Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, 15 December 2014

3 Sebab Orang Terus Miskin


"Wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan wang"

Sila hayati video ini dengan penuh penghayatan:



Mari kita renungi FAKTA di bawah:-

74%  pendapatan isi rumah orang MELAYU adalah dibawah RM2000.
22%  sahaja milikan saham milik 
MELAYU .
43% pelajar mendapat kerja minimum 3 bulan lepas grad.
57%  bumiputera mula gaji dengan RM1500. Paling menyedihkan, masih ramai graduan MELAYU kita bergaji bawah RM1000 walaupun memegang segulung ijazah!



Kenapa? 

Masa saya sedang tulis entri ni, mood saya dalam keadaan bercampur baur. Sedih, geram, marah dan pilu sambil layan lagu Hafiz, Bahagiamu Deritaku. 



3 SEBAB KENAPA ORANG TERUS MISKIN

#1 - Salah konsep syukur

Kita diajar sedari kecil untuk bersyukur. Memang satu pelajaran yang bagus. (Bahkan nama saya sendiri pun Shukri. Huhu) Tapi, kita sering salah sangka dengan menggunakan alasan "bersyukur" untuk tidak terus berusaha ke arah lebih baik lagi. Ini namanya penyakit. Penyakit kornik yang bernama MALAS.



Berbekalkan alasan "syukur", kita selalu menidakkan tindakan kita untuk bergerak untuk terus maju - keluar dari zon selesa. 


#2 - Takut pada cabaran



"Ish jangan la kau berniaga, ramai orang yang aku kenal berniaga lepas tu lingkup"

"Ko tak akan berjayalah bro, baru budak hingusan, ilmu tahap buku lali lagi ada hati nak jadi kaya konon"

Saya biasa dengar ayat ini. Anda pun mesti biasa dengar jugakkan ayat-ayat yang macam ini?

Orang pengecut sahaja yang akan cakap macam itu. Tapi mereka sedar tak yang bercakap macam tu tahap hidup mereka macam mana? Berjaya sangat ke?

Sila hindari musuh motivasi sebegini - pemikiran negetif.


"Salah satu tips berkesan untuk menjadi seorang yang berjaya adalah TUKAR KAWAN"
- Dr. Azizan Osman


Sematkan dalam minda, selagi kita tak cabar diri untuk lakukan sesuatu, kita sendiri tak akan tahu kita mampu buat atau tidak. Dan, setiap kegagalan orang lain, jadikan ia sebagai 'batu loncatan' untuk kita lebih berjaya. 

Belajar dari orang yang gagal, belajar kegagalan mereka. Elakkan melakukan kesilapan yang mereka dah lakukan. Belajar dari orang yang berjaya, ikut sahaja langkah kejayaan mereka dan rapatilah orang-orang yang berjaya ini dan jadikan mentor anda supaya kejayaan kita lebih terarah.


#3 - Tiada ilmu

Ilmu ini ibarat cahaya.
Penyuluh jalan kegelapan.

Biasa dengarkan?

Tanpa ilmu, ramai manusia teraba-raba mencari jalan menuju destinasi impian masing-masing.

Dah berapa ramai dalam kalangan kita yang pernah terhantuk dinding, tersepak batu, terjelopok ke dalam lubang akibat berjalan menuju destinasi impian dalam keadaan GELAP tanpa diterangi cahaya ilmu?

Disebabkan kurang ilmulah, manusia selalu menanggung rugi. Disebabkan tiada ilmu jugalah manusia mudah sangat menjadi mangsa penipuan.

Tapi disebabkan egolah meng'hijab'kan keinginan diri untuk menuntut ilmu. Rasa ilmu dah cukup di dada, padahal dalam hati menanggung derita hiba akibat kesusahan dan kebuntuan.

Macam mana nak jumpa jalan keluar dari kebuntuan kalau ego nak menyalakan lampu disepanjang perjalanan dengan cahaya ilmu?

Banyakkan membaca, hadiri seminar dan mula berguru dengan pakar cara-cara membina kekayaan. Itulah antara langkah berkesan dalam mencari penyuluh jalan menuju destinasi anda sendiri.


Wallahu'alam



p/s - Nak belajar berniaga? 
      Belajar dengan pakar niaga di sini ---> DI SINI 

p/ss - Untuk lebih banyak tips perniagaan dan kewangan, 



Ikhlas dari saya,

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
22 SAFAR 1436H
15.12.2014


Artikel yang berkaitan

Tip Mahal Dari Seorang Jutawan


Kredit foto : azamrussiakita.blogspot.com

Wednesday, 13 August 2014

Korang confirm GAGAL!


"Aku takutlah nak cuba. Takut tak berjaya. Takut fail. Buang masa je aku try"
"Ala ko tak payah mimpilah, aku pun tak boleh buat, confirm ko pun tak boleh buat punya"
"Aku dah cuba banyak cara, banyak kali, tapi tak berhasil satu habuk pun"
"Aku rasa nak bunuh diri!"

Bila ayat-ayat kat atas muncul? Waktu bila selalu korang dengar ayat-ayat di atas? 

Bila seseorang itu berasa dirinya akan atau sedang menghadapi :


KENAPA TAKUT GAGAL?

Tanya pada diri kita: 

1 - kenapa kita takut gagal?
2 - kenapa kita akan gagal?
3 - macam mana kita boleh gagal?
4 - adakah kita akan terus gagal?

Kita selalu berasa gagal ini sebuah bebanan yang terpaksa kita pikul. Gagal ini membazirkan wang, tenaga, masa yang telah kita laburkan selama usaha kita sebelum ini.

Ubah fikiran itu sekarang!

Gagal itu sebuah nikmat! Terkandung di dalamnya sebuah mutiara berharga yang menunggu untuk sesiapa yang belajar darinya.

Fikirkan berapa kali Messi belajar menendang bola untuk dia berjaya jadi antara manusia terhebat dalam sukan bola sepak?

Berapa kali Chef Wan belajar pegang senduk dan pasang api dapur untuk hasilkan masakan yang sedap hingga tahap antarabangsa?

Korang rasa korang akan dapat duduk dalam keadaan terang benderang macam sekarang ke kalau Thomaas Edison, seorang yang pekak, tunduk dengan kegagalan demi kegagalan dalam mencipta hanya sebiji mentol?


Dan berapa kali korang mati enjin di tengah jalan masa mula-mula belajar bawa kereta dulu sampai boleh bawa kereta sampai 200km sejam sekarang? (Kantoi. Haha...)

GAGAL ITU PASTI UNTUK ORANG YANG BERJAYA

Meh aku kongsikan kata-kata sifu aku, Tuan Faisal Abdullah:
"Buat apa takut kepada keGAGALan? Orang yang berjaya biasanya memang akan GAGAL. Orang yang berjaya pasti GAGAL dulu. Tuntut pelajaran dari guru yang bernama GAGAL itu sebab dia nak bagi hadiah untuk kita.

Hadiah dari sebuah kegagalan - secebis ilmu yang berharga."

APA YANG PERLU AKU BUAT SEKARANG?

Korang cuma kena ingat dan amalkan TIGA azimat ini je:-

1) Decide (Apa, Siapa, Bila)

Create impian / matlamat berdasarkan soalan 'Apa', 'Siapa' dan 'Bila. Contohnya:

Apa yang korang nak capai dalam hidup?
Siapa orang yang paling korang sayang? 
Apa yang korang boleh buat untuk dia?
Bila impian korang itu akan tercapai?

Letakkan matlamat / impian yang JELAS yang berkaitan dengan orang yang korang paling sayang. 

Contoh matlamat yang korang boleh letak seperti "Aku nak kumpul duit banyak-banyak (Impian/Matlamat) supaya dapat hantar mak (Siapa) pergi haji / melancong ke Korea naik flight business seat (Apa) dalam masa enam bulan dari sekarang (Bila)"

Dengan cara ini korang mampu letak usaha korang lebih terarah kepada matlamat yang lebih JELAS untuk dicapai!

2) Jangan main-main


Fokus! Jangan main-main. Bayangkan apa yang terjadi kepada orang yang korang sayang bila impian yang korang letak tadi tak tercapai. Korang sanggup ke biar dia kempunan atau terlepas hajat yang korang dah tetapkan / janjikan tadi?

3) Jangan takut



Tak payah takut! Gagal itu pasti! Apa yang perlu korang buat? Korang kena gagal untuk tahu / belajar apa sebenarnya yang korang sepatutnya buat dan apa yang sepatutnya korang tak buat. 

JUST DO IT!

Redah je. Kalau korang gagal pun handphone korang tetap 'on' dan masih boleh digunakan untuk call awek. Kalau korang gagal pun tangan korang still boleh guna suap nasi. Kalau korang gagal pun, alien dari Planet Namek tak akan serang dan hapuskan korang pun.

Buat apa nak takut GAGAL?


p/s - jom hayati lagu  Jason Mraz - I Won't Give Up dan hayati tiap lirik bersama ok sahabat-sahabat?

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
18 SYAWAL 1435H
14.08.2014

Sunday, 5 May 2013

Keputusan

Assalamualaikum...
Akhirnye seperti yg dh kita sedia maklum, tentang keputusan PRU 13. Kejayaan masih KEKAL di tangan BN. So nk tanye korg, adakah keputusan ini sepertimana yg korg harapkn? Or seperti mana yg korg jangka kn???
Aku salah sorg dari mereka yg dh daftar mengundi. Pengundi sah tau.(apa ingat muka aku ada mcm muka mat bangla ke?)
Tempat mengundi di kampung aku-lebih tepat lagi kawasan kubu kuat Khairy Jamaluddin. Tp bukan psl dia yg aku nk cerita dgn u all kt cni, dan bukan pasal bangla yg dapat IC serta menjadi 'pengundi yg SAH' di Malaysia ni, bukan juga ttg kejadian BLACKOUT semasa PR sedang leading mase kiraan undi di jalankan tp alih2 selepas teraba2 mengira jumlah undi dlm kegelapan akibat BLACKOUT, BN blh mng,dan bukan juga pasal penggunaan dakwat KEKAL yg ternyata mmg 'KEKAL' xsampai sejam, bukan ttg itu yg ku aku ingin coret kn di sini.
Abih tu ttg ape?
Apa yg bakal menunggu kite lpas abis PRU 13 ni?
Ade sesuatu yg BESAR bakal berlaku selepas PRU ni...tp itu org kate bkn aku yg kate...
Ape yg dorg kate tu?
Kate dorg (aku pn xtau berita ni btl ke x. Hanya penyampaian dr mulut ke mulut)
Lpas ni byk benda akan naik harga, smpaikan harga pemadam dan pensil pn naik sebab bakal dikenakan cukai. Ha? Pemadam dan pensil pn kene cukai? Are u serius? Abis nk tulis pakai ape pasni klu pensil pn kne byr cukai?pemadam pn cukai? (Emo plak tetiba, mcm la xblh tulis gne pen.haha...)
~,~ Sengal ~,~

Itu khabar je tp xtau la betui ka idak ye. Yg paling penting sekali la ceq nk habaq kat hangpa suma...yg dh lepas kite dh xboleh nk ubah ape dh. Nk undur ke masa lalu? Blh? (klu boleh tlg singgh kt zaman kesultanan melayu melaka, kim salam aku kt hang tuah ye)
Ape yg kite boleh buat skang adalah:-

"Try think positive and act positively ok?"

Ckup la dgn lontaran fitnah yg x habis2 tu... Ckup la. Mcm mne nk hidup aman klu jiwa kita x aman? Bak kata Si Dia, selalu2 lah audit diri kita, muhasabah. Kita ni dh akhir zaman. Masa kita mgkin dh xlama. Mungkin kita dh dianiaya tp biarlah Tuhan Maha Kuasa yg balas.
Usah pandang belakang lagi. Ayuh terus melangkah maju pandang ke hadapan.
Teruskanlah perjuangan memperjuangkan dan mempertahankan serta menegakkan Islam.

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). [3:200]

P/s- dont give an inch, before the last buzzer sound. Jgn cepat putus asa. Teruslah berusaha yg terbaik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...