Sunday 7 July 2013

Majlis Makan Malam Apresiasi Seni UKP USIM di Bangi Golf Resort

Assalamualaikum...

Sepertimana yang aku pernah bagi tahu pada post yg sebelum ini, aku telah di jemput untuk menghadiri satu majlis makan malam yang berkonsepkan 'Color Blocking'.

Majlis Makan Malam Aprsiasi Seni UKP USIM di Bangi Golf Resort

Pada 29 June 2013, tepat pukul 8.30 telah diadakan Majlis Makan Malam Aprisiasi Seni UKP USIM yang berlangsung di Bangi Golf Resort. Majlis tersebut telah berjaya mengumpulkan sebahagian besar alumni UKP (Urusetia Kesenian Pelajar), penggiat seni, artis, serta rakan media yang pernah terlibat bersama UKP USIM seperti TV-Alhijrah dan IKIM fm yang turut sama memeriahkan majlis.

Pada malam itu aku berjumpa kembali rakan-rakan seperjuangan aku yang telah lama berpisah. Bila jumpa tu mesti tak terlepas daripada cerita tentang kenangan-kenangan waktu kitorang masih aktif di bawah naungan UKP USIM. Syok wooo!

shukrisahari.blogspot.com
Antara artis yang turut hadir-Nash dan Fauzi Marzuki

Di samping berjumpa dengan kawan-kawan yang lama berpisah, aku juga dijemput membuat persembahan. Tapi sayang, time aku show tak sempat pulak nak suruh member tolong amikkan gambo. huhu.

Tapi part yang paling tak boleh aku lupakan masa malam tu adalah semasa aku dinobatkan sebagai salah seorang daripada penerima Anugerah Sireh Pinang (yang mana sebuah anugerah yang diberikan kepada insan-insan yang telah banyak memberi sumbangan serta komitmen dalam UKP USIM. Chewah.). 



Terharu rasanya. Thanks a lot ya!

Ok cukup2. Kang menangis pulak aku kat sini.

Color Blocking - Aku
Macam yang aku pernah janjikan pada post yang lepas, aku sertakan gambar aku ber 'Color Blocking' pada malam majlis tersebut. Color Blocking aku warna Merah Biru.

Aku sertakan juga moment-moment yang best sepanjang majlis tersebut.

Bersama kengkawan lama

Member-member band ku, "The Bachelors"



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...