Monday 15 December 2014

3 Sebab Orang Terus Miskin


"Wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan wang"

Sila hayati video ini dengan penuh penghayatan:



Mari kita renungi FAKTA di bawah:-

74%  pendapatan isi rumah orang MELAYU adalah dibawah RM2000.
22%  sahaja milikan saham milik 
MELAYU .
43% pelajar mendapat kerja minimum 3 bulan lepas grad.
57%  bumiputera mula gaji dengan RM1500. Paling menyedihkan, masih ramai graduan MELAYU kita bergaji bawah RM1000 walaupun memegang segulung ijazah!



Kenapa? 

Masa saya sedang tulis entri ni, mood saya dalam keadaan bercampur baur. Sedih, geram, marah dan pilu sambil layan lagu Hafiz, Bahagiamu Deritaku. 



3 SEBAB KENAPA ORANG TERUS MISKIN

#1 - Salah konsep syukur

Kita diajar sedari kecil untuk bersyukur. Memang satu pelajaran yang bagus. (Bahkan nama saya sendiri pun Shukri. Huhu) Tapi, kita sering salah sangka dengan menggunakan alasan "bersyukur" untuk tidak terus berusaha ke arah lebih baik lagi. Ini namanya penyakit. Penyakit kornik yang bernama MALAS.



Berbekalkan alasan "syukur", kita selalu menidakkan tindakan kita untuk bergerak untuk terus maju - keluar dari zon selesa. 


#2 - Takut pada cabaran



"Ish jangan la kau berniaga, ramai orang yang aku kenal berniaga lepas tu lingkup"

"Ko tak akan berjayalah bro, baru budak hingusan, ilmu tahap buku lali lagi ada hati nak jadi kaya konon"

Saya biasa dengar ayat ini. Anda pun mesti biasa dengar jugakkan ayat-ayat yang macam ini?

Orang pengecut sahaja yang akan cakap macam itu. Tapi mereka sedar tak yang bercakap macam tu tahap hidup mereka macam mana? Berjaya sangat ke?

Sila hindari musuh motivasi sebegini - pemikiran negetif.


"Salah satu tips berkesan untuk menjadi seorang yang berjaya adalah TUKAR KAWAN"
- Dr. Azizan Osman


Sematkan dalam minda, selagi kita tak cabar diri untuk lakukan sesuatu, kita sendiri tak akan tahu kita mampu buat atau tidak. Dan, setiap kegagalan orang lain, jadikan ia sebagai 'batu loncatan' untuk kita lebih berjaya. 

Belajar dari orang yang gagal, belajar kegagalan mereka. Elakkan melakukan kesilapan yang mereka dah lakukan. Belajar dari orang yang berjaya, ikut sahaja langkah kejayaan mereka dan rapatilah orang-orang yang berjaya ini dan jadikan mentor anda supaya kejayaan kita lebih terarah.


#3 - Tiada ilmu

Ilmu ini ibarat cahaya.
Penyuluh jalan kegelapan.

Biasa dengarkan?

Tanpa ilmu, ramai manusia teraba-raba mencari jalan menuju destinasi impian masing-masing.

Dah berapa ramai dalam kalangan kita yang pernah terhantuk dinding, tersepak batu, terjelopok ke dalam lubang akibat berjalan menuju destinasi impian dalam keadaan GELAP tanpa diterangi cahaya ilmu?

Disebabkan kurang ilmulah, manusia selalu menanggung rugi. Disebabkan tiada ilmu jugalah manusia mudah sangat menjadi mangsa penipuan.

Tapi disebabkan egolah meng'hijab'kan keinginan diri untuk menuntut ilmu. Rasa ilmu dah cukup di dada, padahal dalam hati menanggung derita hiba akibat kesusahan dan kebuntuan.

Macam mana nak jumpa jalan keluar dari kebuntuan kalau ego nak menyalakan lampu disepanjang perjalanan dengan cahaya ilmu?

Banyakkan membaca, hadiri seminar dan mula berguru dengan pakar cara-cara membina kekayaan. Itulah antara langkah berkesan dalam mencari penyuluh jalan menuju destinasi anda sendiri.


Wallahu'alam



p/s - Nak belajar berniaga? 
      Belajar dengan pakar niaga di sini ---> DI SINI 

p/ss - Untuk lebih banyak tips perniagaan dan kewangan, 



Ikhlas dari saya,

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
22 SAFAR 1436H
15.12.2014


Artikel yang berkaitan

Tip Mahal Dari Seorang Jutawan


Kredit foto : azamrussiakita.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...