Monday, 7 September 2015

KISAH BENAR - USAHANITA TERSELAMAT DARI BELANJA IKLAN YANG BESAR


Jika anda baca perbualan ini sampai habis, anda boleh:

- Jimat ratusan, malah ribuan ringgit dalam perbelanjaan pemasaran yang tak sepatutnya dibuat
- Kenalpasti 1 cara jualan berkesan, kemudian kembangkan sebesar-besarnya
- Kepentingan mengenalpasti "KETULAN EMAS KECIL" untuk kejayaan bisnes di masa depan
- Akibat jika selalu TAK FOKUS dan melakukan sesuatu yang tak sepatutnya





Ini adalah perbualan PM di Facebook, antara guru saya Tuan Faisal Abdullah, dan Puan XXX, Alumni pelajar MB2000:

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pn XXX:
Slm tuan faisal.. saya XXXX dr terengganu.. sblm ni byk kali try biz tp x jd.. sampai la saya beli on9 mb2000.. alhamdulillah, teknik validate byk membantu saya generate income.. ok la drpd asyik rugi sblm2 ni

Sekarang, saya terjumpa satu produk, yg dari segi pasaran saya rasa boleh pergi jauh

Iaitu serum anti kuning.. khas untuk bayi demam kuning

Masalah sekarang ialah cara pemasaran..

Salah satu yg saya gune adalah fb ads.. ade mak sdare saya yg g satu bengkel fb ads tuan, dia gtau 1st time fb ads kene letak rm300 selama 3 hari.. sebagai pembuka kata ngan fb supaya ads kita lebih dilihat.. n ade la mak sdare ajar jgk cara cari avatar customer thru google ads

Soalan ke2 saya, says ingin memohon sedikit nasihat dari tuan, bagaimana saya nk go big with this product.. harap pandangan otai seperti tuan dapat membantu saya yg zero basic bab2 bisnes ni

Terima kasih kerana sudi membaca, n terima kasih in advanced sekiranya tuan sudi membalas

Ops.. soalan pertama saya x jelas.. soalan 1- adakah betul kite kene letak rm300 selama 3 hari kalo nk buat fb ads kali pertama?


Tuan Faisal:
tak juga

dlm setiap bisnes baru, langkah pertama kita adalah jual 1 produk, kepada 1 pelanggan

perlu ke keluar RM300 utk jual pd 1 pelanggan?


Pn XXX:
Saya da jual almost 12 botol tuan.. pd org setempat

Jd fb ads tu nilainye x kisah brape, asalkan avatar customer nye betul?

Cmtu ye tuan?


Tuan Faisal:
12 botol tu jual macamamana?


Pn XXX:
Saya jual thru fb grup.. n face to face deliveey
Delivery


Tuan Faisal: 
Kalau ulangi proses yang sama boleh ke?

Maksudnya post pada grup tu berulang kali?

Atau post benda yang sama pada grup lain?


Pn XXX:
Dah cube jugak tuan.. tp agk slow..

Saya join grup ibu hamil berpantang, grup bayi dll..

Adakah bermakna produk x bgs?


Tuan Faisal:
tak tau.

mungkin produk tak bagus.
Mungkin ada pesaing.
Mungkin u gagal tarik perhatian orang masa u post


Pn XXX:
Maaf ye tuan.. soalan biasa2 dr org biasa2


Tuan Faisal:
Saya tak pernah cakap sy bukan orang biasa. Tak perlu minta maaf


Pn XXX:  
InsyaAllah saya cube tgk balik video mb2000.. kene kaji betul2 smule


Tuan Faisal:
Macam ni


Pn XXX:
Hehe.. segan.. tanye soalan yg x pro.. ;p


Tuan Faisal:
Kalau u gagal tarik perhatian org dalam grup..

Apa yang membuatkan u boleh tarikh perhatian org melalui FB ads?


Pn XXX:
Maybe the right customer avatar?


Tuan Faisal:
Relek..tak perlu pikir2 teknikal lagi pasal customer avatar dn sebagainya

Sekarang cuba fikir balik, macamama 12 botol hari tu terjual?

pakai ayat apa?

orang yang beli tu orang macamana?


Pn XXX:
Org yg terdesak baby dia kuning tuan

Actually semlm saje 4 botol saya deliver ke hospital daerah saya..


Tuan Faisal:
Ok..


Pn XXX:
Mula2 sorg beli.. then org len tgk, yg tu plak order


Tuan Faisal:
Ok bagus..

So maksudnya, kat hospital wad bersaling yg ramai customer beli ?


Pn XXX:
Ye tuan

Adakah saya ptt fokus kpd customer di hospital?


Tuan Faisal:  
So memandangkan setakat ni sales lebih mudah dibuat kat wad hospital, bukankah lebih baik kita fikir sekejap, macamana cara kita nak kembangkan sales kat wad hospital?


Pn XXX:
Hehehe..

Betul jgk..

Tp edar flyers di kawasan hospital adalah salah kan tuan..


Tuan Faisal:  
Berapa kos yang dikeluarkan utk jual pada org lain yg beli jugak tu?


Pn XXX:
Kos minyak shj tuan..


Tuan Faisal:  
Ok..bagus. so kos tak banyak lah

Sy tak minta u edar flyers. Memang salah

Tapi ada jalannya yang lain, yg kita kena fikir

Tapi rasanya kat hospital boleh buka booth. Kat luar hopsital boleh gantung banner/bunting

Kat hospital tu ada nurse2 yg boleh jadi agen kita

macam2 cara boleh pikir

1 hari ada berapa orang bersalin di hospital?



Pn XXX:
Maaf ye tuan.. nk tanye lg, kalo ade org offer buat booklet 10k siap edar, ngan saiz a5 rm500, pun bukan cara yg bgs ke tuan?

Ramai..


Tuan Faisal:  
awak ni

Pn XXX:  
Hihihi

Tuan Faisal:  
apa hal pulak tiba2 cerita booklet?


Pn XXX:
Jgn mrh tuan..


Tuan Faisal:
dah kalau tak minat nak dengar, kita tak perlu berbicara


Pn XXX:
X tuan..

Maaf2

Saya salah

Saya sedang mendengar


Tuan Faisal:
Cuba dengar diri awak sendiri

Dah jumpa lubuk kat hospital..dah terbukti.. tapi nak buat FB Ads belanja RM300 atas benda yang belum terbukti

Dah mula nampak jalan di hospital, tapi sibuk nak buat booklet



Pn XXX:
;p my bad.. x fokus.. maaf tuan


Tuan Faisal:  
Its OK

saya tak marah. Saja je buat u sentap sikit

Ok... fikir potensi


Pn XXX:
Mcm desperate nk buat sale.. tp x tahu mcmn


Tuan Faisal:
1 hari ada berapa org beranak kat hospital

katalah 10 orang


Pn XXX:
Ok..


Tuan Faisal:
dari 10 orang tu, berapa ramai yang anaknya sakit kuning?


Pn XXX:  
Ikut statistik, 50-70% bayi baru lahir akan kene kuning


Tuan Faisal:
ok ambil 50%

5 baby sehari sakit kuning. Sebulan ada 150 prospek pelanggan

itu 1 hospital. di kawasan rumah u ada berapa hosptial, berapa klinik bersalin?


Pn XXX:  
Wah.. saya x penah nmpk kira2 cmni dlm kepala saya..

Ikutkan yg berdekatan ade 2 hospital.. klinik kesihatan byk..


Tuan Faisal:
Ok.. ni cadangan saya

memandangkan u dah berjaya buat jualan di hospital, kembangkan saja apa yang u dah terror buat

Pastikan u dapatkan 150 pelanggan sebulan dari 1 hospital

dan pastikan u dah dapat pelanggan tambahan di hospital dan klinik lain

bila u dah biasa buat, dapatkan pembantu yang tlg buatkan delivery utk u

pada waktu ni..

cash u pun dah banyak

masa u pun dah terluang, sebab ada pembantu

masa tu baru lah study FB Ads dan laburkan duit utk fb ads


Pn XXX:  
Tq tuan..


Tuan Faisal: 
sama2.. good luck


Pn XXX:
Tepat saya bertanya.. sbb saya x sure sbnrnye nk buat fb ads.. tu yg saya tanye kt tuan

Terima kasih byk2

Sgt2 terharu tuan sudi menjawab soalan cmni

Heheh

Mekasehhhh sgt2

Mekasehhhh sgt2

An eye opening for some1 like me

Smoge Allah murahkan rezki tuan


Tuan Faisal:
Sama. Ameen. t kasih doakan saya

sy doakan u lebih dimurahknan rezeki

Chat Conversation End


Seen 11:56am
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahu Ikut Jejak Langkah Beliau?


KUPON DISKAUN RM20 OFF Seminar MB2000 adalah:-
KERETA

Atas penghargaan membaca ebook ringkas ini, saya hadiahkan kupon diskaun RM20 OFF untuk hadir seminar.

Cara tuntut:

1.     Sila klik DI SINI ----->> DISKAUN RM20

Baca info, pastikan ia sesuai dengan anda. Klik butang DAFTAR

2.     Isi borang pendaftaran, dan letak kod kupon KERETA


P/ s - Saya memang galakkan dan cadangkan anda pergi jika seminar ini jika anda serius nak keluarkan bisnes anda dari terus ‘stuck’ dan dari terus buang masa, tenaga dan kos lebih banyak.

Wednesday, 8 July 2015

CARA MUDAH TARIK PELANGGAN DI FACEBOOK


Beberapa hari lepas rakan saya ada rekod satu video khas tentang teknik bagaimana nak buat jualan di Facebook.
Saya dah tonton videonya.
Tekniknya simple.
Tak perlu guna copywriting yang power-power pun boleh buat 1,000+ unit produk terjual (dengan izin Allah).
Video hanya 15minit +
Ia based on pengalaman peribadi, penelitian, rujukan, perkongsian rakan usahawan, feedback klien beliau.
Siap dengan contoh skrip iklan. Anda hanya perlu adjust sedikit untuk sesuaikan dengan produk anda.
Jika berminat nak dapatkan video ini secara percuma, downlaod DI SINI


Shukri Sahari
Mantin, Negeri Sembilan
8 Julai 2015
22 Ramadhan 1435

Monday, 29 December 2014

TEKNIK PEMASARAN - SHOTGUN VS RIFLE

Ramai tidak kenal nama copywriter ini - Gary Bechivenga.
Tetapi beliau adalah copywriter belakang tabir disebalik sales jutaan ringgit.

Jay Abraham, David Ogilvy, Brian Kurtz dan Perry Marshall juga menganggap beliau adalah copywriter yang bijak menulis surat jualan.

Pengalaman Gary Bechivenga dalam dunia copywriting dan penulisan iklan... Sangat luas.



Dua jenis pendekatan menulis ayat iklan berpengaruh.

"Sell the way your prospects buy." - Gary Bechivenga.

Ini satu daripada tip yang dikongsikan beliau menerusi laman webnya Marketing Bullets.

Ada dua pendekatan ayat jualan yang dapat meningkatkan conversion sehingga 15x ganda.

1) Pendekatan shotgun.

2) Pendekatan rifle.


PENDEKATAN SHOTGUN

Pendekatan shotgun bermaksud kita menulis ayat yang terlalu umum.

Sebagai contoh: Aksesori kereta.

Ini yang menyebabkan kempen iklan kita gagal menarik perhatian pelanggan.


PENDEKATAN RIFLE

Pendekatan kedua pula adalah pendekatan rifle.

Gunakan ayat yang lebih khusus dan spesifik.

Pelanggan yang mahu aksesori kereta masih belum buat keputusan untuk beli produk apa.

Mereka sekadar "survey."

Tetapi pelanggan yang mencari "cover stereng kulit warna hitam" sudah mempunyai emosi untuk membeli.


p/s - Nak tahu rahsia meningkatkan follower di Intagram?
Jom tengok di SINI




SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
8 RABIULAWAL 1436H
30.12.2014


Artikel yang berkaitan

Tip Mahal Dari Seorang Jutawan

 

Monday, 15 December 2014

3 Sebab Orang Terus Miskin


"Wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan wang"

Sila hayati video ini dengan penuh penghayatan:



Mari kita renungi FAKTA di bawah:-

74%  pendapatan isi rumah orang MELAYU adalah dibawah RM2000.
22%  sahaja milikan saham milik 
MELAYU .
43% pelajar mendapat kerja minimum 3 bulan lepas grad.
57%  bumiputera mula gaji dengan RM1500. Paling menyedihkan, masih ramai graduan MELAYU kita bergaji bawah RM1000 walaupun memegang segulung ijazah!



Kenapa? 

Masa saya sedang tulis entri ni, mood saya dalam keadaan bercampur baur. Sedih, geram, marah dan pilu sambil layan lagu Hafiz, Bahagiamu Deritaku. 



3 SEBAB KENAPA ORANG TERUS MISKIN

#1 - Salah konsep syukur

Kita diajar sedari kecil untuk bersyukur. Memang satu pelajaran yang bagus. (Bahkan nama saya sendiri pun Shukri. Huhu) Tapi, kita sering salah sangka dengan menggunakan alasan "bersyukur" untuk tidak terus berusaha ke arah lebih baik lagi. Ini namanya penyakit. Penyakit kornik yang bernama MALAS.



Berbekalkan alasan "syukur", kita selalu menidakkan tindakan kita untuk bergerak untuk terus maju - keluar dari zon selesa. 


#2 - Takut pada cabaran



"Ish jangan la kau berniaga, ramai orang yang aku kenal berniaga lepas tu lingkup"

"Ko tak akan berjayalah bro, baru budak hingusan, ilmu tahap buku lali lagi ada hati nak jadi kaya konon"

Saya biasa dengar ayat ini. Anda pun mesti biasa dengar jugakkan ayat-ayat yang macam ini?

Orang pengecut sahaja yang akan cakap macam itu. Tapi mereka sedar tak yang bercakap macam tu tahap hidup mereka macam mana? Berjaya sangat ke?

Sila hindari musuh motivasi sebegini - pemikiran negetif.


"Salah satu tips berkesan untuk menjadi seorang yang berjaya adalah TUKAR KAWAN"
- Dr. Azizan Osman


Sematkan dalam minda, selagi kita tak cabar diri untuk lakukan sesuatu, kita sendiri tak akan tahu kita mampu buat atau tidak. Dan, setiap kegagalan orang lain, jadikan ia sebagai 'batu loncatan' untuk kita lebih berjaya. 

Belajar dari orang yang gagal, belajar kegagalan mereka. Elakkan melakukan kesilapan yang mereka dah lakukan. Belajar dari orang yang berjaya, ikut sahaja langkah kejayaan mereka dan rapatilah orang-orang yang berjaya ini dan jadikan mentor anda supaya kejayaan kita lebih terarah.


#3 - Tiada ilmu

Ilmu ini ibarat cahaya.
Penyuluh jalan kegelapan.

Biasa dengarkan?

Tanpa ilmu, ramai manusia teraba-raba mencari jalan menuju destinasi impian masing-masing.

Dah berapa ramai dalam kalangan kita yang pernah terhantuk dinding, tersepak batu, terjelopok ke dalam lubang akibat berjalan menuju destinasi impian dalam keadaan GELAP tanpa diterangi cahaya ilmu?

Disebabkan kurang ilmulah, manusia selalu menanggung rugi. Disebabkan tiada ilmu jugalah manusia mudah sangat menjadi mangsa penipuan.

Tapi disebabkan egolah meng'hijab'kan keinginan diri untuk menuntut ilmu. Rasa ilmu dah cukup di dada, padahal dalam hati menanggung derita hiba akibat kesusahan dan kebuntuan.

Macam mana nak jumpa jalan keluar dari kebuntuan kalau ego nak menyalakan lampu disepanjang perjalanan dengan cahaya ilmu?

Banyakkan membaca, hadiri seminar dan mula berguru dengan pakar cara-cara membina kekayaan. Itulah antara langkah berkesan dalam mencari penyuluh jalan menuju destinasi anda sendiri.


Wallahu'alam



p/s - Nak belajar berniaga? 
      Belajar dengan pakar niaga di sini ---> DI SINI 

p/ss - Untuk lebih banyak tips perniagaan dan kewangan, 



Ikhlas dari saya,

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
22 SAFAR 1436H
15.12.2014


Artikel yang berkaitan

Tip Mahal Dari Seorang Jutawan


Kredit foto : azamrussiakita.blogspot.com

Tuesday, 2 December 2014

Tips 'Mahal' Dari Seorang Jutawan

Dua hari lepas saya berpeluang mendapat jemputan untuk menghadiri satu majlis program yang dijalankan oleh salah seorang daripada mentor perniagaan saya Faisal Abdullah bertempat di Shah Alam.
Bersama tuan Faisal Abdullah

Antara perkara penting yang sempat dikongsikan semalam adalah berkaitan dengan matlamat. 

Matlamat yang jelas akan men'celik'kan mata kita terhadap apa yang sepatutnya kita buat utk capai matlamat tersebut. Antara pesanan yang amat penting dari beliau:-

- Jangan takut
- Jangan distracted
- Senaraikan matlamat yang jelas
- Matlamat yang mempunyai sebab yang beremosi
- Tuliskan kos bulanan yang perlu ditanggung untuk mencapai matlamat tersebut
- Gunakan mekanisme / strategi yang selari dengan apa matlamat yang kita nak capai
- Jika rasa lemah, rujuk balik matlamat yang kita senaraikan tadi supaya dapat semula kekuatan untuk teruskan perjuangan  

Contoh:- 

#1 - Matlamat yang beremosi
Matlamat kita nak sebuah rumah berharga 1.2 Juta.

#2 - Senaraikan matlamat yang jelas
Supaya dapat hidup dengan lebih selesa dan rasa tenang. Rumah besar dan luas boleh anak-anak bermain dalam rumah tanpa perlu risau dan susah hati. 

#3 - Kos yang diperlukan
Kira berapa kos bulanan yang perlu ditanggung. Kita ambil anggaran kos sebulan RM6,000. Di bahagikan dengan 30 hari akan dapat RM200 setiap hari. Jadi kita perlukan RM200 setiap hari tanpa miss untuk kita capai matlamat memiliki sebuah rumah berharga RM1.2 tadi. 

#4 - Makenisme / strategi yang diperlukan
Jadi, kita kena kenal pasti dan susun mekanisme / strategi yang kita perlukan untuk dapatkan RM200 secara konsistan setiap hari. Salah satu cara dengan berniaga. Bagai mana kita boleh dapatkan income  RM200 setiap hari?

Sama ada:

- Jual 1 produk yang untungnya RM200 setiap hari atau
- Jual 10 produk yang untungnya RM20 setiap hari atau
- Jual 100 produk yang untungnya RM2 setiap hari atau
- Jual 1000 produk yang untungnya RM0.20 setiap hari 

Bila kita dah kenal pasti dengan jelas strategi dan makenisma apa yang kita nak gunakan barulah kita akan lebih fokus dengan apa yang kita nak apai dan apa yang kita perlukan untuk mencapai matlamat kita tersebut. 


Itulah sedikit sebanyak tips yang saya dapat kongsikan dari perjumpaann saya dengan sifu saya tempoh hari. Saya harap sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencapai matlamat anda masing-masing Insyaallah.

Semoga bermanfaat. 
 
"Ramai yang susah nak berjaya sebab tiada matlamat hidup yang jelas sebab tak pernah berani untuk tulis apa yang mereka nak / apa matlamat mereka dalam hidup." 
- Dr Azizan Osman

Untuk lebih banyak tips perniagaan dan kewangan, 
like - https://www.facebook.com/blogshukrisahari

Ikhlas dari saya,


SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
10 SAFAR 1436H
03.12.2014


Artikel yang berkaitan

Siapa Nak RM2000?
Korang Kompem Gagal!
3 Strategi Elak Simpanan Bocor
Pokai Di Tengah Bulan?
Hutang Baik vs Hutang Jahat

 

Thursday, 27 November 2014

Siapa Nak RM2000?

Beberapa bulan yang lepas saya ada menghadiri seminar


Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) anjuran
Dr Azizan Osman di Kuala Lumpur.

Di dalam seminar berkenaan penceramah telah membuatkan
saya menitiskan air mata, sedih kerana merasa tidak cukup 

berusaha membantu orang-orang yang menghadapi masalah kewangan.

Bukan mudah sebenarnya untuk kita menyelesaikan
masalah kewangan orang.

Setiap individu sudah pasti mempunyai punca masalah yang berbeza.
Namun saya yakin setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Puas saya berfikir bagaimanakah caranya saya dapat membantu
orang-orang yang menghadapi masalah kewangan dengan lebih efektif.

CIPTA RM2000 SEBULAN

Setelah membuat kajian, maka saya mengambil keputusan untuk berkongsi
satu program yang mana seorang sifu perniagaan online telah membantu
ribuan orang (termasuk saya) membina pendapatan dengan mudah dan
pantas daripada tak tahu apa-apa hingga berjaya membina pendapatan
sendiri dalam masa yang singkat!

Di dalam program berkenaan beliau akan berkongsi bagaimana untuk
menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2000 sebulan melalui
apa jua jenis perniagaan pun.

(Ini tiada kena mengena dengan MLM, Skim Cepat Kaya dll)

Di bawah adalah salah satu daripada hasil peserta dari program beliau.



APA MANFAAT PROGRAM?

- semua kaedah pemasaran yang bakal dikongsi adalah PERCUMA
- Tak perlu modal untuk membeli stok produk atau memulakan bisnes
- Ada sokongan komuniti 5000+ usahawan termasuk yg menjana 5-7 angka
- boleh belajar dari rumah bila2 masa
- ada handout dan aktiviti kerja jelas, yang terbukti berkesan memberikan hasil
- menjadikan anda peniaga unik, supaya kurang persaingan
- menjadikan anda lebih yakin dan konfiden - walaupun pendiam
- tak perlu pandai copywriting - skrip telah disediakan

Program ini amat sesuai untuk sesiapa yang ingin membina pendapatan
dengan mudah tanpa modal dan stok tau.
Maklumat program boleh klik link berikut  --> MB2000

Kebetulan beliau sedang adakan promosi besar-besaran terhadap program ini.

Promosi tersebut berlangsung bermula semalam dan akan berakhir tak lama lagi.

Anda boleh dapatkan info lanjut tentang program tersebut PERCUMA
di sini --> NASIHAT NIAGA


Bersama Tuan Faisal Abdullah

Jika ada apa-apa persoalan boleh COMMENT di bawah ini. Insyaallah saya akan
cuba bantu anda sebaik mungkin.


Ikhlas dari saya,


SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
4 SAFAR 1436H
27.11.2014


Artikel yang berkaitan
Korang Kompem Gagal!
3 Strategi Elak Simpanan Bocor
Pokai Di Tengah Bulan?
Hutang Baik vs Hutang Jahat


Wednesday, 26 November 2014

KENAPA REZEKI SUSAH NAK MASUK?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera ,

Pernah Tak Anda Terfikir..

...Ada sesetengah orang macam ada magnet duit, buat apa je mesti jadi.
Dahlah kaya, bertambah-tambah kaya..

Tapi..

...Ada sesetengah orang pula ( Saya pasti anda tidak termasuk golongan ini.. ),
kerja 25 jam sehari, perah otak sampai nak gila, buat bisnes itu, join bisnes ini,
jual macam-macam tapi hasilnya TETAP KOSONG! Sudahlah
hidup susah, penat, miskin..akhirnya putus asa dengan hidup..

...Kenapa ya?

Saya nak kongsikan dengan anda sesuatu yang amat anda perlukan
untuk selesaikan masalah hutang anda, masalah susah rezeki nak masuk,
masalah duit asyik tak cukup dan sebagainya.

Baca ni dulu ya, langkah seterusnya terdapat di dalam pautan ni -->

http://bit.ly/11StuEw

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda
menyelesaikan kemelut masalah kewangan dan kehidupan anda.


Ikhlas dari saya,


SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
3 SAFAR 1436H
26.11.2014

P/S- Nak tau 70 Formula Rezeki Melimpah Ruah? 
Download Di Sini - http://bit.ly/11StuEw


Artikel yang berkaitan

Bersama Dr. Azizan Osman
Korang Kompem Gagal!
3 Strategi Elak Simpanan Bocor
Pokai Di Tengah Bulan?
Hutang Baik vs Hutang Jahat



Wednesday, 1 October 2014

Rahsia orang kaya makin kaya

Minyak petrol RON 95 naik lagi awal bulan Oktober lalu. Satu berita yang kurang menyenangkan. Betul?



Kenaikan ini juga menandakan kos sara hidup akan ditambah beban lagi. Mesti ramai yang mengeluh. Pagi-pagi tadi lagi aku menerima 'salam 20 sen' dari housemate aku. 

Sabo jela.

SALAH SIAPA?
Bagi pendapat aku la, buang masa je kita meletakkan kesalahan pada orang lain. (Paham-paham sendiri la) Sedar tidak, kita memang tak mampu mengawal kewangan dunia. Tapi kita mampu untuk kawal kewangan diri kita sendiri.

Kita ada 2 pilihan sekarang :

1. Tingkatkan pendapatan
2. Jimatkan belanjaan

Banyak orang akan pilih jalan ke-2. TETAPI bukan senang nak jimat sedangkan kita dah sangat jimat sekarang dah!

Betul?

APA PERLU KITA BUAT?
Buat tindakan segera. Tambahkan pendapatan! Fikirkan macam mana kita boleh menambahkan pendapatan instead of hanya menunggu gaji hujung bulan.

Azizi Ali, mentor kewangan ada pesan cara nak hidup dalam tahap kewangan yang selesa dan hidup lebih bahagia. Antaranya:-

1 - Menyimpan
Tanya diri kita berapa banyak simpanan kita ada sekarang? Irfan Khairi ada pesan kalau nak tahu tahap 'kesihatan' kewangan kita, tengok berapa lama kita mampu hidup dengan wang simpanan yang kita ada sekarang jika kita tidak lagi bekerja? Paras selamat adalah selama ENAM bulan (logiknya kita boleh dapatkan kerja lain atau memulakan bisnes yang agak stabil dalam tempoh 6 bulan)

Pesoalannya, cukup ke simpanan kita sebanyak itu sekarang?

Soalan cepu emas : Duit habis bayar hutang je mana cukup nak simpan duit. 

Irfan khairi berpesan:
Peruntukkan at least 10% dari setiap pendapatan. TOLAK DULU 10% dari setiap pendapatan sebelum mula belanjakan duit itu. TOLAK DULU baru belanja.

Permulaan memang susah, kalau tak dapat juga saya cadangkan cuba 2% pun boleh. Asalkan mula menyimpan.


2 -Kembangkan
Azizi Ali menambah lagi, bila dah ada sejumlah wang simpanan yang tak digunakan lagi, sebahagian darinya boleh kita kembangkan supaya jadi lagi banyak. Ada dua cara utama:


i-Perniagaan
Perniagaan yang terbaik adalah perniagaan yang dimulakan dengan 'book starp'. Azizi Ali, Irfan Khairi, Dr. Azizan Osman, Faisal Abdullah dan ramai lagi berkata tentang hal ini. Mulakan berniaga dengan tanpa modal / modal yang minimum.

Antara yang paling penting untuk mulakan perniagaan bukanlah modal wang. Dr. Azizan Osman pesan ada LIMA tunjang penting. Mentor, Elmu, Strategi/Sistem, Tindakan, Impian (M.E.S.T.I).

ii - Pelaburan
Pelaburan ada banyak 'gila' jenis pelaburan. Pelaburan yang terbaik di dunia sekarang ini bukanlah pelaburan saham atau hartanah!

Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan dalam ILMU.

Sudah cukupkah ilmu anda untuk mengembangkan lagi duit yang sedia ada sekarang dan berubah menjadikan hidup lebih baik?


SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
4 MUHARAM 1436H
28.10.2014


Artikel yang berkaitan
Bersama Dr. Azizan Osman
Korang Kompem Gagal!
3 Strategi Elak Simpanan Bocor
Pokai Di Tengah Bulan?
Hutang Baik vs Hutang Jahat


P/s - Ada cara nak jimat lagi ke?? Jom jimat bil elektrik kita! Nak tahu cara jimat eletrik ini? Dapatkan di sini: http://www.richtechplt.com/hop.php?ref=shukri 

Dont worry,  download percuma je. Harap ebook ini dapat membantu dalam soal jimat eletrik rumah anda.

Sunday, 21 September 2014

Rahsia Jutawan Dibongkarkan

Seminar Millionaire Marketing Mastery 2014

Posting yang sebelum ini aku ada kongsikan pengalaman bersama dengan Dr. Azizan Osman di seminar Keusahawanan - Mudahnya Berniaga 2014 yang mana seminar itu free sajo. 

Kali ini meh aku kongsikan pengalaman yang sangat luar biasa bila aku join seminar berbayar pulak - Millionaire Marketing Mastery 2014. Seminar kali ini memang osem dan dahsyat. Lebih 2000 orang yang datang.

Peserta beratur di depan pintu masuk

Walaupun seminar tersebut bermula pada pukul 8.30, aku terpaksa datang seawal 6.30 pagi semata-mata untuk berebut dengan peserta lain untuk dapatkan seat paling depan untuk pakej VIP (sebab aku ambil pakej VIP). 

Ramai usahawan yang datang. So aku pun ambil kesempatan untuk berkenalan dengan usahawan yang join seminar itu. Nak bernetworking la katakan.

IMPIAN HIDUP SEBENAR
Hari pertama seminar menyentuh pada pengenalan dan asas penting dalam marketing. Dr Azizan Osman banyak membetulkan mindset tentang marketing dan perniagaan. Antaranya tentang sikap sebagai seorang usahawan. Dia juga mengajak semua yang datang untuk merenung apa sebenarnya impian kita dalam hidup. 

Cuba kita sama-sama renung sekejap...

Apa IMPIAN hidup korang yang sebenar?

Nak hidup bebas hutang?
Nak hidup dalam rumah besar?
Nak dapat kereta mewah?
Nak melancong tempat-tempat best seluruh dunia?

Dr. Azizan pesan, kita harus ada impian yang JELAS dan hubungkan impian dengan insan yang kita SAYANG. 

Contoh:-

Kita nak hidup bebas hutang supaya isteri dan anak-anak kita bebas dari gangguan along atau dapat surat amaran / surat mahkamah yang selalu membelenggu dan merantai diri sepanjang hidup kita berhutang?

Atau kita nak merubah hidup keluarga kita supaya orang tua kita dah tak perlu bersusah payah lagi hidup bekerja?

Korang tak nak buat hidup orang yang korang sayang bahagia?

300 STRATEGI MARKETING
Hari kedua lebih kepada tip-tip dan saranan serta strategi macam mana nak jadi seorang yang amat pakar dalam marketing

Antara yang mengujakan aku, Dr. Azizan Osman mendedahkan sebanyak 300 marketing  strategies yang mana ada di antara strategi tersebut digunakan pakar-pakar marketing seluruh dunia. Bahkan ada yang pernah cuba guna hanya 3 atau 4 daripada 300 strategi ini mampu capai jualan sehingga RM30,000 sebulan! (Aku tak boleh dedahkan sekarang. Panjang lebar entry aku ni kang. Haha). 

PESANAN DARI 14 ORANG JUTAWAN
Malam pula, kami didatangkan khas oleh penganjur, 14 orang jutawan yang masing-masing sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Mereka juga alumni pelajar Dr. Azizan Osman.

Bukan setakat usahawan biasa, ustaz dan ustazah yang dah capai title jutawan dengan bisnes masing-masing pun turut datang berkongsi pengalaman dan pesanan. 

Yang paling menarik, seorang ustazah yang dulunya hanya bertitle ustazah KAFA turut datang berkongsi tentang pahit manis pengalaman hidup dia sebelum berjaya sampai hingga tahap ini. 

Ustazah KAFA beb. Pun boleh berjaya. Cuba tanya diri kita, 'Kau ada?'

Rata-rata berkongsi pesanan dan resepi rahsia yang hampir sama untuk kaya dan berjaya seperti diorang. 

Antara pesanan mereka :

1 - Banyakkan bersedekah
- Mereka percaya dan sudah buktikan, 'The more you give, the more you get'

2 - Banyakkan berselawat
- Even Dr. Azizan Osman pun pesan benda ini banyak kali.

3 - Amalkan solat dhuha
- Biasanya kalau buat 2 rakaat kan? Mereka pesan nak lagi bagus buat 4 / 6 rakaat. 

4 - Jangan lokek / berkira untuk berbelanja mencari ilmu
- Kebanyakan dari kita ada dua sebab utama tak nak keluar duit untuk meuntut ilmu / belajar. 

Pertama sebab EGO. Dah rasa diri sendiri cukup bagus tak perlu orang lain untuk ajar. Kedua sebab takut membazir keluar duit. 

Wahai adik, abang, akak, pakcik, makcik, percayalah, duit yang kita labur untuk belajar tidak akan merugikan kita langsung bahkan buatkan kita lebih kaya lagi. Kalau tak percaya cuba buat dulu. (Jutawan yang aku sebut kat atas sudah buktikan)

RAHSIA DIBONGKARKAN
Workbook dan tag nama aku 

Hari ketiga pula peserta 'disajikan' dengan 'makanan' yang lebih berat. Kami diajar rahsia, 7 cara menjadi jutawan, konsep marketing P.O.W.E.R (setiap huruf di explain secara sangat detail beb), step-step menjadi industri leader dalam sesuatu produk, serta cara 'halus' untuk buat pelanggan 'melekat' dan terus melekat dengan kita. (bukan guna bomoh tau)

Dr. Azizan turut membongkarkan rahsia menulis ayat 'penarik' yang amat menarik sehingga pelanggan kita tertarik dengan kita walaupun hanya dengan menjual pisang goreng panas di tepi jalan! 

Banyak lagi lah tip dan rahsia yang dia dedahkan. Pendek kata memang 'tak berbaloi' dengan harga yang aku bayar untuk belajar semua itu. Sangat-sangat berharga dan memang tak akan dapat kat tempat lain.

Feedback yang aku tinggalkan di feedback board

Penat tu tak payah cakaplah, memang penat tapi sangat-sangat berbaloi beb. Sebelum aku balik aku sempat tinggalkan feedback di ruangan feedback board yang penganjur sediakan. (Tengok la kat gambar tu. Huhu.)

Bergambar sebelum balik

Sebenarnya banyak lagi rahsia, tips dan strategi yang aku tak tertulis dalam entry kali ini, kalau tulis panjang berjela. Korang juga yang bosan nak baca (ntah-ntah tak baca langsung. Haha)

p/s - Salah satu topik yang aku belajar dalam seminar ini adalah tentang 10 kesalahan yang 'membunuh' perniagaan. Ada antaranya menjadi penyebab kenapa sesuatu perniagaan tak pernah berjaya walaupun dah berniaga 10 tahun.

InsyaAllah ada masa lagi aku akan kongsikan. Stay tune. :)

Wallahua'lam

SHUKRI SAHARI
BANDAR BARU NILAI
26 ZULKAEDAH 1435H
21.09.2014


Artikel yang berkaitan
Bersama Dr. Azizan Osman
Korang Kompem Gagal!
3 Strategi Elak Simpanan Bocor
Pokai Di Tengah Bulan?
Hutang Baik vs Hutang Jahat

Foto credit to:
http://facebook.com/azizanosmanofficialpage/
http://azizanosman.com.my/blog/ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...