Tuesday, 19 August 2014

Altel Semakin popular

Hari ini aku terkejut ungka (adik beradik terkejut beruk) sebab stok sim aku yang baru aku ambil dari HQ (bukan puluh, tapi ratus) sabtu haritu dah habis dijual harini! 



Bayangkan, dengan hanya RM7 untuk starter pack Altel, dah boleh dapat simkad yang support 4G LTE. Dah confirm-confirm boleh support HSDPA (High-Speed ​​Downlink Packet Access - 3G yang dipertingkatkan (generasi ketiga)). Siap ada RM5 topup (pre-reload) sedia ada dalam sim tu.

Bila topup kali pertama lepas activation (contoh RM30), dapat bonus 10% serta merta, (contoh RM30 dapat RM3). Tempoh tamat (validity) pula 60 hari!

Internet pula PALING MURAH dan covarage LUAS (hingga ke ceruk kampung) yang menjadikan antara sebab utama Altel menjadi kegilaan rakyat Malaysia sekarang.

Testimoni pengguna dari Kulim


Bayangkan hanya dengan RM15(untuk 500MB) boleh dapat internet sebulan. RM28 (untuk 1GB) dan RM48 (untuk 2GB) boleh dapat internet TIGA bulan! Gila kan?

Disebabkan faktor-faktor di ataslah antara penyebab utama stok simkad aku selalu sold out. Alhamdulillah.

Sebab itulah aku ingat nak cari ejen dan dealer untuk mengisi permintaan yang semakin  meningkat ini. Siapa nak jadi ejen dan dealer angkat tangan?

p/s - Sesiapa yang ingin mendapatkan sim Altel ini / berminat menjadi ejen / authorized dealer Altel, sila hubungi saya 0113 2000 715 / 019 610 7105 / email ke mshukrisahari@gmail.com

p/ss - berniaga produk yang sah-sah mempunyai permintaan yang tinggi sah-sah ada keuntungannya, insyaAllah. :)

Wallahua'lam.


Cara tukar ke ALTEL dengan nombor yang sama

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
24 SYAWAL 1435H
20.08.2014

Sunday, 17 August 2014

Cara tukar ke ALTEL dengan nombor yang sama

Proses ini boleh dilakukan melalui dealer. Sila hubungi dealer berdekatan anda. Selepas pelanggan melengkapkan langkah-langkah ini pihak dealer akan memproses permohonan anda.

SILA BERIKAN KERJASAMA SEBAIKNYA DENGAN PIHAK DEALER, CARELINE DONOR DAN CARELINE ALTEL UNTUK PASTIKAN TIADA MASALAH TEKNIKAL YANG BOLEH MENGGAGALKAN PROSES MNP ANDA!

LANGKAH PENDAFTARAN

1. Isi borang pendaftaran Altel, tandakan kotak MNP, nyatakan syarikat telco anda dan turunkan tandatangan.

2. Sertakan 1 salinan kad pengenalan/pasport.
3. Sertakan 1 salinan gambar kad Blank Sim yang dibeli dari dealer Altel(sim kosong).

- SERAHKAN KEPADA DEALER UNTUK MENGHANTAR PERMOHONAN MNP ANDA

4. Pelanggan mesti pastikan butiran yang diisi adalah sama 100% dengan butiran pendaftaran di syarikat telco yang lama (donor).
  • Tuliskan nama syarikat telco lama (maxis/digi/tunetalk/celcom dll) di sebelah kotak MNP yang ditandakan
  • boleh dapatkan maklumat secara online atau hubungi service center. Lawati laman web telco anda dan klik sign up / register online. Isi maklumat dan submit anda telah boleh melihat profile akaun hp anda seperti yang telah didaftarkan oleh dealer terdahulu.
  • Rujukan tambahan http://mnpcheck.skmm.gov.my/FAQ.aspx 

5. Jika talian anda postpaid, MNP ke Altel bermakna anda akan bertukar kepada pelan prepaid.
  • Pastikan semua bil telah dijelaskan termasuk tambahan bayaran lebih kurang RM10 untuk menamoung kos penggunaan anda semasa tempoh proses.
  • Jika talian anda sub-line anda tidak boleh MNP selagi primary line tidak MNP.
6. Jika talian anda prepaid lebih mudah dan hanya perlu pastikan butiran pemegang akaun yang tepat dan terus isi borang.

7. Untuk makluman kredit di dalam simkad syarikat lama tidak boleh di bawa pindah, ada sesetangah syarikat telco pula tidak membenarkan perpindahan jika tiada kredit yang aktif dalam akaun pelanggan semasa proses MNP. Pastikan credit anda boleh menggunakan plan untuk SMS dan panggilan.barulah mulakan proses MNP.

Print borang di bawah ini, isi dan tandatangan kemudian serahkan kepada dealer atau emelkan Borang dan K/P kepada saya untuk diproses - mshukrisahari@gmail.com

Wallahua'lam

Artkel lain tentang ALTEL:
Feedback pengguna ALTEL
Menjejak Simkad Altel
Simkad Altel sold out!
Soal jawab tentang ALTEL
 

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
22 SYAWAL 1435H
18.08.2014

Wednesday, 13 August 2014

Korang confirm GAGAL!


"Aku takutlah nak cuba. Takut tak berjaya. Takut fail. Buang masa je aku try"
"Ala ko tak payah mimpilah, aku pun tak boleh buat, confirm ko pun tak boleh buat punya"
"Aku dah cuba banyak cara, banyak kali, tapi tak berhasil satu habuk pun"
"Aku rasa nak bunuh diri!"

Bila ayat-ayat kat atas muncul? Waktu bila selalu korang dengar ayat-ayat di atas? 

Bila seseorang itu berasa dirinya akan atau sedang menghadapi :


KENAPA TAKUT GAGAL?

Tanya pada diri kita: 

1 - kenapa kita takut gagal?
2 - kenapa kita akan gagal?
3 - macam mana kita boleh gagal?
4 - adakah kita akan terus gagal?

Kita selalu berasa gagal ini sebuah bebanan yang terpaksa kita pikul. Gagal ini membazirkan wang, tenaga, masa yang telah kita laburkan selama usaha kita sebelum ini.

Ubah fikiran itu sekarang!

Gagal itu sebuah nikmat! Terkandung di dalamnya sebuah mutiara berharga yang menunggu untuk sesiapa yang belajar darinya.

Fikirkan berapa kali Messi belajar menendang bola untuk dia berjaya jadi antara manusia terhebat dalam sukan bola sepak?

Berapa kali Chef Wan belajar pegang senduk dan pasang api dapur untuk hasilkan masakan yang sedap hingga tahap antarabangsa?

Korang rasa korang akan dapat duduk dalam keadaan terang benderang macam sekarang ke kalau Thomaas Edison, seorang yang pekak, tunduk dengan kegagalan demi kegagalan dalam mencipta hanya sebiji mentol?


Dan berapa kali korang mati enjin di tengah jalan masa mula-mula belajar bawa kereta dulu sampai boleh bawa kereta sampai 200km sejam sekarang? (Kantoi. Haha...)

GAGAL ITU PASTI UNTUK ORANG YANG BERJAYA

Meh aku kongsikan kata-kata sifu aku, Tuan Faisal Abdullah:
"Buat apa takut kepada keGAGALan? Orang yang berjaya biasanya memang akan GAGAL. Orang yang berjaya pasti GAGAL dulu. Tuntut pelajaran dari guru yang bernama GAGAL itu sebab dia nak bagi hadiah untuk kita.

Hadiah dari sebuah kegagalan - secebis ilmu yang berharga."

APA YANG PERLU AKU BUAT SEKARANG?

Korang cuma kena ingat dan amalkan TIGA azimat ini je:-

1) Decide (Apa, Siapa, Bila)

Create impian / matlamat berdasarkan soalan 'Apa', 'Siapa' dan 'Bila. Contohnya:

Apa yang korang nak capai dalam hidup?
Siapa orang yang paling korang sayang? 
Apa yang korang boleh buat untuk dia?
Bila impian korang itu akan tercapai?

Letakkan matlamat / impian yang JELAS yang berkaitan dengan orang yang korang paling sayang

Contoh matlamat yang korang boleh letak seperti "Aku nak kumpul duit banyak-banyak (Impian/Matlamat) supaya dapat hantar mak (Siapa) pergi haji / melancong ke Korea naik flight business seat (Apa) dalam masa enam bulan dari sekarang (Bila)"

Dengan cara ini korang mampu letak usaha korang lebih terarah kepada matlamat yang lebih JELAS untuk dicapai!

2) Jangan main-main


Fokus! Jangan main-main. Bayangkan apa yang terjadi kepada orang yang korang sayang bila impian yang korang letak tadi tak tercapai. Korang sanggup ke biar dia kempunan atau terlepas hajat yang korang dah tetapkan / janjikan tadi?

3) Jangan takut



Tak payah takut! Gagal itu pasti! Apa yang perlu korang buat? Korang kena gagal untuk tahu / belajar apa sebenarnya yang korang sepatutnya buat dan apa yang sepatutnya korang tak buat. 

JUST DO IT!

Redah je. Kalau korang gagal pun handphone korang tetap 'on' dan masih boleh digunakan untuk call awek. Kalau korang gagal pun tangan korang still boleh guna suap nasi. Kalau korang gagal pun, alien dari Planet Namek tak akan serang dan hapuskan korang pun.

Buat apa nak takut GAGAL?


p/s - jom hayati lagu  Jason Mraz - I Won't Give Up dan hayati tiap lirik bersama ok sahabat-sahabat?

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
18 SYAWAL 1435H
14.08.2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...