Assalamualaikum...
Pening? Memang pun. Serabut aku bila fikir macam-macam yang sedang bahkan telah terjadi baru-baru ni. Hanya sebab minyak naik, semua barang ikut naik. Maka secara automatiknya ramai la yang turut naik hangin nya oleh hal yang demikian itu. Mana tak nya, minyak ni ibu segala harga, bila ibu harga ni mahal, semua benda nnt akan naik mahal!
Namun disebalik kenaikan 'hangin' oleh kebanyakan manusia yang bijak berfikir itu, ada jugak segelintir manusia yang lebih 'bijak' dalam mengeluarkan pendapat.
"Bukan harga minyak naik la kawan, cuma subsidi minyak je dikurangkan."
So briliant kan?
Tak kurang juga insan-insan yang tidak langsung merasai betapa kenaikan minyak itu mengganggu gugat kehidupan dorg sebenarnya.
"Dulu aku isi minyak RM 10, sekarang aku isi RM 10 jugak, tak de pun cashier tu minta extra 20 sen?"
Kesian kan?
Dulu honda kapcai aku tu singgah stesen minyak seminggu tiga kali je. Sekarang ni tiap-tiap hari aku dok ngadap bangla stesen minyak tu. Kalau letak Neelofa ke Izara Aishah ke Nelydia Senrose ke semangat la sikit aku hadap hari-hari. Dah la mintak isi RM6 dia bagi RM4 je. Hadoi... ~,~'
Gambar hiasan sahaja |
Oleh kerana itu rakyat sekalian, marilah kita membantu kerajaan berjimat cermat demi negara yang kita cintai ini. Harga naik kita ramai-ramai naik basikal. Tak payah bayar tol, jimat. Tak payah sesak-sesak dalam jem, jimat masa. Road tax dan insurans pun tak payah bayar, jimat lagi. Tak payah pikir bayar kereta bulan-bulan, bertambah-tambah lagi jimat. Tak payah lagi kita keluar duit beratus-ratus untuk servis kereta, lagi lagi lagi bertambah jimat. Kita juga akan makin sihat dan kurus bila bersenam naik basikal, tak payah makan herbalife lagi, jimat!
Sape nak ikut aku pegi Kelantan dari KL naik basikal? Dengar kata kat sana musim hujan sekarang. ~,~'
No comments:
Post a Comment