Saturday 13 July 2013

Hanya Aku (Hyper Act) - Instrumental cover by me (Shukri Sahari)

Assalamualaikum...

Macam mana puasa hari ini? Sekejap je dah hari ketiga kita puasakan?

Hanya Aku - Hyper Act

Pagi tadi lepas subuh aku tiba-tiba terdetik untuk buat cover lagu Hyper Act - Hanya Aku. Korang yang kaki drama tu mesti penah dengar lagu yang pernah menghiasi drama Teduhan Kasih kat TV3 tu kan? Ha, lagu tu la.

So aku buka application Garageband Apple Ipod 4 aku dan tanpa banyak songeh aku terus buat muzik untuk cover lagu tersebut. Memang lepas gian aku time tu sebab dah lama tak buat keje gini, asyik sibuk je memanjang. Dari lepas subuh non stop aku buat sampai siap.

Siap je sedar-sedar dah pukul 3 petang. Haha...

Lepas siap muzik, aku pon decide la untuk cover dengan seruling/bamboo flute. Buat korang yang berpengetahuan muzik tu, lagu ni aku ikut key asal, key A minor, then ada transpose key ke key C major bila time chorus. But intronya bermula dengan D minor ye. :)

So, aku pon record jela seruling aku tu main lagu tu guna Garageband Apple Ipod 4 aku tu. Sound dia not bad la cuma muzik mcm kosong. Yela aku buat bukan guna studio betul pon macam Hyper Act guna tu. Haha. Tapi seriously lagu Hyper Act mmg terbaik setakat ni!

Nak dengar lagu yang aku dah cover tu? Meh dengar kat SINI


Lepas dengar tu harap dapat tinggalkan komen kat bawah ni ye. Supaya apa yang kurang dapat lah aku perbetulkan. 

Thank you and adios!




2 comments:

  1. Waaa ! Best sgt2 ... merdu n tenang je dgr ... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq atas comment yg positif dan membina..:)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...