Sunday 12 May 2013

Selamat hari ibu

Assalamualaikum...
Minggu lepas aku dapat pesanan ringkas dari angah, "along, ahad depan hari momok (pggilan manja kitorg kt mak ktorg), jom kita buat kejutan". Aku baru teringat yang sekarang ni dh masuk bulan Mei and setiap tahun, Ahad minggu kedua pada bulan Mei seluruh dunia akan meraikan hari ibu. Lalu aku membalas "kita nak buat kejutan apa kat mak?"
"ala...nanti aku belikan kek untuk mak ko kena lah balik" katanya lagi.
So, aku pun setuju. Then pada hari ini selepas solat asar seperti yang aku dan angah plan, aku balik rumah. Sesampai aku di rumah angah dah sampai dulu. Then aku tengok kek belum dikeluarkan. (aku pikir masa tu mesti dia belum keluarkan kek tu. Mak mesti belum tau tentang kejutan tu). Then aku terus dapatkan mak. Tetiba masa tu angah keluar rumah dengan muka selambanya. (Aku buat-buat tak tau je masa tu hak3.)
Tgk mak nampak mcm penat. Bila tanya dia kata terasa mcm nak demam. (dlm hati aku kate mesti berjangkit dgn aku sbb minggu lepas aku bru lepas demam teruk hehe.sory mak). Dengan tidak semena2 angah masuk ke rumah dengan membawa bungkusan kotak (juga dengan muka selamba) yg dipercayai kek yg dibelinya ptg tadi. Mak terkejut, terus aku dan angan menyanyi selamat hari ibu utk mak lalu diikuti oleh alang dan adin (dorg masa ni tak tau pun tentang surprise ni so dorg pun ter'surprise' sekali) melihat muka mak masa tu terus berseri-seri tersenyum lalu bersama-sama bernyanyi dgn kitorg sambil menepuk tangan (haha comel aku tgk mak aku masa tu hehe) tgk dia terharu je. Katanya tak sangka kitorang akn buat kejutan kt dia. Alhamdulillah...
Mak bukak kotak kek tu lalu terserlah indah kek yang diselaputi krim putih bersulamkan perisa blueberry kegemaran angah (dah dia yang beli, mesti dia beli favourite dia je.) siap ada buah ceri di atas nya. Lalu kitorg pn menikmati saat indah itu bersama satu family.

Selamat hari ibu dari anak mu yang hensem ini,
I love you for ever... ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...