Thursday 19 June 2014

3 STRATEGI ELAK SIMPANAN BOCOR

"Kekayaan bukan diukur dari berapa banyak wang yang seseorang dapat, tapi berapa banyak wang seseorang itu dapat SIMPAN"
Irfan Khairi - Jutawan Internet 



Pernah tak korang berniat untuk simpan duit tapi bila dapat gaji, bonus atau pun hasil perniagaan korang tetapi belum sempat duit tu nak disimpan ianya lenyap, hilang serta lesap tanpa meninggalkan kesan walau sikit pun? 

Atau pon korang dah simpan elok dalam tabung tapi tiba-tiba atas alasan 'terpaksa' akhirnya korang keluarkan jugak duit dari tabung korang tu?

Lastly, bila kita nak ambik tabung tu bawak ke bank untuk simpan, disangkanya penuh duit dalam tabung tu, tapi rupanya hanya penuh dengan 'angan-angan' je?

Tak pun duit gaji masuk dalam bank je korang tengok akaun bank korang banyak duit masuk, secara psikologinya otak korang automatik akan terfikir untuk membelanjakan duit tu. Time tu muncullah kat kepala korang imej-imej seperti handphone baru, handbag baru, kasut futsal baru, baju baru, tv LCD baru, dan mungkin terbayang nak bawak awek tengok wayang? Betul kan? Jangan nak membongak yo. Sobab eh den pon kengkadang terpikir gak macam tu. Haha.


KENAPA MESTI SIMPAN DUIT?

Soalan ni korang kena jawab dulu sebelum pape yang berlaku (krik krik... senyap sekejap...) Kenapa korang kena simpan duit? Ha jawab, jawab. Sebab nak kumpul harta yang banyak la supaya dapat buat apa yang kita suka, dapat tunaikan apa yang kita impikan, dan paling penting, dapat keluar dari perlumbaan tikus, orang putih cakap rat race. Pernah tengok tak tikus comel dalam sangkar berlari-lari dalam roda sangkar? Susah payah dia lari, sekuat mana dia lari, selaju mana dia lari, dia masih pada tempat yang SAMA sahaja. Situasi kebanyakan orang sekarang macam tu la. Kerja bagai tak hingat dunia, keluar tak jumpa matahari, balik tak jumpa matahari, tapi tak jugak kaya-kaya.

Rat race


3 STRATEGI ELAK SIMPANAN BOCOR

1- Bayar untuk diri sendiri dulu

"Rahsia jutawan jadi kaya adalah mereka 'membayar' untuk diri mereka dahulu sebelum mereka membayar untuk orang lain." - George S.Clason

George S.Clason dalam buku bestseller nya The Richest Man In Babylon menekankan kepentingan prinsip bayar untuk diri sendiri dulu dalam proses menyimpan. Buat apa kita bersusah payah bekerja sebulan ataupun seharian memerah keringat bila dapat gaji dan hasil kita bayar pada orang lain dulu? Kenapa kita perlu bayar pada orang lain dulu seperti bank dan kerajaan dahulu sedangkan duit tu adalah hasil usaha kita, duit keringat kita bukan duit keringat dorang. Betul tak? 

Jangan tunggu ada duit lebih baru nak simpan. Cara itu SALAH sama sekali! Sebab at the end memang korang tak akan ada duit lebih pun. Simpan dulu baru belanja. Walaupun sebelum ni memang korang tak pernah ada duit lebih pun, korang memang kena jugak simpan dulu walau apa pun terjadi. Even dapat simpan RM10 pun jadilah. Bila hari ini korang berjaya simpan walaupun RM10, ini menunjukkan korang dah berjaya menjadi RM10 lebih kaya dari semalam. Itu satu pencapaian!

So, bear it in your mind, pay for yourself first! Ok kawan-kawan?


2 - Asingkan dana kecemasan dan dana khas simpanan 

Dana Khas Simpanan                           Dana Kecemasan

Dana kecemasan adalah simpanan sementara yang boleh digunakan jika keadaan betul-betul terdesak sahaja. Contohnya bila time kereta atau motor korang tetiba plak meragam ke, ha boleh guna duit tu. Bukan digunakan masa korang nak beli handphone baru atau handbag baru atau pun isteri baru. Ehem, ehem.

Dana khas simpanan pulak adalah dana yang 'haram' korang usik. (bukan duit tu duit haram, maksudnya duit tu tak boleh usik langsung!) Melainkan untuk DUA perkara:-
                                       i - Pelaburan yang menguntungkan
                                      ii - Membeli real property

Kalau korang usik jugak duit dana khas simpanan ini hukumnya, lambat kaya!


3 - Tukar duit anda dalam bentuk real property bukan simpan dalam funny money


Antara contoh real property - rumah, tanah, emas dan perak


Apa maksud real property? Apa susah, Google translate kan ada. Haha. Maksudnya ialah 'harta sebenar'. Abis tu duit bukan harta sebenarlah? 'Harta sebenar' ni mempunyai nilai kedudukan kewangan yang kukuh di mana nilai 'harta sebenar' ini akan meningkat dalam jangka masa yang panjang. Bertentangan dengan duit yang kita pegang sekarang ni, iaitu funny money yang mana nilainya bersandarkan matawang (currency) USD yang mana ianya tidak kukuh dan nilainya semakin susut dimamah inflasi. Ianya juga mudah dimanipulasi. Berkemungkinan besar masa akan datang funny money ini akan hilang nilainya akan jadi setaraf dengan tisu tandas bak kata Tun Mahathir Mohamad.

Bila korang berjaya tukar duit menjadi real property, kecairan duit anda adalah rendah, jadi kuranglah risiko untuk duit anda bocor.

Semoga bermanfaat untuk korang amalkan ye.



SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
20.06.2014



5 comments:

  1. Singgah dan follow di sini. Membaca perkongsian kewangan yang menarik dan boleh dipraktikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga dapat memberi manfaat. Jika info ini bermanfaat silalah kongsikan kepada kawan-kawan lain semoga ia menjadi manfaat kepada orang lain juga. :)

      Delete
  2. Aiii xkn xleh blnje tgk wyg kotttttttttt

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...