Sunday 17 August 2014

Cara tukar ke ALTEL dengan nombor yang sama

Proses ini boleh dilakukan melalui dealer. Sila hubungi dealer berdekatan anda. Selepas pelanggan melengkapkan langkah-langkah ini pihak dealer akan memproses permohonan anda.

SILA BERIKAN KERJASAMA SEBAIKNYA DENGAN PIHAK DEALER, CARELINE DONOR DAN CARELINE ALTEL UNTUK PASTIKAN TIADA MASALAH TEKNIKAL YANG BOLEH MENGGAGALKAN PROSES MNP ANDA!

LANGKAH PENDAFTARAN

1. Isi borang pendaftaran Altel, tandakan kotak MNP, nyatakan syarikat telco anda dan turunkan tandatangan.

2. Sertakan 1 salinan kad pengenalan/pasport.
3. Sertakan 1 salinan gambar kad Blank Sim yang dibeli dari dealer Altel(sim kosong).

- SERAHKAN KEPADA DEALER UNTUK MENGHANTAR PERMOHONAN MNP ANDA

4. Pelanggan mesti pastikan butiran yang diisi adalah sama 100% dengan butiran pendaftaran di syarikat telco yang lama (donor).
  • Tuliskan nama syarikat telco lama (maxis/digi/tunetalk/celcom dll) di sebelah kotak MNP yang ditandakan
  • boleh dapatkan maklumat secara online atau hubungi service center. Lawati laman web telco anda dan klik sign up / register online. Isi maklumat dan submit anda telah boleh melihat profile akaun hp anda seperti yang telah didaftarkan oleh dealer terdahulu.
  • Rujukan tambahan http://mnpcheck.skmm.gov.my/FAQ.aspx 

5. Jika talian anda postpaid, MNP ke Altel bermakna anda akan bertukar kepada pelan prepaid.
  • Pastikan semua bil telah dijelaskan termasuk tambahan bayaran lebih kurang RM10 untuk menamoung kos penggunaan anda semasa tempoh proses.
  • Jika talian anda sub-line anda tidak boleh MNP selagi primary line tidak MNP.
6. Jika talian anda prepaid lebih mudah dan hanya perlu pastikan butiran pemegang akaun yang tepat dan terus isi borang.

7. Untuk makluman kredit di dalam simkad syarikat lama tidak boleh di bawa pindah, ada sesetangah syarikat telco pula tidak membenarkan perpindahan jika tiada kredit yang aktif dalam akaun pelanggan semasa proses MNP. Pastikan credit anda boleh menggunakan plan untuk SMS dan panggilan.barulah mulakan proses MNP.

Print borang di bawah ini, isi dan tandatangan kemudian serahkan kepada dealer atau emelkan Borang dan K/P kepada saya untuk diproses - mshukrisahari@gmail.com

Wallahua'lam

Artkel lain tentang ALTEL:
Feedback pengguna ALTEL
Menjejak Simkad Altel
Simkad Altel sold out!
Soal jawab tentang ALTEL
 

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
22 SYAWAL 1435H
18.08.2014

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...