syarikat iaitu : 

1) Celcom adalah syarikat telekomunikasi yang paling banyak liputan (2G dan 3G) di Malaysia. Secara tak langsung line Altel juga mempunyai paling banyak liputan di Malaysia (kerana menggunakan prasarana Celcom bagi menawarkan perkhidmatan 2G atau 3G). 

Untuk line 4G pula, Altel telah memperkenalkannya pada Jun 2014 yang lalu manakala separuh lagi blok 4G mereka akan dibangunkan sendiri.

2) Hasil dari pembacaan, Altel mempunyai lesen broadcasting dan fibre optic yang boleh menjadi persaingan hebat kepada MAXIS. 

3) Altel ada satu lagi kelebihan besar berbanding syarikat telekomunikasi lain iaitu Altel mempunyai lesen 4G dan mempunyai blok yang paling banyak kerana menerima slot sebanyak 40 MHz, berbanding yang lain hanya menerima 20 MHz.

*Pada penghujung 2012, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menganugerahkan lapan syarikat lesen mengakses spektrum 2.6GHz, yang membolehkan kesemuanya menawarkan perkhidmatan jalur lebar 4G iaitu pada kelajuan 100 megabit sesaat. Lapan syarikat tersebut ialah Celcom, DiGi, Maxis, Packet One Networks (P1), REDtone, U Mobile, YTL dan Puncak Semangat (Altel). 

Puncak Semangat dilaporkan menerima slot sebanyak 40 MHz, manakala yang lain menerima 20 MHz. Bagi membolehkan perkhidmatan yang diberikan pada kadar optimum iaitu 2x20 MHz, SKMM menggalakkan setiap pemain berkongsi blok dan prasarana. 

*Sumber rujukan : Utusan Malaysia 24/9/2013

Dengan tiga kelebihan ini aku dapat simpulkan ALTEL sememangnya mampu memberi cabaran kepada syarikat telekomunikasi besar yang lain di Malaysia.



Artkel lain tentang ALTEL:
ALTEL - Simkad Yang Hebat

Wednesday, 9 July 2014

ALTEL - SIMKAD YANG HEBAT


Rasanya semua dah maklum tentang syarikat telco terbaru dari sebuah syarikat Bumiputra - ALTEL


Sejak cerita tentang simkad keluaran syarikat Bumiputra (syarikat Syed Mokhtar Al-Bukhari) ini menjadi trending, ramai betul yang merebut peluang untuk memiliki simkad ini. Bahkan ada yang sanggup tukar simkad lama kepada sim baru ALTEL ni. Pada mulanya aku pun jadi hairan apa yang best dan istimewanya tentang simkad ini. Lalu aku pun buat research nak tau lagi lanjut.

Daripada research yang aku dah buat, baru aku tahu kenapa orang begitu ramai sanggup bertukar ke ALTEL. Berikut aku senaraikan kehebatan yang ada pada ALTEL ini berbanding simkad biasa yang lain :-

1 - Sangat murah

- Starter pack yang TERMURAH. Hanya RM7 sahaja dengan nilai kredit RM5 tersedia dalam sim tersebut.

- Kadar rata yang MURAH, untuk panggilan 16sen/minit, SMS 5sen/sms, 25sen/mms ke semua rangkaian.


- Lepas tu kalau kita add 8 nombor ke dalam Friend & Family list, cas untuk panggilan hanya 8sen/minit, sms 2sen/sms. Yang menariknya,nombor yang kita nak add tu boleh datang dari nombor dari telco lain seperti Celcom, Tunetalk, Clixter dsb (telco yang ada kerjasama dengan Celcom)


2 - Internet pantas, murah dan sangat berbaloi

- Pelan internet 4G (serius laju internet dia) hanya RM15/minggu untuk 500MB, RM28/bulan untuk 1GB, RM48/bulan untuk 2GB. 


Maka betullah kalau orang kata internet kalau kat ceruk kampung pun masih laju lagi. Dah la laju, murah pula. Memang patutlah ramai yang gilakan simkad baru ni.


3 - Tempoh sah yang lebih lama
Bagi sesiapa jenis yang suka berjimat kredit dan jarang tambah nilai, memang sangat berbaloi untuk guna sim ini sebabnya tempoh tamat kredit lebih panjang dari telco yang lain. Berikut aku senaraikan tempoh sah mengikut nilai tambah nilai:-
RM5   –   5 hari
RM10 – 20 hari
RM30 – 60 hari
RM50 – 90 hari




4 - Syarikat Bumiputra

ALTEL dibawah kelolaan anak syarikat Syed Mokhtar Al-Bukhari, Puncak Semangat Sdn. Bhd. telah membuktikan yang anak bumiputra juga mampu untuk bersaing. Aku puji anak bumiputra yang telah berjaya memecahkan dominasi kaum lain untuk bersaing sengit dipasaran telco ini. Malah menurut sumber yang aku percayai, paling mengangumkan bagi aku, dari middle management hingga ke top management 99% adalah dari bumiputra.
 

Ini menyangkal terus cakap-cakap yang mengatakan anak-anak bumiputra sebelum ini sebagai 'mundur di bumi sendiri'. Tapi jangan kita hanya bangga semata-mata dengan kejayaan terbaru ini, kita juga seharusnya terus berusaha untuk memajukan diri untuk terus berjaya.

(Doesn't mean to be racist, but as a Malaysian, I am very proud of what they have achieved)

So apa pula komen korang tentang ALTEL ni?

p/s - Nanti aku akan kongsikan pengalaman aku menjejak dan mencari kedai dan pengedar untuk mendapatkan simkad ALTEL ini insyaAllah.




SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
12 RAMADHAN 1435H
10.07.2014

Artkel lain tentang ALTEL:
Feedback pengguna ALTEL
Menjejak Simkad Altel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...