Aku tetiba rasa mcm nak mencari kelainan sikit sempena bulan Ramadhan harini. Kelainan apa? Yela setiap kali berbuka mesti asyik pegi bazar je kan. Sampai orang yang jual kat bazar tu pon dh kenal aku. Haha.
So aku pun plan and decide untuk buka puasa kat kedai makan pulak. Memula plan nak makan kat kedai makan yang biasa-biasa je, tapi macam bosan je tak de kelainan. So last-last aku pon decide la nak berbuka di sebuah cafe yang agak terkenal di Nilai ni (dan satu Malaysia dah tau kot pasal cafe ni).
Aunty Aini's Garden Cafe
Dengan hati yang berkobar-kobar aku pun pergi ke tempat makan tersebut. Aku pon ajak la sekali si blogger cantik molek Aienzunnur ni berbuka sekali sebab kitorg mmg gemar meng'explore' tempat makan yang best mcm gini ni. Hehe.
Selalunya kitorg lalu je depan cafe tu (sebab betul-betul tepi jalan je), tak penah pun terpikir nak makan kat situ sebelum ni. Nampak macam tempat ekslusif je.
Selalunya kitorg lalu je depan cafe tu (sebab betul-betul tepi jalan je), tak penah pun terpikir nak makan kat situ sebelum ni. Nampak macam tempat ekslusif je.
Kitorang sampai ke cafe tu tepat jam 6.30 petang. Kitorg datang awal sebab takut tempat dah penuh dengan reservation. (Datang-datang terus snap gambar. Haha.)
Aku suka konsep cafe ni. Jarang dapat lihat keunikan cafe yang macam ni kat malaysia. Lagi-lagi kat tempat yang luar bandar macam kat Nilai ni. Berkonsepkan kampung dalam taman! Hah? Mcam mana tu?
Pelikkan?
Ha... ni suasana dalam dia...
Tempat makan berkerusi
Tempat makan bersila - dalam pondok/anjung
Tempat makan dalam rumah kampung
Ha yang ni pulak tempat makan dalam pondok
Pendek kata dalam cafe ni ada macam-macam jenis tempat korang boleh pilih untuk makan. Selesa pulak tu. Siap ada surau lagi kat dalam kampung dalam taman ni tau. Tak payah nak risau bila tiba waktu solat. :)
Kitorg pilih untuk makan di tempat yang berkerusi, mujur ada tinggal satu je meja untuk dua orang makan kat situ. Then sorang pelayan lelaki datang hulur menu. Dorang menyediakan masakan kampung/tempatan dan western. Kitorg decide time tu nak makan menu tempatan.
Antara yang kitorg order nasi putih, ayam kampung goreng, sayur kailan ikan bilis dan ikan jenahak asam pedas (bahagian isi shj). Dorang ada jugak menyediakan ikan bahagian kepala tapi kitorg tak makan so order bahagian isi jelah. (Bahagian kepala ikan harga dia mahal dua kali ganda woo...). Air pulak aku minum teh o ais dan Ain pulak minum blackcurrant.
Nampak mcm banyak kn kitorg makan? Hehe
Atas - Teh o ais, Bawah - Blackcurrent
Ikan Jenahak masak asam pedas (bahagian isi)
Ikan Jenahak Masak Asam Pedas yang dorang sediakan ni memang osem! Pekat kuah dia. Tak macam kedai-kedai yang biasa kitorang makan. Sayur kailan ikan bilis dorang pon tak kurang sedapnya. Ayam kampung goreng pun sedap tau. Pendek kata puas la makan. Then, sebagai penutup kitorg order tapai aiskrim as a dessert.
Tapai aiskrim - RM 3.50
Tapai aiskrim dia boleh kata not bad la. But still rasa sedap. Itu yang penting. hehe. Cumanya yang aku kurang puas ati cikit sebab dessert yang dorang sediakan tak banyak. So hopefully lepas ni dorang boleh tambahkan lagi menu untuk dessert.
Total semua makanan and minuman yang kitorg pesan tadi semuanya RM 46.50. Kenyang tu memang kenyang, puas pun puas. Akhirnya lepas sudah hajat kitorg untuk menikmati makanan kat sini. :)
Korang yang yang nak try tempat ni boleh lah datang. Tak susah pun nak cari tempat ni sebab betul-betul tepi jalan. Kalau siapa yang ada GPS Garmin tu mesti boleh cari punya. :p
Ni alamatnya:-
Batu 16, Jalan Sepang, Kampung Chelet, 71800, Nilai.
Tel: 06-7991276
Selamat mencuba!
I think.........kan......kailan ikan masin..kahkahkah
ReplyDeletemeanriknya tempat =)
ReplyDeleteselamat berpuasa dear
hai.. salam kenal,
ReplyDeletefollower no.30
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
http://honeyoyeke.blogspot.com/