Showing posts with label Cover. Show all posts
Showing posts with label Cover. Show all posts

Thursday, 20 February 2014

Kau Ditakdirkan Untukku Cover Song by The Reverb

Assalamualaikum...



Bulan Februari 2014 sedang diadakan pertandingan cover song yang dianjurkan oleh Inteam Records yang menawarkan hadiah berupa wang tunai bagi pemenang pertandingan tersebut berdasarkan catatan views paling tinggi cover song video yang dimuat naik oleh peserta-peserta.

Secara tidak sengaja aku pun telah diajak turut serta oleh rakan-rakan aku yang lain untuk turut serta pertandingan ini. Memula aku rasa macam tak berminat, tapi atas dasar persahabatan yang ditunjangi ukhwah yang menebal dalam jiwa aku turutkan sahaja. Gitew ayat puitis sikit!

Jadi di sini aku kongsikan video hasil dari rakaman kami yang telah dimuat naik pada 17 February 2014 yang lepas untuk tontonan korang. Kalau ada sebarang komen, moh le pakat tengok ramai-ramai dan drop komen anda di ruangan komen di bawah ye.

Kalau korang rasa video ni best, sila lah share dekat teman-teman korang yang lain ye. Aku rasa lagu cover ni sesuai untuk ditujukan kepada isteri/suami/pasangan yang tercinta sebab lirik dan melodi lagu ni memang dibuat oleh Inteam feat Edcoustic untuk pasangan. Ada sekali tu ada orang request kat kitorang untuk share  video cover kitorang untuk pasangan yang baru kawin. So sweet!

Terimalah dari The Reverb - Cover Song Kau Ditakdirkan Untukku by Inteam feat Edcoustic.







p/s - Kitorang record video ni pukul 2 pagi. Masa ni muka masing-masing muka tengah tahan ngantuk. Hihi.

Sunday, 13 October 2013

Sandiwara Cinta - Covered by me Shukri sahari

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha saya ucapkan...


Ramai yang berkira-kira untuk balik ke kampung halaman yang tercinta masa musim perayaan kalini. Siap amik cuti untuk seminggu pun ada. Sebulan pun ada? Baguslah tu. Bukan selalu dapat peluang balik kampung lama-lama ye dak? 

Kebetulan arini aku cuti, so aku pun decide la nak balik kampung jugak. Aik, tajuk post Sandiwara Cinta, tetiba cakap pasal balik kampung ape hal? haha.

Sudah sekian lama, aku tak buat cover song, suatu hari aku terdengar rakan-rakan opis aku menyanyi lagu Sandiwara Cinta ni. Memula pelik jugak apasal dorang asyik keep repeating the same song the whole day. Aku pun ikut terlayan sama lagu tu. Sedap jugak. Then balik opis keluar makan dengan si blogger cantik manis aienzunnur pun aku mendengar lagu yang sama, so aku pun layan kan aje lah. Makin lama keterujaan aku terhadap lagu ni makin menebal. Tebal ke?

Then dipendekkan cerita aku pun pelan-pelan merangka arrangement untuk cover lagu ni. Macam biasa, dengan menggunakan Apple ipod application GarageBand. Just a simple arrangement but hopefully you all like it and enjoy it.

Selamat mendengar!

p/s-oh lupa, kalau suka, silalah share pada kawan-kawan ye. Kalau ada komen untuk penambahbaikan amat-amatlah dialu-alukan. Terima Kasih.



Saturday, 13 July 2013

Hanya Aku (Hyper Act) - Instrumental cover by me (Shukri Sahari)

Assalamualaikum...

Macam mana puasa hari ini? Sekejap je dah hari ketiga kita puasakan?

Hanya Aku - Hyper Act

Pagi tadi lepas subuh aku tiba-tiba terdetik untuk buat cover lagu Hyper Act - Hanya Aku. Korang yang kaki drama tu mesti penah dengar lagu yang pernah menghiasi drama Teduhan Kasih kat TV3 tu kan? Ha, lagu tu la.

So aku buka application Garageband Apple Ipod 4 aku dan tanpa banyak songeh aku terus buat muzik untuk cover lagu tersebut. Memang lepas gian aku time tu sebab dah lama tak buat keje gini, asyik sibuk je memanjang. Dari lepas subuh non stop aku buat sampai siap.

Siap je sedar-sedar dah pukul 3 petang. Haha...

Lepas siap muzik, aku pon decide la untuk cover dengan seruling/bamboo flute. Buat korang yang berpengetahuan muzik tu, lagu ni aku ikut key asal, key A minor, then ada transpose key ke key C major bila time chorus. But intronya bermula dengan D minor ye. :)

So, aku pon record jela seruling aku tu main lagu tu guna Garageband Apple Ipod 4 aku tu. Sound dia not bad la cuma muzik mcm kosong. Yela aku buat bukan guna studio betul pon macam Hyper Act guna tu. Haha. Tapi seriously lagu Hyper Act mmg terbaik setakat ni!

Nak dengar lagu yang aku dah cover tu? Meh dengar kat SINI


Lepas dengar tu harap dapat tinggalkan komen kat bawah ni ye. Supaya apa yang kurang dapat lah aku perbetulkan. 

Thank you and adios!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...