Monday, 27 January 2014

Hadiah

Assalamualaikum...


Sekejap je bulan Januari hampir melabuhkan tirainya. Then after this kita akan masuk bulan baru. Bulan Februari. Yuuhuu!
Bukan apa, bila masuk bulan Februari je akan ada dua perasaan yang mengisi di ruangan hatiku.Cewah. 

Gumbira - Sebab birthday Dia dan bithday aku dalam bulan yang sama. 
Sedih - Sebab umur makin meningkat, gaji tak meningkat2 pong. Harga barang je makin meningkat. (Ok tak mau cite pasal politik buat masa ni)

Persetankan perasaan sedih tu dahulu. Ada orang pernah pesan, tahun baru ni elok kita jadi lebih positif. So, come on Shuk! Positif!
Ok.
Anyway, bila time birthday, tidak lain tidak bukan berkait rapat dengan hadiah.Betul? So dalam fikiran aku sekarang ni sedang bergiat aktif dalam memikirkan hadiah apa yang patut aku berikan?
Dan
Hadiah apa agaknya yang bakal aku dapat nanti. Hahaha. Ok tak lawak.

Supposely hadiah itu sesuatu yang ada nilai sentimental dan membawa makna terhadap diri seseorang itu. Semestinya hadiah yang mampu menambat hati seseorang yang kita sayangi.

Bunyi macam payah bukan?

Hadiah tersebut bukan semestinya mahal. Boleh jadi hadiah tersebut adalah sesuatu yang amat jarang diberi pada waktu-waktu atau hari-hari biasa. Contohnya coklat. Tak pernah pulak aku tengok orang makan coklat hari-hari macam orang makan nasi. Juga jarang sekali bila orang lapar akan duduk lepak kat kedai mamak akan order " Anney, coklat satu!". Pernah?

Hadiah juga mungkin berupa sesuatu yang ada kaitan dengan minat seseorang itu. Contohnya pasangan korang suka main seruling (macam aku.hehe) boleh hadiahkan seruling untuk si dia. Nak lagi sweet, namakan seruling tu dengan nama seruling cinta. Amacam? 
Ataupun pasangan anda minat gila nak mati terhadap gadjet contoh smartphone / tablet. Mungkin korang yang kaya tu boleh hadiahkan pasangan korang smartphone or tablet yang paling latest!

"Mahal wo nak beli benda alah tu. Den sendiri pun tak mampu nk boli untuk diri sendiri"

Tak ada masalah, korang boleh jugak beli accessory bagi gadjet tersebut. Sebagai contoh Power Bank, Casing smartphone / tablet (yang sweet-sweet punya), Earphone / Speaker (kalau pasangan korang kaki gaming or kaki muzik memang sesuai) even rantai yang sangkut kt telefon (ntah apa nama dia. Pepaham sendirilah ye) pun boleh jadikan hadiah. korang boleh tulis nama korang or nama pasangan korang or nk lagi best gabung je nama korang. Sweet kan? Tak?

Pandai buat lagu / sajak / video? Korang pun boleh jadikan itu semua sebagai 'added value' kepada hadiah tersebut. Kalau sebelum ni korang belum pernah apa kata korang nyanyikan untuk dia, boleh nyanyikan khas untuk dia. Buatkan lirik-lirik yang puitis untuk lagu itu. Pepandai korang la ye. Aku yakin korang lebih arif bab ini. :)



Candle light dinner. Pernah try? Bagi yang pernah, bagaimanakah rasanya? Mesti bestkan? Yang belum lagi cube, you should try this once! Aku sendiri belum pernah cuba. Saja nk simpan. Mybe time lepas kawin aku buat.Sssshhh... Tak boleh cakap. Rahsia. (Haha).


Pergi pantai dan berkelah bersama. Romantik wo. Korang boleh cuba yang ini. Nak lagi best korang boleh masakkan untuk pasangan korang. Bagi yang malas masak, beli je kat kedai. Then spend masa berharga anda bersama di tepi pantai ditemani bayu pantai yang menyegarkan. Tapi jangan buat yang bukan-bukan kat situ ok! Amaran keras! Seeloknya duduk berkelah di tempat yang ramai orang ok.

Rasa cukuplah kot beberapa cadangan yang tidak seberapa dari aku tentang hadiah hari jadi buat teman anda. Kalau korang ada idea yang lebih bernas, boleh kongsikan bersama di bahagian komen di bawah. Aku pun sedang mencari idea untuk hadiah hari jadi tahun ini. (Belum ada idea lagi)

Terima Kasih!




Sunday, 13 October 2013

Sandiwara Cinta - Covered by me Shukri sahari

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha saya ucapkan...


Ramai yang berkira-kira untuk balik ke kampung halaman yang tercinta masa musim perayaan kalini. Siap amik cuti untuk seminggu pun ada. Sebulan pun ada? Baguslah tu. Bukan selalu dapat peluang balik kampung lama-lama ye dak? 

Kebetulan arini aku cuti, so aku pun decide la nak balik kampung jugak. Aik, tajuk post Sandiwara Cinta, tetiba cakap pasal balik kampung ape hal? haha.

Sudah sekian lama, aku tak buat cover song, suatu hari aku terdengar rakan-rakan opis aku menyanyi lagu Sandiwara Cinta ni. Memula pelik jugak apasal dorang asyik keep repeating the same song the whole day. Aku pun ikut terlayan sama lagu tu. Sedap jugak. Then balik opis keluar makan dengan si blogger cantik manis aienzunnur pun aku mendengar lagu yang sama, so aku pun layan kan aje lah. Makin lama keterujaan aku terhadap lagu ni makin menebal. Tebal ke?

Then dipendekkan cerita aku pun pelan-pelan merangka arrangement untuk cover lagu ni. Macam biasa, dengan menggunakan Apple ipod application GarageBand. Just a simple arrangement but hopefully you all like it and enjoy it.

Selamat mendengar!

p/s-oh lupa, kalau suka, silalah share pada kawan-kawan ye. Kalau ada komen untuk penambahbaikan amat-amatlah dialu-alukan. Terima Kasih.



Thursday, 3 October 2013

Pening...

Assalamualaikum...



Pening? Memang pun. Serabut aku bila fikir macam-macam yang sedang bahkan telah terjadi baru-baru ni. Hanya sebab minyak naik, semua barang ikut naik. Maka secara automatiknya ramai la yang turut naik hangin nya oleh hal yang demikian itu. Mana tak nya, minyak ni ibu segala harga, bila ibu harga ni mahal, semua benda nnt akan naik mahal! 

Namun disebalik kenaikan 'hangin' oleh kebanyakan manusia yang bijak berfikir itu, ada jugak segelintir manusia yang lebih 'bijak' dalam mengeluarkan pendapat.

"Bukan harga minyak naik la kawan, cuma subsidi minyak je dikurangkan."

So briliant kan? 
Tak kurang juga insan-insan yang tidak langsung merasai betapa kenaikan minyak itu mengganggu gugat kehidupan dorg sebenarnya.

"Dulu aku isi minyak RM 10, sekarang aku isi RM 10 jugak, tak de pun cashier tu minta extra 20 sen?"

Kesian kan? 
Dulu honda kapcai aku tu singgah stesen minyak seminggu tiga kali je. Sekarang ni tiap-tiap hari aku dok ngadap bangla stesen minyak tu. Kalau letak Neelofa ke Izara Aishah ke Nelydia Senrose ke semangat la sikit aku hadap hari-hari. Dah la mintak isi RM6 dia bagi RM4 je. Hadoi... ~,~'

Gambar hiasan sahaja

Oleh kerana itu rakyat sekalian, marilah kita membantu kerajaan berjimat cermat demi negara yang kita cintai ini. Harga naik kita ramai-ramai naik basikal. Tak payah bayar tol, jimat. Tak payah sesak-sesak dalam jem, jimat masa. Road tax dan insurans pun tak payah bayar, jimat lagi. Tak payah pikir bayar kereta bulan-bulan, bertambah-tambah lagi jimat. Tak payah lagi kita keluar duit beratus-ratus untuk servis kereta, lagi lagi lagi bertambah jimat. Kita juga akan makin sihat dan kurus bila bersenam naik basikal, tak payah makan herbalife lagi, jimat!

Sape nak ikut aku pegi Kelantan dari KL naik basikal? Dengar kata kat sana musim hujan sekarang.  ~,~'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...