Sejak aku berkenal-kenalan dengan Altel, aku jadi tertarik untuk memiliki simkad yang tengah ramai dok cari ni. Lalu aku pun mulakan misi pencarian Altel. Seperti yang disangka, simkad ini amat susah untuk dicari di kedai-kedai biasa.
Peristiwa di Tesco Nilai
Pada suatu malam yang hening, aku decide nak jalan-jalan di sekitar Tesco Nilai untuk beli barang dapur dan tiba-tiba langkah kuterhenti (macam lirik lagu la pulak kan) sebaik sahaja aku nampak satu bunting yang promote tentang Altel tergantung di salah sebuah kedai di kawasan jualan baju di luar Tesco kawasan tempat parking kereta.
Kebetulan memang aku nak cari sim Altel, so aku pun terus meluru ke arah kedai tu. Kedai tu ada jual kain dan kuih raya. Seorang akak menyambut ketibaan aku.
"Akak ada jual sim Altel tak?" tanya aku.
"Ada, sekeping RM10" jawab akak tu.
"Aik, bukan ke sekeping RM7 je ke?" hati aku berbisik.
Selepas tu macam-macam aku tanya akak tu pasal Altel tapi tak banyak yang dia tahu tentang Altel. Rupanya dia hanya tolong jualkan untuk kawan dia. Patut la jual mark-up harga sampai RM10.
Tak lama lepas tu, ada sepasang suami isteri bersama anak datang bertanya tentang sim Altel kat akak tu. Menurut dorang, dah dua minggu diorang cari simkad Altel kat Nilai tapi kedai yang jual simkad dan prepaid yang diorang pergi kata simkad tu habis dijual. So, end up dorang pun beli la sekeping simkad dari akak yang jual tu.
Bertukar kepada Altel
Lepas tu aku pun beli la jugak sim Altel tu walaupun harga dia RM10. (sebab nak merasai sendiri pengalaman meggunakan sim Altel ni)
![]() |
Sim yang aku berjaya beli |
First impression, nampak cam best. Bila aku buka je pek sim ni aku agak terkejut dan sedikit takjub. (sikit je.haha) Sim ni didatangkan dengan 2 in 1. Apa tu?
Sim ni rupanya boleh diubah suai sama ada dalam bentuk macro sim dan micro sim.
![]() |
micro sim |
![]() |
macro sim |
Bagi aku ia satu kelebihan bagi Altel kerana menyediakan sim sebegini sebab ianya boleh digunakan pada pelbagai jenis telefon termasuklah iPhone (sebab iPhone guna micro sim) dan telefon biasa (sebab biasanya menggunakan macro sim). So, tak perlu lah nak potong lagi macro sim yang dibeli tu.
Itulah sedikit sebanyak pengalaman yang aku boleh kongsikan waktu pertama kali menjejak simkad Altel ni. Nantikan review yang lebih menarik tentang Altel pada post yang akan datang. InsyaAllah. :)
p/s - Nak jadi agen Altel? Hubungi saya di sms / whatsapp di nombor 0196107105. InsyaAllah saya akan cuba bantu sebaik mungkin. :)
Wallahu'alam.
SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
14 RAMADHAN 1435H
12.07.2014
Artkel lain tentang ALTEL:
ALTEL - Simkad Yang Hebat
ALTEL - Simkad Yang Hebat