Tuesday 25 March 2014

SUKA TANGGUH KERJA

Assalamualaikum...



Adakah korang seorang yang suka menangguh kerja? Korang selalu buat kerja last minute ? Korang ada masalah menyelesaikan tugas yang diberikan dalam masa yang ditetapkan?

Ini pengakuan ikhlas aku. Aku pun sebenarnya termasuk dalam kelompok orang yang SUKA TANGGUH KERJA. Haha.Memang tabiat suka tangguh kerja ni sangat-sangat tidak bagus. Mentor aku pernah berkata:

"Orang yang suka bertangguh ni tak kan berjaya!"
Korang bagaimana? Dah berjaya ubah tabiat suka tangguh kerja? Kalau korang ada cara bagaimana untuk mengatasi sikap suka bertangguh ini, kongsikan dengan di ruangan komen di bawah tu yer. 
Meh aku kongsikan dengan satu artikel tentang menangguh kerja ni.
PUNCA KENAPA KITA SUKA TANGGUH KERJA & CARA BAGAIMANA UNTUK MENGATASINYA

Suka bertangguh, tabiat menangguhkan atau menunda suatu kerja atau tugasan sehingga saat-saat akhir, boleh menjadi satu masalah besar dalam kerjaya dan hidup korang. Kesan sampingan sikap ini adalah korang mungkin terlepas sesuatu atau banyak peluang, waktu kerja jadi tidak menentu, tekanan atau stres, rasa kecewa dan bersalah. Tulisan ini akan meneliti punca-punca sikap suka bertangguh dan memberi korang beberapa kaedah praktikal untuk mengatasinya.
Pola perlakuan sikap suka bertangguh boleh tercetus dalam banyak cara, jadi korang tidak akan selalu bertangguh kerana sebab-sebab yang sama. Adakalanya korang bertangguh kerana korang terlalu banyak tugasan yang perlu dilaksanakan, dan penangguhan memberi korang ruang untuk melarikan diri. Adakalanya pula korang bertangguh kerana rasa penat dan malas, dan korang sudah tidak boleh lakukan kerja lagi.
Jadi mari kita lihat pelbagai sebab sikap bertangguh dan cuba mencari jalan yang bijaksana untuk bertindak balas ke atasnya.
  • Punca #1  :  Stress atau Tekanan
Apabila korang rasa stres, tertekan, runsing, atau risau, adalah memang sukar untuk bekerja dengan produktif. Dalam situasi-situasi tertentu, bertangguh menjadi satu mekanisma untuk mengekalkan tahap stres atau tekanan korang berada dalam kawalan.
Penyelesaian yang bijaksana adalah dengan mengurangkan tekanan dalam hidup korang apabila mungkin, agar korang boleh memberi masa bekerja kerana korang mahu, bukan kerana korang terpaksa. Satu daripada cara yang paling mudah untuk mengurangkan stres ialah dengan mengambil lebih sedikit masa untuk bermain.
Dr. Neil Fiore, dalam bukunya The Now Habit mencadangkan memberi masa untuk keseronokan yang dijamin boleh menjadi satu cara yang efektif untuk mengatasi sikap suka bertangguh.Tentukan terlebih dahulu blok masa yang korang akan peruntukkan setiap minggu untuk masa keluarga, hiburan, senaman, aktiviti sosial dan hobi korang. Kemudian jadualkan masa kerja korang menggunakan blok masa yang masih ada. Ini akan mengurangkan rasa untuk bertangguh kerana kerja korang tidak akan menceroboh masa lapang korang, jadi korang tidak perlu untuk menangguhkan kerja demi untuk rehat, relaks dan menikmati hidup.
Kerja korang sepatutnya memberi kepuasan dan keseronokan kepada korang, jika korang selalu bertangguh kerana tidak seronok dengan kerja korang, sehingga menjejaskan masa depan korang, mungkin korang pertukaran kerjaya boleh menangani masalah korang, namun berhati-hatilah.
Ilmuwan Islam memberikan cadangan membahagikan hari kita kepada tiga bahagian iaitu ;
  • 1/3 untuk bekerja
  • 1/3 untuk beriadah dan rehat
  • 1/3  lagi untuk beribadah
Ini serupa dengan saranan Benjamin Franklin; beliau menasihatkan bahawa strategi optima untuk produktiviti yang tinggi ialah dengan membahagikan hari korang kepada tiga bahagian ;
  • 1/3 untuk bekerja
  • 1/3 untuk bermain
  • 1/3  lagi untuk rehat
Berpeganglah bahawa masa kerja dan masa bermain korang adalah sama pentingnya, agar satu tidak menceroboh yang lain. Ini akan menjamin masa lapang korang.
Aku sendiri pun menyedari bahawa diri aku adalah paling produktif dan berkesan apabila aku memberi masa untuk bermain dan beriadah. Ia membantu aku meluahkan tekanan/stres yang berlebihan dan lebih lagi menikmati hidup, dan hasil kerja aku lebih baik apabila aku rasa gembira.
Tempat kerja aku pun memberi suasana yang mendamaikan, oleh kerana aku suka berada di situ, aku boleh bekerja sepanjang hari tanpa rasa terlalu tertekan (tekanan memang sentiasa wujud). Korang pun mesti pernah rasa begini bukan?
  • Punca #2   :  Terlampau Banyak Kerja
Adakalanya korang ada terlampau banyak tugasan atau kerja yang perlu korang selesaikan daripada apa yang korang boleh buat. Ini akan menyebabkan korang rasa terlalu banyak kerja, terlampau banyak sehingga melimpah-limpah, dan yang peliknya korang akan lebih berkemungkinan untuk bertangguh apabila korang rasa sudah tidak mampu melakukannya.
Bayangkannya ianya seperti otak korang menolak untuk bekerjasama dengan kerja-kerja korang yang ternanti yang korang tahu memang tidak munasabah. Dalam kes ini, korang perlu berhenti, menilai semula keutamaan-keutamaan korang, dan permudahkan segala tugasan.
Alternatif yang ada untuk mengurangkan jadual yang terlampau padat dan melimpah-limpah seperti ini adalah penghapusan tugasan-tugasan tertentu, delegasi dan bekerjasama.
Pertama, lihat semula senarai kerja untuk dibuat dan buang sebanyak mungkin tugasan-tugasan. Buang semuanya yang tidak benar-benar penting. Ini sebenarnya tidak susah, tetapi ramai orang tidak melakukannya dengan baik. Ramai yang membuang perkara-perkara seperti bersenam dan bermain tetapi pada masa yang sama mereka memberi banyak masa untuk menonton TV, walaupun bersenam menyegarkan mereka dan menonton TV mengeringkan tenaga mereka.
Apabila korang membuang tugasan-tugasan tertentu, korang perlu berlaku jujur dengan membuang yang paling tidak berharga atau tidak bermakna terlebih dahulu, dan kekalkan yang memberi korang nilai yang nyata dan berharga.
Kedua, lakukan delegasi iaitu perturunkan atau serahkan atau bahagikan tugas-tugas kepada mereka yang lain sebanyak mungkin. Minta lebih bantuan jika korang memerlukannya.
Dan ketiga, bekerjasama dan berbincang dengan mereka yang lain untuk membebaskan lagi masa korang untuk apa yang benar-benar penting. Jika korang mempunyai kerja yang terlampau melimpah-limpah banyaknya daripada apa yang korang rasa boleh terima, terserahlah kepada korang untuk memutuskan sama ada ianya berbaloi untuk terus berada dalam keadaan tersebut.
Aku secara peribadinya tidak bertolak ansur dengan kerja yang terus menerus memaksa aku bekerja berlebihan sehingga aku rasa melampau, ianya sudah menjadi tidak produktif untuk kedua-dua majikan dan pekerja.
Korang perlu tahu dan sedar bahawa mereka yang berprestasi tinggi dalam sebarang bidang mengambil banyak masa bercuti dan masa bekerja mereka lebih pendek dari mereka yang kaki kerja. Pekerja prestasi tinggi ini menyiapkan lebih tugasan dalam masa yang lebih singkat dengan mengekalkan diri mereka segar, tenang dan kreatif.
Dengan meletakkan masa bekerja korang sebagai satu sumber yang terhad berbanding sebagai hantu yang sentiasa mengejar dan mengacau korang dalam setiap ruang hidup korang, korang akan jadi lebih seimbang, fokus dan efektif.
Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan, telah terbukti jumlah masa bekerja optima bagi kebanyakan orang ialah 40 hingga 45 jam seminggu. Bekerja lebih dari masa ini sebenarnya mempunyai kesan buruk terhadap produktiviti dan motivasi dan menyebabkan kurang kerja sebenar yang disiapkan. Ini amat benar terutamanya bagi kerja-kerja alaf teknologi maklumat dan memerlukan kreativiti.
Korang cubalah konsep ini untuk diri korang, untuk mengetahui sama ada ianya berkesan atau tidak. Jangan terima sahaja bulat-bulat apa yang ditulis. Terokailahnya sendiri.
  • Punca #3   :    Rasa Malas
Kerap kali kita bertangguh kerana kita merasakan kita terlalu penat secara emosinya atau fizikalnya untuk membuat sesuatu kerja. Apabila kita terjatuh ke dalam keadaan ini, ianya senang untuk kita terus begini kerana tiadanya lonjakan atau inertia.
Mengikut ilmu fizik, inertia adalah sifat satu jisim untuk mengekalkan gerakannya, jika objek itu bergerak ia akan terus bergerak dan jika ia pegun, ia akan terus mahu mengekalkan kedudukannya. Apabila korang rasa malas, tugas yang mudah pun seakan menjadi kerja yang berat kerana tenaga korang terlalu sedikit berbanding dengan tenaga yang diperlukan oleh tugas itu.
Jika korang menyalahkan tugas itu kerana ia terlalu payah atau sukar, korang akan bertangguh untuk menyimpan tenaga korang.
Akan tetapi lebih lama korang berbuat begini, lebih lemah jadi kemahuan korang, dan tabiat bertangguh korang mungkin mula menjadikan diri korang menuju ke arah kemurungan.
Berasa lemah dan tidak bersemangat tidak sepatutnya menjadi kebiasaan diri korang, jadi adalah penting untuk menghentikan corak atau pola ini sebaik sahaja korang menyedarinya.
Penyelesaiannya mudah: bangun dan gerakkan tubuh korang. Bersenam membantu meningkatkan tahap tenaga korang. Apabila tenaga korang tinggi, tugas-tugas tampak lebih mudah, dan korang menjadi kurang menolak untuk melakukannya. Seorang yang cergas boleh mengendalikan lebih aktiviti daripada mereka yang tidak cergas, walaupun tahap kesukaran tugas tersebut adalah sama.
Melalui percubaan, korang akan dapati apabila korang makan dan bersenam dengan baik, korang rasa lebih betenaga sepanjang hari. Korang jarang bertangguh kerana rasa malas kerana korang bertenaga dan mempunyai kejelasan mental untuk berhadapan dengan apa sahaja yang datang pada korang. Tugas-tugas rasa lebih mudah untuk disiapkan berbanding dengan semasa tabiat pemakanan dan senaman korang tidak baik. Tugas-tugasnya sama sahaja, tetapi korang yang jadi lebih kuat.
Kesan lain yang mungkin korang rasa menakjubkan ialah tidur korang jadi tidak banyak. Enam atau tujuh jam tidur sudah buat korang tidak mampu tidur lagi kerana ia sudah cukup. Korang pun rasa lebih mudah untuk tidur. Itulah yang aku rasa. Sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Korang bersenamlah, memang seronok dan menyegarkan. Tenaga pun bertambah, dan korang jadi lebih rajin.
  • Punca #4   :    Kurang Motivasi
Kita semua pernah rasa malas (malas sekejap, bukan malas seorang yang pemalas) kadang-kadang, tetapi jika korang rasa amat kurang bersemangat dan tidak boleh melakukan apa-apa, maka mungkin inilah masa untuk korang melepaskan corak berfikir yang tidak matang, menerima kehidupan sebagai seorang dewasa yang matang, dan untuk meneroka matlamat hidup korang yang sebenar.
Selagi korang tidak menemui tujuan hidup korang yang memberikan inspirasi, korang tidak akan mencapai potensi diri korang yang sebenar, dan motivasi dan semangat korang akan sentiasa lemah.
Sebagai contohnya seorang doktor atau jururawat, jika beliau memang gemar membantu mereka yang sakit mendapat hidup yang lebih baik, segala kepenatan dan kekangan masa yang beliau hadapi tidak akan melemahkan mereka, sebaliknya mereka akan jadi begitu menikmati kerja itu, kerana ianya memberi mereka kepuasan dan inspirasi buat mereka.
Selain ganjaran berbentuk kebendaan, mereka rasa puas memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan dan rasa diri mereka berharga. Begitulah pun dengan ahli bomba, polis, guru, tentera dan apa saja kerja. Korangi suatu kerja itu memberi inspirasi dan memenuhi matlamat hidup, peluangnya korang akan terus memajukan diri dalam pekerjaan itu.
Tumpukan kerja korang terhadap apa yang memberi korang matlamat, dan korang akan menjauhkan diri korang dari tabiat suka bertangguh. Korang akan rasa lebih bersemangat dan tidak sabar untuk terus melakukan kerja korang. Mencari matlamat korang adalah cara yang sangat berkuasa untuk mengalahkan tabiat suka bertangguh kerana korang tidak akan bertangguh untuk melakukan perkara yang korang suka lakukan.
Jika korang bertangguh kerana tiada motivasi langsung, ianya isyarat besar yang korang mungkin telah memilih jalan yang salah. Carilah matlamat sebenar diri korang, perkara yang korang suka, yang korang akan terus buat dan buat tanpa jemu.
  • Punca #5   :    Kurang Disiplin
Walau ketika semangat korang sedang tinggi, korang mungkin masih berdepan dengan tugas yang korang tidak mahu lakukan. Dalam situasi ini disiplin diri bertindak sebagai sistem sokongan hidup motivasi. Apabila korang rasa bersemangat, korang tidak memerlukan sangat disiplin, tetapi disiplin diri menjadi berguna apabila korang perlu menyiapkan sesuatu tetapi tidak mahu atau tidak suka kerja tersebut. Jika disiplin diri korang lemah, sebaliknya, menangguhkan kerja itu menjadi sesuatu yang sukar untuk ditolak.
Korang perlu meningkatkan disiplin diri korang. Korang perlu ada peraturan yang perlu korang ikuti agar diri korang sentiasa berdisiplin dalam menjalankan tugas atau menbuat apa saja kerja.
Korang perlu ada kemahuan yang tinggi. Sebagaimana seorang atlit yang ingin menjadi juara, atlet tersebut akan terus berlatih hari demi hari membina kekuatan, walaupun keletihan dan rasa malas, atlet tetap terus mengikut peraturan dan disiplin diri untuk terus bertahan untuk membawa dirinya ke satu tahap yang lebih tinggi.
Membina disiplin diri memerlukan latihan. Pengulangan dan pemahaman tentang peri pentingnya tugas tersebut terhadap diri dan orang lain akan membantu korang membina disiplin diri.
  • Punca #6   :    Tabiat Pengurusan Masa Yang Tidak Baik
Pernahkah korang terasa ketinggalan kerana korang selalu terlajak tidur, kerana korang begitu tidak terurus, atau kerana tugas-tugas tertentu yang tidak terlaksana dan terbiar begitu sahaja? Tabiat-tabiat buruk seperti ini biasanya akan menjurus ke arah sikap bertangguh, biasanya tanpa sengaja.
Penyelesaiannya dalam kes ini ialah untuk mengenalpasti tabiat yang menjejaskan korang dan menggantikannya dengan satu tabiat baru. Contohnya, jika korang bermasalah selalu terlajak tidur, sahutlah cabaran untuk menjadi orang yang bangun awal.
Untuk menyahkan tabiat lama korang dan memasukkan yang baru, korang perlukan lakukan tabiat baru menggantikan tabiat lama itu selama sebulan. Pakar menyarankan melakukannya selama 40 hari untuk menjadikannya satu tabiat yang melekat dalam diri.
Untuk tugas yang sudah lama korang tangguhkan (atas pelbagai sebab, contohnya sukar, atau korang tidak suka), korang dicadangkan gunakan kaedah kotak masa sebagai permulaan.
Begini caranya:
Pertama, pilih sebahagian kecil dari tugas tersebut yang boleh korang kerjakan untuk hanya 30 minit. Kemudian pilih satu ganjaran yang korang akan berikan pada diri korang sejurus sahaja selepas itu. Ganjaran tersebut adalah dijamin dan diberi jika korang lakukannya hanya selama 30 minit; dan ia tidak bergantung kepada setakat mana hasil atau pencapaian kerja itu.
Contoh yang korang boleh beri sebagai ganjaran buat diri korang ialah menonton rancangan TV kegemaran korang, menonton wayang, makan makanan kegemaran, keluar bersama rakan, bersiar-siar, atau apa sahaja yang korang rasa menyeronokkan.
Oleh kerana jumlah masa yang korang gunakan untuk bekerja bagi tugasan itu adalah begitu singkat, tumpuan korang akan beralih kepada mahukan ganjaran yang ternanti berbanding dengan kesukaran tugas tersebut. Tidak kira betapa tidak menyeronokkan kerja itu, hampir tiada yang tidak boleh korang tempuhi untuk hanya tempoh 30 minit jika korang ada ganjaran yang cukup besar menanti korang.
Jika korang masukkan tugas korang dalam kotak masa, korang akan dapati sesuatu yang amat menarik berlaku. Korang mungkin mendapati bahawa korang boleh terus bekerja dengan lebih lama dari setengah jam. Korang akan jadi begitu terlibat dan tertumpu dengan suatu tugasan itu, walaupun sukar, sehinggakan korang mahu terus mengerjakannya. Tanpa korang sedari, korang sudah melakukannya sejam atau lebih.
Kepastian ganjaran korang masih ada menanti korang dan korang tahu korang boleh menikmatinya bila-bila sahaja korang bersedia berhenti melakukannya. Apabila korang mula bertindak, tumpuan korang beralih daripada risau tentang kesukaran tugasan itu kepada menyudahkan cebisan dari tugasan yang korang ambil tadi, yang kini mendapat tumpuan penuh korang.
Apabila korang sudah membuat keputusan mahu berhenti bekerja, dapatkan dan nikmatilah ganjaran korang. Kemudian jadualkan lagi tempoh 30 minit untuk mengerjakan tugas tersebut dengan satu lagi ganjaran.
Ini akan membantu korang menghubungkan lebih dan lebih lagi keseronokan dengan tugasan itu, dengan mengetahui bahawa korang akan sentiasa mendapat segera ganjaran untuk usaha korang.
Bekerja untuk ganjaran yang jauh jangka masanya dan tidak pasti tidak memberi semangat sebagai mana ganjaran jangka pendek. Dengan memberi ganjaran kepada diri korang hanya untuk memberi masa untuk mengerjakannya, berbanding kerana sebarang pencapaian khusus, korang akan berasa teruja untuk kembali mengerjakan tugas korang itu lagi dan lagi, sehingga akhirnya korang menyudahkannya.
  • Punca #7   :     Kurang Kemahiran
Jika korang kurang kemahiran untuk menyiapkan suatu tugas pada tahap kualiti tertentu, korang mungkin bertangguh untuk mengelakkan diri dari mengalami kegagalan. Korang ada tiga pilihan yang mungkin untuk mengatasi masalah ini: belajar, membuat delegasi, atau hapuskan tugas tersebut.
Pertama, korang boleh mendapatkan tahap kemahiran yang diperlukan dengan latihan. Hanya kerana korang tidak boleh buat sesuatu hari tidak bermakna korang tidak akan mampu melakukannya. Suatu hari nanti korang mungkin malah menguasai kemahiran tersebut.
Contohnya dalam pembinaan laman web. Korang mungkin tidak tahu apa-apa tentang bahasa HTML, php, javascript dan sebagainya. Tetapi melalui eksperimentasi, lama kelamaan korang akan memahaminya dan mungkin menguasainya. Lama kelamaan korang sudah mampu membina laman web yang berfungsi dengan baik.
Teruslah belajar dan tingkatkan kemahiran. Jika korang tidak boleh melakukan sesuatu, jangan mengeluh tentangnya. Ajar diri korang untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran itu sehinggalah korang menjadi cekap.
Pilihan kedua yang ada ialah untuk menurunkan atau menyerahkan tugas-tugas yang korang kurang mahir. Terdapat terlalu banyak kemahiran-kemahiran yang menarik hari ini untuk korang kuasai, jadi hendak atau tidak korang mestilah bergantung kepada bantuan orang lain.
Mungkin korang tidak menyedarinya, tetapi korang sudahpun menguasai konsep penyerahan tugas ini. Ada tidak korang tanam sendiri semua makanan korang? Ada tidak korang menjahit sendiri pakaian korang? Ada korang bina rumah korang sendiri?
Jawapannya tidak, kita memang bergantung kepada orang lain untuk keterusan hidup kita. Jika korang mahu suatu hasil tetapi tidak mahu mendapatkan sesuatu kemahiran (mungkin kerana korang terlalu sibuk dan tidak cukup masa), korang boleh mengambil orang untuk membantu korang.
Contohnya jika korang tidak mahu menghabiskan masa cuba memahami perincian dalam borang cukai pendapatan korang atau syarikat korang, korang boleh dapatkan khidmat seorang akauntan. Ini mengosongkan masa korang dan boleh korang gunakannya untuk perkara lain.
Ketiganya, korang mendapat kesimpulan bahawa suatu hasil tidaklah diperlukan sangat sehinggakan korang terpaksa belajar suatu kemahiran atau membuat delegasi tugas tersebut. Dalam hal ini pilihan yang bijak adalah menghapuskan sahaja tugas itu. Adakalanya bertangguh itu adalah suatu petkorang bahawa suatu tugasan itu tidak diperlukan pun.
Sebagai contoh, seorang pelajar memang banyak tugasan dan tutorial yang perlu disiapkan. Adakala tutorial dan tugasan ini penting dan adakalanya ianya tidaklah begitu penting. Korang boleh bezakannya semasa pensyarah korang menyuruh korang membuatnya. Sekiranya beliau menyatakan ia akan dimasukkan ke dalam markah akhir korang, maka korang mesti siapkannya.
Korangi beliau kata ia menjadi pembantu meningkatkan markah korang, mungkin korang boleh tidak membuat tugasan tersebut, korangi korang terlalu sibuk dengan tugasan yang lebih penting. Ini seakan menjadi satu kesibukan yang tidak perlu. Jika kesannya pada PNG korang tidak terlalu besar, korang tidak buat pun tutorial atau kertas kerja tersebut. Tiada siapa pun yang peduli yang korang dapat A- dari A kerana satu kertas kerja yang korang tidak buat.
Jika bakal majikan cukup endah untuk bertanya pun, korang boleh gunakan keadaan ini untuk menunjukkan bahawa korang boleh memberi keutamaan. Tetapi jika korang tidak buat kerana korang malas, dan mahu berpoya-poya, korang sendirilah yang tanggung akibatnya.

Gambar creadit to : http://nizamahamad.com/

Saturday 8 March 2014

Pesawat MAS MH370 hilang!

Assamualaikum...

Rasanya semua dh maklum tentang kehilangan secara misteri pesawat MAS MH370 yg berlaku pada hari ini 18.03.2014. Satu dunia kini maklum dgn kejadian tersebut.

Pesawat tersebut yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Sementara itu, Reuters memetik laporan agensi berita Xinhua berkata hubungan radar dengan pesawat tersebut dikesan hilang ketika ia di ruang udara dikawal Vietnam awal pagi hari ini.

Pesawat itu dilaporkan tidak memasuki ruang udara China dan tidak melakukan sebarang komunikasi dengan pihak kawalan udara.

Yang lebih mengejutkan, tiada sebarang isyarat kecemasan dikesan sebelum pesawat tersebut terputus hubungan bahkan juga tiada masalah cuaca dilaporkan. Juga bertambah misteri apabila dilaporkan tiada bangkai pesawat dikesan di kawasan selatan Vietnam, tempat yang dikatakan tempat terakhir pesawat itu dikesan sebelum terputus hubungan.

Sangat misterikan?

Bagi sebarang maklumat, dinasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-mas-dari-kl-ke-beijing-hilang-31459?cp



posted from Bloggeroid

Monday 3 March 2014

Tension? Rehat sebentar

Assalamualaikum...
Tertekan?
Meh baca kisah ini...
Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. 


Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.
Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.


Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin
Rizal : Sekali sahaja.,
Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,
Rizal : Seorang perempuan, Tuan!


Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,


Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

Hehe...




  Sumber : http://www.lawakke.com/modules/news/article.php?storyid=1088


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...