Saturday 29 June 2013

Apa itu 'Color blocking'?

Assalamualaikum

COLOR BLOCKING

Pada hujung bulan Jun 2013 aku dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam Aprisiasi Seni yang bertempat di Bangi Golf Resort, sempena menghargai alumni karyawan, penggiat seni serta pelajar yang pernah libatkan diri dengan Urus Setia Kesenian Pelajar (UKP) USIM. Yela, dulukan aku terlibat dengan UKP USIM, so aku pun dijemput la.

Lumrah mana-mana majlis makan malam mesti ada tema. Tema untuk majlis kalini adalah 'Color Blocking'. First time aku dengar pasal Color Blocking, aku tertanya-tanya.

Ape benda makhluk bernama Color Blocking ni?


Lalu aku pon tanya la professor google apa benda color blocking ni. Color blocking ni kalau nk tau rupa-rupanya adalah kombinasi warna-warna yang menyerlah yang mempunyai padanan kombinasi tone warna yang berbeza.

Amboi, dah macam pereka fesyen gitew. Lol.

Mari aku kongsikan apa yang aku dapat hasil dari research aku terhadap makhluk bernama Color Blocking ini.

Ada empat hukum atau panduan untuk color blocking ni. Tak boleh main bantai pilih je. Nanti orang yang tengok kita pengsan dibuatnya.


4 HUKUM/PANDUAN COLOR BLOCKING



1-Complementary


Complementary ni mudah je, menggunakan kombinasi DUA warna yang bertentangan dalm Color Circle di atas. Contohnya Merah dan Hijau, Ungu dan Kuning, Biru dan Oren. Dua warna sahaja tau. Contoh macam kat bawah ni.


2-Analogous



Analogous ni pulak adalah kombinasi warna yang saling bersebelahan dalam Color Circle. Haaa, yang ini boleh pakai 2, 3 atau 4 kombinasi warna pon boleh sajo. Tapi jangan banyak sangat nanti orang lain tgk boleh pengsan (buat kali kedua haha). Contoh macam kat bawah ni menggunakan kombinasi oren pudar, coklat dan hijau kecoklat-coklatan (betul ke tatabahasa aku ni?).



3-Split-Complementary



Yang mana nak try complementary tapi nak guna lebih dari dua warna boleh cuba Split-Complementary ini. Boleh guna tiga padanan warna. Satu warna yang amat menyerlah, dua warna lagi adalah warna yang saling berkait. Konsep dia tak sama macam Complementary tadi. Dalam Color Circle, cuba buat 'Y' shape untuk dapatkan padanan warna untuk Slip-Complementary. Contoh macam brader kt bawah ni dengan menggunakan warna coklat (warna menyerlah) dan warna biru tua dan biru muda kehijauan (warna yang berkaitan).



4-Triadic




Kalau macam Split-Complementary tadikan buat padanan dalam Color Circle dengan bentuk 'Y' kan?Triadic ni pulak kalau kita tengok dalam Color Circle kita kena buat bentuk segi tiga untuk dapatkan padanan warna yang sesuai.




So, bila dah paham semua info2 pasal makhluk color blocking ni, aku pon terus mencari dan bershopping dengan insan tersayang aku, sebabnya dia lagi arif bab fesyen ni. Penasihat fesyen aku la kata kan. Memang wajib bawa dia kalau shopping. hehe. 

Nak tengok macam mana aku dress-up untuk Majlis Makan Malam tu? Tunggu post akan datang ye.

Stay tune and selamat mencuba...:)




3 comments:

  1. colour blocking untuk golongan muda mudi sesuai la kot..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..
      saya pernah jugak tengok orang yang berusia pakai color blocking ni...mungkin jiwa dorg muda kot..hehe

      Delete
  2. saya dengar perkataan colour blocking ni first time dalam drama bersiri strawberry dan karipap

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...