Thursday 20 February 2014

Kau Ditakdirkan Untukku Cover Song by The Reverb

Assalamualaikum...



Bulan Februari 2014 sedang diadakan pertandingan cover song yang dianjurkan oleh Inteam Records yang menawarkan hadiah berupa wang tunai bagi pemenang pertandingan tersebut berdasarkan catatan views paling tinggi cover song video yang dimuat naik oleh peserta-peserta.

Secara tidak sengaja aku pun telah diajak turut serta oleh rakan-rakan aku yang lain untuk turut serta pertandingan ini. Memula aku rasa macam tak berminat, tapi atas dasar persahabatan yang ditunjangi ukhwah yang menebal dalam jiwa aku turutkan sahaja. Gitew ayat puitis sikit!

Jadi di sini aku kongsikan video hasil dari rakaman kami yang telah dimuat naik pada 17 February 2014 yang lepas untuk tontonan korang. Kalau ada sebarang komen, moh le pakat tengok ramai-ramai dan drop komen anda di ruangan komen di bawah ye.

Kalau korang rasa video ni best, sila lah share dekat teman-teman korang yang lain ye. Aku rasa lagu cover ni sesuai untuk ditujukan kepada isteri/suami/pasangan yang tercinta sebab lirik dan melodi lagu ni memang dibuat oleh Inteam feat Edcoustic untuk pasangan. Ada sekali tu ada orang request kat kitorang untuk share  video cover kitorang untuk pasangan yang baru kawin. So sweet!

Terimalah dari The Reverb - Cover Song Kau Ditakdirkan Untukku by Inteam feat Edcoustic.







p/s - Kitorang record video ni pukul 2 pagi. Masa ni muka masing-masing muka tengah tahan ngantuk. Hihi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...