Friday, 26 July 2013

Iftar / Berbuka di Menara Kuala Lumpur - Megaview Banquet Hall

Assalamualaikum semua...


Khamis lepas (26 Julai 2013), Company tempat aku kerja mengadakan iftar / majlis berbuka puasa untuk seluruh kakitangan yang bertempat di Menara Kuala Lumpur - Megaview Banquet Hall. Pertama kali dalam hidup aku berbuka puasa atas Menara Kuala Lumpur. Teruja tu jangan cakap la. Rasa macam nak menjerit je biar satu kampung tahu. Haha.


Mesti ada yang berfikiran, apa yang bestnya makan kat KL Tower ni? Sama je makan pastu kenyang balik. Eh tak adalah. Memang lain berbanding makan tempat lain. Meh aku nak story sikit apa yang best sepanjang berbuka puasa di KL Tower ni.

Kelainan yang disediakan bagi pengunjung yang berbuka puasa di sini adalah kita boleh menikmati makanan sambil menikmati pemandangan kota raya Kuala Lumpur dari atas menara ni. Boleh nampak macam-macam bangunan dari sini termasuklah menara KLCC. Aku boleh nampak kereta yang tengah sibuk berpusu-pusu dicelahan bangunan umpama semut yang sedang berlari-lari dimerata tempat. Mungkin diorang tengah cari tempat nak berbuka juga kot. Well, entahlah.



Selain disajikan dengan pemandangan dan panorama yang indah, pihak Menara KL juga turut menyediakan persembahan live traditional music instrumental show semasa pengunjung menjamu selera. Part ni aku memang suka lah kan sebab favorite aku kan. Seronok tengok muka makcik yang main violin tu. Dari awal sampai habis show tak surut langsung senyuman di bibir dia walau pun sesekali tersilap note masa dia sedang solo dalam lagu yang dimainkan, masih kekal dengan senyuman dia tu. Hehe. Osem lah makcik!

Menu buffet yang dihidangkan masa iftar tu pulak bertemakan 'Malay Traditional Cuisine' tapi rasanya tak adalah malay traditional cuisine sangat sebabnya dorang ada jugak sediakan western dan eastern food. 

Round pertama aku pilih untuk makan nasi putih, nasi mandy (nasi arab), ayam grill bersama sos black pepper, ayam percik istimewa dan salad buah. Air pula aku pilih air sirap je. Sedap tu memang tak terkata lah. Daging pun lembut, nasi pun sedap. Cumanya tiada apa yang special pada air yang disediakan. Hanya air minuman dalam botol, sirap, blackcurrant, teh panas dan satu lagi aku tak tahu pulak air apa. Kopi panas kot.

Seterusnya aku pilih untuk mencuba western food, set spaghetti dan mushroom soup. Bukan tak bersyukur but bagi aku secara jujurnya rasa spaghetti tak ada masalah bagi aku. Sedap. Cuma mushroom soup dia agak cair dan masin sikit. Tapi takpe mungkin next time boleh di improve kan lagi.

Sebelum aku menambahkan lagi isi perut yang tengah teruja untuk dipenuhkan, aku dan officemate berhenti seketika untuk solat maghrib di surau yang disediakan di tingkat yang sama bersebelahan dengan hall tempat kitorang makan tu. Surau yang selesa ditemani kerlipan cahaya pemandangan kota raya yang mengujakan. Suasana ketenangan jelas terasa di situ. Then lepas je solat, kitorang pon sambung misi kitorang untuk kembali memenuhkan perut ini. Haha.

Selepas beberapa round aku makan, aku pun mencari lah pencuci mulut. Sebagai pencuci mulut aku pilih untuk cuba hampir semua jenis kek yang ada kat situ termasuklah cheese cake. Kuih muih tradisional melayu pun tidak terlepas dari pandangan mata aku antaranya karipap pusing dan kuih ketayap serta buah-buahan antaranya tembikai dan anggur. Kenyang terasa, kepuasan menjelma. Sayangnya aku tak dapat nak rasa semua menu kat situ akibat kekenyangan. Sampai lupa nak amik gambar makanan yang aku dah makan. Haha. 


Cukup lah kot aku story mory kat sini. Kalau korang inginkan kelainan utuk iftar, boleh lah datang kat sini dan rasai sendiri keterujaannya. Chewah!



1 comment:

  1. Ni gambar masa nak berbuka ke? Terang jer, slalu waktu cmni langit oren. Tp mahal lah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...