Sejak aku buat review tentang simkad ALTEL, macam-macam feedback yang aku terima. Lagi-lagi dari kenalan Facebook.
Ada yang berminat nak dapatkan simkad Altel, ada yang dah guna tapi bagi komen katanya kelajuan internet Altel ni sama seperti kelajuan sim lama yang digunakan sebelum ini (sebab mereka sedia maklum yang Altel sepatutnya mampu menampung capaian internet 4G LTE tapi tak terjadi pada diorang). Jadi aku dengan panjang lebarnya telah meng'explain' pada diorang faktor-faktor yang boleh jadi seperti hal tersebut.
Ada DUA perkara penting yang berkaitan dengan kelajuan internet 4G LTE ini.
1- JENIS TELEFON / GAJET / PERANTI
Untuk pengetahuan korang, apa jenis simkad yang digunakan sekalipun, performance internet bergantung pada jenis telefon yang digunakan. Ada telefon yang boleh menampung capaian kelajuan internet 4G LTE, ada yang boleh support hanya takat 3G sahaja.
Di sini aku senaraikan LIMA telefon terbaik yang boleh menampung kelajuan 4G LTE termasuklah:-
i - Iphone 5S
ii - Iphone 5C
iii -Samsung Galaxy Note 3
iv - Samsung Galaxy S4 LTE
v - Sony Xperia Z1.
Tapi tak bermakna ALTEL ni tak boleh guna untuk telefon yang berkapasiti 3G sahaja. Ia tetap boleh digunakan dan coverage nya juga cukup meluas hatta kawan kepada kawan saya yang duduk ceruk kampung guna Altel pun masih dapat menikmati internet dengan jayanya. (kalau masih tak percaya cuba try test uji :) ). Jadi tak da masalah untuk telefon 3G untuk guna internet menggunakan ALTEL disebabkan coverage nya yang sangat meluas. Jangan risau ok. Harga pun murah.
2 - KAWASAN LIPUTAN 4G LTE
Di Malaysia, tidak semua kawasan ada liputan 4G LTE. Tapi, berita baiknya, semua kawasan liputan 4G LTE yang boleh dicapai oleh Celcom, dapat juga dicapai oleh ALTEL (sebab Altel membuat kerja sama dengan Celcom melalui Mobile Virtual Network Operator (MVNO)). Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang kawasan yang mempunyai capaian 4G LTE ni boleh rujuk pada laman SINI.
Harap dapat membantu korang untu memahami sedikit sebanyak tentang 4G LTE ini. Jika ada pape pertanyaan atau perkongsian, sudi-sudikanlah 'mengomen' di bawah ni ye. :)
p/s - Nak jadi agen Altel? Hubungi saya di sms / whatsapp di nombor 0196107105. InsyaAllah saya akan cuba bantu sebaik mungkin. :)
Wallahua'lam
SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
13 RAMADHAN 1435H
11.07.2014
NOTA
Altel
dilihat mempunyai 3 kelebihan utama berbanding syarikat iaitu :
1)
Celcom adalah syarikat telekomunikasi yang paling banyak liputan (2G dan 3G) di
Malaysia. Secara tak langsung line Altel juga mempunyai paling banyak liputan
di Malaysia (kerana menggunakan prasarana Celcom bagi menawarkan perkhidmatan
2G atau 3G).
Untuk
line 4G pula, Altel telah memperkenalkannya pada Jun 2014 yang lalu manakala separuh
lagi blok 4G mereka akan dibangunkan sendiri.
2)
Hasil dari pembacaan, Altel mempunyai lesen broadcasting dan fibre optic yang
boleh menjadi persaingan hebat kepada MAXIS.
3) Altel ada satu lagi kelebihan besar berbanding syarikat
telekomunikasi lain iaitu Altel mempunyai lesen 4G dan mempunyai blok yang
paling banyak kerana menerima slot sebanyak 40 MHz, berbanding yang lain hanya
menerima 20 MHz.
*Pada penghujung 2012, Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia (SKMM) menganugerahkan lapan syarikat lesen mengakses spektrum
2.6GHz, yang membolehkan kesemuanya menawarkan perkhidmatan jalur lebar 4G
iaitu pada kelajuan 100 megabit sesaat. Lapan syarikat tersebut ialah Celcom,
DiGi, Maxis, Packet One Networks (P1), REDtone, U Mobile, YTL dan Puncak Semangat
(Altel).
Puncak Semangat dilaporkan menerima slot
sebanyak 40 MHz, manakala yang lain menerima 20 MHz. Bagi membolehkan
perkhidmatan yang diberikan pada kadar optimum iaitu 2x20 MHz, SKMM
menggalakkan setiap pemain berkongsi blok dan prasarana.
*Sumber
rujukan : Utusan
Malaysia 24/9/2013
Dengan tiga kelebihan ini aku dapat simpulkan ALTEL sememangnya mampu memberi cabaran kepada syarikat telekomunikasi besar yang lain di Malaysia.
Artkel lain tentang ALTEL:
ALTEL - Simkad Yang Hebat
ALTEL - Simkad Yang Hebat

